Andalah Superwoman Yang Cuba Kuat Walau Lemah. Anda Wanita Hebat!
Wanita,
Kalau dulu, nak makan apa, tidur dimana, bangun pukul berapa semua ikut hati…
Tapi berbeza bila menjadi isteri…
Bukan setakat melayan diri tapi perlu melayan suami,
Makan pakai anak dan suami kena uruskan sendiri
Tu tak dicampur lagi dengan perhatian dan kasih sayang yang perlu diberi.
Kalau dulu, bila menangis peluk teddy bear dan menyendiri…
Bila dah jadi isteri, ketiak suami yang dinanti,
Kalau merajuk tu terpaksa menyendiri
Tapi dalam hati rindu suami tak terperi,
Kot kotlah suami datang nak pujuk hati ini.
Kalau dulu, nak berfesyen ikut kreativiti…
Tapi bila dah jadi ibu, apa yang sempat pakai dikira aci,
Badan tak terurus sampai berisi,
Sampai orang yang pandang perli perli.
Namun, kalau dulu aku bersendiri,
Tapi kini aku punya suami,
Untuk doakan aku sentiasa happy,
Tanpa terasa hidup sendiri lagi.
Biar banyak kerja sana sini,
Tapi aku tetap kuatkan diri,
Kerana aku tahu suatu hari nanti,
Anak anakku ini akan membesar dengan budi pekerti,
Yang menutup segala kepenatan yang aku lalui.
Alhamdulillah….
Buat semua wanita & ibu…
Apa yang kita lalui mungkin perit sekali…
Namun percayalah, Allah sentiasa memerhati…
Kerana kekuatan kita bukan dari fizikal tapi dari hati.
Tahniah buat semua wanita, isteri & ibu ibu hebat…..
Sebab tu mudah bagi wanita untuk peroleh pahala…
Kami di #9bulan10hari mendoakan yang baik baik untuk semua…
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.