Tolonglah Makan Asid Folik & Selamatkan Anak Dari Spina Bifida, Anencephaly & Encephalocele
Elakkan Spina Bifida, Anencephaly & Encephalocele dengan memakan Asid Folik.
#kisahbenar
Kak…. kenapa saya tak tahu pun semua ni?
Saya ingat nak mengandung tak perlulah nak rancang & buat semua ni.. sebab kalau mengandung doctor akan bagi tahu kan…. rupanya tak?
Nak tulis ni pun tangan terketar ketar… selama ni jumpa doctor saya dengan suami happy sangat sangat… beli semua barang barang anak sudah… Hari ini… semua bertukar… suami saya sedang solat & nampak sedih…. Lepas doctor scan pagi tadi.. katanya tulang belakang anak saya macam tak complete… dah 8 bulan kandungan sekarang.
Dia ada tanya macam macam… lepas tu dia cakap mungkin sebab saya tak makan asid folik sampailah kandungan 6 bulan… itu yang buat saya macam ni.
Saya mula makan ubat tu masa kandungan 2 bulan… lepas tu saya tinggal sebab bau dia busuk.. saya makan saja terus muntah…
Lepas tu doctor cakap suami saya tak boleh sentuh saya & jua anak nanti kalau dia tak bersihkan badan atau bajunya selepas merokok.. Kalau tak anak boleh sesak nafas..
Saya tak pernah dengar semua ini sebelum ini…. kalaulah saya tahu….
Kata penulis
Allah… bukan Izzati saja… tapi ramai wanita yang tak tahu apa perlu buat & apa yang tidak…
Suami pun kadang tak tahu semua ni… menyebabkan isteri & anak berdepan komplikasi…
Apa yang doctor cakap betul…. setiap pasangan suami isteri perlu merancang kehamilan & barulah hamil… suami & isteri jangan sesekali merokok & mendekati ibu hamil @ anak….
& setiap pasangan suami isteri perlu prihatin tentang pemakanan Asid Folik 3 bulan sebelum kehamilan….
Ini adalah gambar 3 jenis penyakit yang punya kaitan rapat dengan Asid Folik.
Banyak do & donts yang perlu diikuti bakal ibu & ayah.. rujuk buku 9bulan10hari.. tips merancang kehamilan… kehamilan.. kelahiran.. berpantang & penyusuan ada diterangkan disitu…
Ini SOALAN & JAWAPAN MENGENAI #ASIDFOLIK.
Kegagalan memakan #ASIDFOLIK sebelum & ketika hamil boleh menyebabkan KEMUNGKINAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN BERDEPAN RISIKO #KURANGUPAYA pada saraf tunjang dan otaknya sebanyak 75%.
SEBENARNYA APA ASID FOLIK NI ?
Supplement yang sgt penting diambil sebelum dan semasa hamil.
Pernah tak dengar pasal bayi lahir tanpa tempurung kepala? bayi bonjol di bahagian leher? bonjolan di bahagian belakang bayi seperti ekor?
Kebanyakan kes tersebut dicatatkan adalah disebabkan oleh kurangnya asid folik yang berfungsi membantu pembentukan sel sel baru (bayi). Katakan kalau anda tak consume asid folik ni, dan tiub neural tak terbentuk dengan baik, maka terjadinya kecacatan pada saraf tunjang & otak (Neural Tube Defects – NTD).
APA YANG ADA DALAM ASID FOLIK SAMPAI PENTING SANGAT NI?
Cuba lihat corak pemakanan kita. Berapa jumlah sayur, buah, bijiran & susu yang kita minum sehari?
Tahu tak, sebiji pil Asid Folik yang warna kuning & kecil 5mg tu kan.. bersamaan dengan semangkuk bayam, 1 kacang bendi, 1 cawan asparagus, 1 cawan kacang black eyed beans & betik. (anggaran).
So, kita ni makan tak semua jenis sayur ni setiap hari?
Disebabkan kita tak dapat makan semua ni setiap hari maybe disebabkan sibuk bekerja, so Asid Folik ni dijadikan pengganti.
KENAPA PERLU MAKAN 3 BULAN SEBELUM HAMIL?
Pakar pakar O&G menggalakkan asid folik ini dimakan 3 bulan sebelum hamil bertujuan membantu pembentukan sel sel baru dalam bdn (janin).
Menurut kajian, ibu hamil dapat mengelak risiko bayi terkena NTD sebanyak 75%. Selain itu, kandungan asid folik ini sebenarnya ‘mencntikkan rahim’, sebab tu dia ambil masa 3 bulan sebelum hamil.
