9 Tips Jaga Isteri Ketika Berpantang! Jangan Sampai Isteri Bentan & Meroyan.
Suami, pastikan anda tahu 7 Perkara asas yang suami perlu tahu ketika menjaga isteri berpantang :
CHECKLIST 9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!
- Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, suami boleh cari di kedai-kedai jamu. Kalau tak sempat nak beli, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri.
- Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Selepas subu terus buat sarapan, janganlah sambung tidur semula. Isteri yang menyusukan anak akan cepat merasa lapar. Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Itu pun isteri dan bersyukur sangat.
- Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah. Rujuk sini Cara dan adab mandikan bayi baru lahir.
- Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama, maksudnya dah ada 1-2 anak sebelumnya, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
- Jangan lupa juga sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh. Pastikan berhampiran isteri ada botol air masak 2 liter untuk isteri minum, tuala, bakul baju kotor, power bank, remote tv untuk memudahkan dia mengalih siaran dan biskut @ kurma.
- Janganlah balik kerja lambat semasa isteri dalam tempoh berpantang. Jangan biarkan isteri lama-lama di rumah walaupun dia berpantang di rumah maknya sendiri. Mungkin ada benda yang isteri nak minta tolong suami, yang dia tak nak susahkan penjaganya. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta tolong sedangkan suami asyik leka main game je.
- Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
- Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
- Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.