7 Cara Jaga Kebersihan Luka Selepas Bersalin! Elak Benang Jahitan Tertetas.
Seramnya bila dengar luka bersalin terbuka semula, dan kemudiannya dijahit semula. Aduhai tak sanggup nak melaluinya lagi berulang kali! sebab tulah kena tahu cara jaga kebersihan luka selepas bersalin ni. Jangan asal boleh je!
Selepas bersalin pastikan ibu-ibu duduk dengan keadaan kaki tertutup rapat, janganlah duduk terkangkang pula. Elakkan buat kerja berat-berat dua minggu selepas bersalin, jangan renyah sangat ke sana ke sini. Tahu-tahu benang dah tetas!
Biasanya luka jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu. Benang yang digunakan itu akan larut sendiri tanpa perlu dibuang selepas luka sembuh.
Dr Farhanah Ibrahim berkongsi cerita, terdapat satu kes seorang ibu yang baru bersalin tujuh hari dirujuk ke klinik dan apabila pemeriksaan dilakukan mendapati semua benang jahitan tertetas sebelum lukanya bercantum.
Wanita itu sendiri mengakui mencuci luka itu menggunakan cecair antiseptik. Berkemungkinan cara itu tidak serasi dengannya atau cecair antiseptik itu tidak dilarutkan terlebih dulu hingga menyebabkan benang jahitan terhakis.
Dr Farhanah turut berkongsi beberapa panduan untuk menjaga jahitan di vagina selepas bersalin yang boleh ibu-ibu amalkan.
7 CARA JAGA KEBERSIHAN LUKA SELEPAS BERSALIN!
-
Kerap Bersihkan Luka.
Bersihkan luka selepas setiap kali ke tandas. Alirkan air di tempat luka bagi mengelak jangkitan. Lalukan air bersih dan lap luka.
2. Dedahkan Luka Sekali Sekala.
Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka dapat melalui pengudaraan yang baik.
3. Rapatkan Punggung.
Rapatkan punggung ketika mengubah posisi untuk elak luka meregang.
4. Rendaman Air Garam.
Ambil segenggam air garam dan larutkan dalam satu bekas air panas. Campurkan dengan air biasa supaya menjadi suhu suam dan tuangkan ke dalam besen. Duduk di dalam besen itu dalam tempoh 10 hingga 15 minit.
5. Elakkan Sembelit.
Minum air secukupnya dua hingga tiga liter sehari dan makan makanan yang kaya dengan fiber.
6. Lakukan Sedikit Tekanan Ketika Membuang Air Besar.
Tekan kawasan perineum dengan tuala wanita bersih ketika membuang air besar. Kerap meneran ketika membuang najis boleh menyebabkan luka meregang dan terbuka semula.
7. Senaman Kemutan.
Lakukan senaman kemutan untuk menguatkan semua otot pelvik yang mengembang sepanjang kehamilan.
Selain dari penjagaan luka bersalin, pemakanan juga harus dititik beratkan. Untuk memulihkan luka jahitan dengan cepat, amalkan makan buah yang kaya dengan vitamin C seperti oren. Ia boleh menyembuhkan luka dalaman dengan sihat. Banyakkan makan sayuran hijau, elakkan makanan yang menyebabkan alahan pada luka dan rehat secukupnya.
Semoga tips ini bermanfaat pada semua!
Banyak lagi informasi dan tips-tips berguna tentang kehamilan, melahirkan anak tanpa koyak, penyusuan, berpantang dan penjagaan anak dalam ebook.9bulan10hari