MACAM MANA NAK TAHU 3 BULAN LAGI AKAN PREGNANT?
Ramai pasangan suami isteri buat kesilapan bila tak merancang untuk hamil. Ada yang ikut rezeki… “kalau mengandung tu mengandunglah”.
Sebenarnya & sepatutnya pasangan suami isteri kena merancang. Buat ‘meeting’ dgn pasangan & bincang bila yang anda target untuk ada anak, so that bakal ibu dapat tahu bila sebenarnya tarikh sebelum hamil.
KALAU DAH MERANCANG TAPI TER’BABAS’ JUGA MACAM MANA?
Nasihat saya, sama ada kita ni merancang untuk hamil atau tak, pemakanan kena jaga. Junk food & fast food antara yang anda perlu elakkan & amalkan pemakanan yang sihat sepanjang masa & bukannya ketika nak merancang kehamilan saja.
Dalam keadaan ni mommy jangan panik. Setelah tahu pregnant, cpt2 mulakan pengambilan Asid Folik 4mg sekali sehari dan amalkan pemakanan yang sihat.
Tidak mengambil Asid Folik sebelum mengandung tidak bermakna bdn kita takde Asid Folik langsung. Allah dah ciptakan bdn manusia ni seperti mesin yang lengkap.
ASID FOLIK HANYA DIMAKAN SEBELUM 3 BULAN SEBELUM HAMIL SEHINGGALAH 3 BULAN USIA KANDUNGAN. MEMASUKI 4 BULAN USIA KANDUNGAN MOMMY DAH BOLEH MAKAN OBIMIN (MULTIVITAMIN) YG MENGANDUNGI KALSIUM.. IODIN.. B12 DLL…
Kalsium
✔ Diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus serta mengatur kadar mineral tersebut di dalam tubuh bdn.
✔ Penting untuk tumbesaran terutamanya tulang dan gigi bayi.
✔ Ia mencegah otot daripada menjadi lemah selain terlibat dalam mengatur denyutan jantung.
Zat Besi (Iron)
✔ Peranan penting dalam pengangkutan oksigen dari paru-paru ke sel tisu.
✔ Bukan hanya di dalam tubuh ibu, malahan ia juga memainkan peranan yang sama kepada bayi di dalam kandungan.
✔ Ia bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen kepada tisu-tisu yang memerlukan.
✔ Ia juga digunakan dalam penghasilan haemoglobin (sel darah merah).
✔ Sekiranya kekurangan Zat Besi, ia akan menyebabkan ibu hamil cepat letih dan kebarangkalian menghidap penyakit anemia (kekurangan sel darah merah) akan meningkat.
Vitamin C
✔ Disebabkan sistem tubuh bdn manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C, ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk ubat-ubatan suplemen.
✔ Vitamin jenis ini merupakan antioksidan dan membantu meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam makanan bagi mencegah Anemia.
Vitamin B12
✔ Membantu perkembangan otak, saraf, dan salur darah. Ia juga dapat meningkatkan tahap tenaga, mood dan tahap stress semasa berbdn dua ni.
IODIN
Sangat penting untuk menjaga fungsi kelenjar tiroid ketika hamil. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal yang terbantut, kecacatan mental yang parah dan kepekakan selain boleh menyebabkan keguguran dan lahir mati.
MAKAN SUPPLEMENT NI TAKDA KESAN SAMPINGAN KA?
✔ NI antara kesilapan paling ‘famous’ di kalangan wanita. Ramai yang ingat kalau makan ubatan supplement secara berlebihan ia tak memudaratkan kesihatan dan mereka merasakan ia baik.
✔ Hakikatnya, apa saja yang diambil berlebihan dan tidak berpada pada akan memudaratkan kesihatan.
✔ INGAT! pengambilan supplement tambahan ni sesekali tak boleh digantikan dengan makanan seimbang. Ia hanyalah sumber tambahan yang tak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh bdn atau dijadikan pengganti.
Ni tak sampai 1% persediaan memperoleh zuriat…. ada banyak lagi ilmu kehamilan & kelahiran yang mommy perlu tahu sebelum bergelar ibu & ayah hebat buat anak anak. Rujuk buku #9bulan10hari… byk ilmu kehamilan.. kelahiran… berpantang & penyusuan di dlmnya.
KAT MANA NAK DAPAT FOLIC ACID NI?
– Boleh beli di pharmacy dgn harga serendah 1.30sen bergantung kpd brand.
– If dptkan di klinik kesihatan / government hospitals free…
COPYRIGHT@nazira nazir buat 9bulan10hari.