Perubahan Isteri Hamil
|

SAKIT BELAKANG & PINGGUL KETIKA HAMIL. Rupanya Ini 5 Puncanya!

Ketika mengandung, jika isteri mengadu sakit belakang, sakit bahu, sakit pinggul & pinggang, sakit kaki, dan sakit kepala, isteri benar- benar maksudkannya. Dia bukan buat-buat sakit, jauh sekali untuk jadi ‘pemalas’!

Mungkin pada luaran isteri nampak kuat, bertenaga dan macam-macam takda apa yang berlaku. Tetapi ketahuilah sebenarnya dia memang penat tapi cuba kuat demi anak.

Banyak perubahan yang berlaku ketika mengandung. Dari tak sensetif boleh jadi kuat sentap. Dari ceria boleh masam muka sentiasa. Dari bertenaga jadi lemah tak bermaya. Dari kuat makan, jadi hilang selera dan muntah saja.

Ketahuilah para suami, majoriti wanita mengandung mengalami sakit belakang terutamanya pada bahagian pinggang dan juga pinggul.

Dari kesakitan yang dialmi, sedikit sebanyak boleh aktiviti harian, malah turut mengganggu keselesaan mereka ketika tidur di waktu malam.

Kira-kira seramai 50%-70% daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil.

Masalah ini bukan sahaja dialami pada awal kehamilan, terdapat juga kes sakit belakang yang dialami pada fasa pertengahan atau akhir kehamilan.

Ianya adalah normal, tetapi jika rasa sakit pada belakang dan pinggul terlalu kuat dan masih tidak berkurangan walaupun anda sudah berehat, seeloknya lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan pakar yang bertauliah.

Foto Kredit: forteelements.com

PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL

1. Perubahan hormon: Wanita hamil akan mengalami banyak perubahan hormon, di mana ia berfungsi untuk melembutkan dan melenturkan ligamen untuk memudahkan proses kelahiran. Kesan dari ini, tulang punggung akan meregang dan mempengaruhi beban tulang belakang.

2. Penambahan berat badan: Apabila berat badan bertambah, tekanan pada otot belakang juga akan meningkat dan ini yang menyebabkan ketidakselesaan berlaku.

3. Perubahan pusat graviti: Dalam trimester ketiga, rahim wanita yang hamil akan semakin mengembang dan bertambah besar. Ini akan mempengaruhi kedudukan pusat graviti di mana ia akan berubah ke hadapan. Keadaan ini tanpa disedari akan menyebabkan perubahan postur bagi wanita hamil seperti menunduk dan membongkok.

4. Kurang Nutrisi: Ketika mengandung segala zat ibu diambil oleh bayi dalam kandungan. Salah satu punca ibu cepat penat dan kurang bertenaga disebabkan ibu tak mengamalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan minum susu, makanan yang segar bukan diproses dan dapatkan rehat yang cukup.

5. Mengangkat objek berat. Wanita juga akan mengalami sakit pinggang semasa hamil apabila mengangkat objek berat atau bebanan berlebihan sewaktu mengandung. Ini juga membawa risiko mengalami masalah slip disc. 

Foto Kredit: baby-magazine.co.uk/

CARA MENGHILANGKAN SAKIT BELAKANG UNTUK BERI KESELESAAN KEPADA IBU MENGANDUNG

  1. Cara pertama adalah dengan mengelakkan diri daripada berdiri atau duduk untuk masa yang terlalu lama. Ibu haruslah aktif bergerak supaya sendi pinggang tidak kaku.
  2. Jangan terus berdiri dari posisi berbaring. Apabila ibu hamil tiba-tiba cuba berdiri maka ianya akan memberikan tekanan yang berlebihan kepada sendi pinggang lalu menyebabkan sakit pinggang. Seeloknya perlahan-lahan bangun. Tak perlu gopoh gapah.
  3. Pakailah kasut yang sesuai dan selesa. Ini kerana kasut yang tidak rata atau kasut yang terlalu tinggi bukan sahaja akan menyebabkan sakit tumit dan tapak kaki, malah akan menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi pinggang dan seterusnya mengakibatkan sakit pinggang yang teruk. Bahaya jika anda terpelecok atau jatuh ketika hamil.
  4. Wanita mengandung tidak seharusnya melakukan sebarang kerja berat. Hal ini kerana memikul barang berat tidak baik untuk kesihatan janin serta mengakibatkan sakit pinggang yang teruk. Minta bantuan suami.

Foto Kredit: ilovefootmassage.com

TIPS BUAT SUAMI MEMBANTU ISTERI KEKAL BERTENAGA & MELEGAKAN SAKIT BELAKANG ISTERI HAMIL

  1. WAJIB URUT ISTERI

Urut pada bahagian yang sakit dan tidak selesa secara lembut dan perlahan-perlahan. Ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada bahagian yang sakit dan mengurangkan ketegangan pada bahagian otot.

2. LAKUKAN SENAMAN BERSAMA-SAMA

Lakukan beberapa senaman regangan untuk bahagian belakang, pinggang dan pinggul bagi mengurangkan tekanan pada otot dan tulang belakang. Ianya sangat membantu dalam memberikan kelegaan bagi masalah yang dialami. Suami juga boleh ajak isteri pergi berenang! banyak manfaatnya tau.

3. PASTIKAN ISTERI TIDUR DALAM POSISI YANG BETUL

Jika tidur dalam keadaan mengiring, letakkan bantal lembut pada kaki dan di sisi bawah perut. Ia berfungsi untuk menyokong tubuh dan memberi keselesaan kepadanya. Janganlah marah kalau atas katil penuh bantal.

Foto Kredit: mombirthcentre.com

4. TUAM KAWASAN YANG SAKIT

Gunakan ‘hot pack’ dan tuam pada bahagian yang tidak selesa seperti belakang, piggang atau pinggul selama 15 minit. Suami juga boleh sediakan sedikit air suami untuk isteri buat rendaman kaki. Ia membantu memberikan kelegaan dan melancarkan peredaran darah.

5. PASTIKAN ISTERI DAPAT REHAT YANG CUKUP

Wanita hamil perlu mendapatkan rehat secukupnya. Biarlah isteri berbaring dan merehatkan bahagian pinggang dan bahagian belakang badannya sebentar. Sementara itu anda siapkanlah kerja rumah yang masih berbaki. Isteri yang dapat rehat sebentar, postur badan dapat diluruskan serta melegakan sebarang sakit pinggang atau sakit belakang.

6. BELIKAN MATERNITY BELT

‘Maternity belt’ membantu dalam menyokong tulang belakang dan memberikan postur tubuh yang lebih baik. Sekaligus mengurangkan rasa sakit pada belakang dan juga pinggul isteri.

Foto Kredit: mommabe.com

ISTERI HAMIL PERLUKAN SOKONGAN DAN DORONGAN ORANG SEKELILING

Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot, sendi dan urat. Tak semua orang faham apa yang isteri hamil lalui.

Lain kehamilan lain dugaannya, mungkin ada di antara wanita yang melalui saat kehamilan dengan begitu indah tanpa sebarang masalah atau komplikasi. Namun ada juga yang sebaliknya.

Setiap orang lain pembawakannya. Perkataan mengandung itu mungkin sama, tetapi apa yang setiap ibu lalui berbeza.

Semoga ibu-ibu hamil terus kuat dan dapat melahirkan anak dengan mudah!

Sumber rujukan: Doctoroncall.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *