info kehamilan yang baik untuk ibu hamil

Good News! Ini 13 Perkara Tentang Kehamilan Yang Ramai Tak Pernah Dengar

Perkara perkara indah sebeginilah yang boleh buatkan ibu hamil tersenyum…

& bagi yang tak pregnant pun akan happy sebab ibu kita juga pernah lalui 13 perkara indah ni disebabkan kita.

1. Bayi sudah mula buang air kecilnya masa usia 4 bulan dalam rahim ibu, hihi… & kencing bayi boleh cecah sehingga 1 liter. Banyak kan?

Hamil
Bayi ketika usia 4 bulan di dalam kantung rahim ibunya. Image Credit : Premisospress

2. Saiz kasut ibu hamil akan bertambah. Katakan saiz kasut ibu sebelum mengandung adalah 7, masa mengandung ibu dah kena pakai saiz kasut 8, dan saiz kasut itu maybe takkan berkurang selepas lahirkan bayi…. hihi. Selamat shopping kasut kasut baru ya mommy… hihi

3. Saiz rahim ibu sebesar saiz sebiji telur ayam dan akan mengembang menjadi sebesar buah tembikai iaitu 500 kali ganda berbanding saiz asal.

Hamil
Dalam ni lah kita & anak anak kita tinggal, tendang tendang perut mak… hisap jari, senyum, sedu & bergolek golek selama tempoh kurang 9bulan10hari atau lebih. – Facebook

4. Anak ibu akan punya cap jari seawal usia kandungan 9 – 12 minggu.

5. Di akhir kehamilan, placenta ibu akan menghasilkan estrogen iaitu bersamaan dengan jumlah estrogen yang dihasilkan seorang wanita tidak hamil selama 3 tahun.

6. Bayi menangis di dalam rahim ibu, tapi ibu takkan boleh dengar tangisannya disebabkan air ketuban yang melindunginya. 

7. Ibu hamil punya oksigen yang kurang dalam badan menyebabkan mommy mudah lupa.. kesian mommy… songkok suami letak kat mana pun kadang lupa. Ni bagi suami baca… huhu

8. Ibu hamil lebih sensitif terhadap deria bau. Good news jugak, disebabkan tak boleh bau itu & ini, sebenarnya ia membantu ibu hamil memilih makanan terbaik buat anak dalam kandungan.

ibu hamil
Image source : Facebook Mak Buyong Lazz

9. Adalah benar, ibu hamil yang berdepan pedih ulu hati dikatakan bakal melahirkan anak yang banyak rambut. Menarik kan? hihi.. so kuatkan diri masa pedih ulu hati tu… Jangan tidur terus lepas makan, jangan makan terlalu banyak in one time sebaliknya makan sedikit sedikit secara kerap. 

10. Adalah penting untuk ibu hamil mendapat klimaks ketika bersama suami kerana ia akan ‘induce contraction’ & mempercepatkan proses bersalin. So bila dah memasuki minggu ke 39 tu, mommy banyakkanlah bersama dan dapatkan klimaks. Untuk mudah lahir tanpakoyak tanpa jahit, mommy boleh lakukan urutan perineum. Rujuk buku 9bulan10hari.

11. Sesungguhnya ‘morning sickness’ tidak hanya terjadi di waktu pagi, nama saja morning. hihi… mesti ramai mommy ingat loya muntah pagi pagi ja kan… padahal meleret sampai malam.. bertabahlah…

Hamil
Bukan setakan senyum, tapi ada yang siap nak sentuh sentuh… hihi. – Image Kosogkaos.no

12. ‘baby bump’ akan buatkan ramai senyum pada mommy. Ini bukan saintifically proven pun tapi ibu hamil sendiri akan lihat berapa ramai orang yang senyum pada mommy once terpandang perut. kan kan kan… saya pun selalu senyum2 bila dah nampak perut pregnant mommy.. hihi… comel kan… 

13. Kebanyakan due date yang diberikan doktor selalunya ‘salah’.. hihi. So mommy tak perlulah risau kalau melahirkan anak awal atau lewat seminggu dari tarikh due date.

Credit picture : Kos & Kaos

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *