Menyusukan Anak
|

Suami Tak Layak Kata Isteri Yang Menyusukan Anak Ni Kuat Tidur! 24 Jam Dengan Anak.

Menyusukan anak bukan mudah! banyak cabaran yang perlu isteri tempuh. Tapi tak semua suami yang faham keadaan isteri. Ikuti perkongsian seorang suami mithali Abu Hannah.

Menyusu badan ni sepatutnya ada upah khusus. Tapi ramai isteri tutup mata, dan tetap gigih menyusukan. Walhal tugas lunas nafkah anak ni adalah tugas suami.

Tetapi memandangkan bayi dibawah 2 tahun makanan mereka adalah susu badan, maka isteri kena bantu lunaskan.

Lama kelamaan dah jadi trend dan kebiasaan isteri sahaja sibuk gigih menyusukan. Dan ada yg bekerja membantu suami. Si suami cuma pandai sound isteri kuat makan,kuat tidur.

Bila isteri balik kg suami, dgn mentaati suami, si suami membuli emosi isteri dgn membuka hal2 rumahtangga depan ahli keluarganya.Lelaki spesis ni, kalau nasihat biasanya tak jalan. Sebab ego dia besar. Selagi takde masalah timbul, dia akan buat bodoh jer.Sehinggalah isteri tu sakit terlantar baru dia menyesal dan ada akal.

Foto Kredit: breastfeedingbasics.com

SUAMI KENA FAHAM, MENYUSUKAN ANAK MEMANG PENAT

Bila menyusu badan ni, memg penat bang. Menyusukan anak ni membakar kalori bang. Bila proses pembakaran tu berlaku, maka ada la tenaga yg digunakan. Bila ada tenaga digunakan maknanya letih, lapar tu akan dirasai isteri yg menyusukan.

Tak payah bg direct feed la bang.. Bini pam susu tu 20 minit diorg akan letih, penat, lapar. Sbb tu diorg kena makan banyak. Lepass pam susu kena sambung wat kerja rumah pulak. Yang kerja kena sambung bekerja pulak.

Letih. Mcm pergi gym.Ko bang boleh laa.. Pergi gym, balik, mandi. Makanan siap terhidang. Pastu dah makan ko tido terkangkang. Anak melalak, ko nampak binu terlelap sambil susukan anak ko kata dia kuat tido.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

TAMBAH ILMU PENGETAHUAN TENTANG CABARAN IBU MENYUSUKAN ANAK, SUPAYA TIDAK ADA SALAH FAHAM

Dalam susu badan ada 2 jenis hormon yg utama dirembeskan paling banyak.

Apa dia?

Hormon oxytocin dan prolaktin. Oxytocin ni hormon happy2, tenang2, riang2. Bila hormon ni dirembeskan, automatik badan akan relaks. Tenang, cool. Dan susu kurg disbbkan hormon ni kurg. Hormon ni kurang sebab isteri menyusukan anak dlm keadaan tekanan, ketakutan, penat, lapar atau marah.

Sebab apa isteri rasa gitu? Sbb faktor sekeliling lah. Salah satunya sbb suami asyik sound bini kuat tido.Bila hormon ni keluar badan akan rest automatik mata akan nak lelap. Sebab otak akan suruh body rest. Barulah susu banyak dan kualiti power.

Ditambah prolaktin. Hormon ni yg menguatkan bonding ikatan emak dan anak. Hormon ni yg meningkatkan rasa keibuan supaya ibu lebih tenang bila tgk anak depan mata.Hormon2 ni semua dirembeskan atas satu matlamat. Utk hasilkan susu yg banyak dan berkualiti. Dan pembunuh hormon ni ada satu jer.

TEKANAN.

So punca ramai ibu tak berjaya susukan smpai 2 tahun hanya disebabkan 1 benda jer. Tekanan. Kurangnya sokongan.

Dah la susukan anak x dpt upah. Lagi ko sound dia kuat tido. Ehh.. Apa punya binawe la perangai… Dah dpt jimat duit kot. Just hormat bini sket pun susah ker?

Foto Kredit: beingtheparent.com

Bila dia tertido masa susukan anak. Jangan kacau. Jangan kejut. Biarkan sekejap. Bg dia rehat sbb dia penat menyusukan.Jgn risau, direct feed anak takkan tersedak susu. Sebab Allah dh cipta satu lg hormon CCK.

Hormon ni ada pd manusia. Dia akan dirembeskan pd otak manusia supaya manusia tu merasa kenyang. Bila kenyang automatik baby akan lelap dan lepaskan puting ibunya. Hormon cck ni mcm suis off utk had makan manusia. Yg selalu tersedak tu sbb menyusu guna botol susu. Haa… Ni special beb directfeed.

Jangan Sesekali Abaikan Dan Nafikan Hak Isteri Yang Menyusukan Anak

So tolong ea.. Kita org lelaki sepatutnya tanggungjawab kita lunas nafkah anak. Susu badan tu nafkah laa.. Sebab tu kalau isteri tak nak susukan pun, wajib suami cari ibu susuan.

Tak boleh paksa2 depa. Dah la upah khas xde.Ni bini bantu bg susu free pun dh bagus. Tetiba sound dia kuat tido. Tu suruh blajo. Bila blajo ko akan faham. Tak adelah jadi isu melabel macam ni.

Siap mengata isteri mengada. Ko yg mengada. Kalo terer sgt pergi cari ibu susuan. Kalo xde ko jawab la depan Allah esok2. Tu nafkah tu. Susu anak bukan tanggunjawab emak. Tu tanggungjawab bapak.Sbb tu sesetengah kebudayaan diorg memg akan carikan ibu susuan utk anak mereka. Supaya isteri x teruk sgt buat sorg2.

Tapi zaman ni wanita kena kerja, kena bg susu badanz suami lak x support. Sebab tu slps nama anak ialah nama bapak. Sbb anak tu tanggungjawab bapak. Bukannya emak. Bapak mati, keluarga bapak kena handle anak tu. Pun tetap bukan tanggungjawab emak. Paham?

Kredit: Abu Hannah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *