kerja lepas berpantang
|

5 Cabaran Isteri Kembali Kerja Lepas Berpantang

Bila naik kerja lepas berpantang adalah satu benda yang paling lemah dalam diari hidup seorang ibu, betul tak? Cepatnya masa berlalu, cuti bersalin sudah tamat, kini masa untuk kembali kerja seperti biasa. Rasa tak cukup cuti 2 bulan tu, ambil masa sebenarnya  nak ‘move on’ dari rindu baby dekat rumah lagi, alahai perangai mak-mak sangat kan?

Untuk tukar mood dari rumah ke tempat kerja bukan mudah, lebih-lebih lagi bila kita dah lama bercuti panjang. Sudah semestinya akan kekok dan janggal untuk membawa perubahan ini dalam rutin seharian kita. Sis cuba ya..hehe Walaupun dah bertahun bekerja sebelum ini, bila dah anak sedikit sebanyak tugasan dan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu turut berubah.

Kemungkinan anda juga akan kehilangan ‘ ME TIME’ jika tidak mampu membahagikan masa dengan betul. Jangan beri tekanan pada diri anda, minta suami bantu anda sama., Kurang lah sikit stress tu dan secara tak langsung anda pun boleh bekerja dengan tenang tanpa memikirkan kerja-kerja rumah. Chill ya!

KETAHUI CABARAN-CABARAN YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA NAIK KERJA LEPAS BERPANTANG

1)Risaukan Anak Di Rumah Pengasuh

Siapa yang tak risaukan kali pertama berpisah dengan baby kita. Sampai pengasuh pun dah naik rimas entah berapa kali call dan tanya keadaan anak.. dah minum susu ke? berak tak hari ni? dah tidur ke? ini antara soalan-soalan wajib dari mak-mak. Ini adalah satu dugaan bila ibu naik kerja lepas berpantang.

2) Pam Susu Untuk Simpan Stok

kerja ibu selepas pantang
Ibu memerah susu untuk buat bekalan untuk anak

Ini adalah salah satu pengorbanan isteri yang bergelar ibu bekerjaya. Curi masa untuk mengepam susu. Tak kisah lah pam susu dibawah meja tempat bekerja ke, di surau ke mahu pun dalam kereta. Sampaikan officemate pun tak pelik dah, bersusun susu dalam peti ais office.

Semuanya demi mengisi perut si comel manja anda. Apabila di rumah, isteri harus menetekkan anak tanpa botol. Ini kerana, untuk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Ajarkan dia puting anda dan puting botol, agar dia serasi.

3) Pilih Pakaian Yang Sesuai

pilihan pakaian sesuai untuk ibu
Baju banyak tak muat, ini adalah satu satu faktor ibu stress

Ada ibu selepas bersalin, yang turun berat badan mengalahkan berat sewaktu dia anak dara. Dan! ada juga yang lepas bersalin makin menjadi-jadi pula naiknya sampaikan nak pakai baju kerja pun dah tak muat. Anda jangan stress! pilih baju menyusu yang selesa dan longgar yang memudahkan anda mengepam susu atau menetekkan anak tanpa risau. Salah satu faktor ibu risau bila naik kerja lepas berpantang adalah pakaiannya samaada muat atau tak.

4) Rancang Masa Dengan Betul

pembahagian masa seorang ibu
Ibu perlu membahagikan masa dengan betul.

Anda perlu bersiap lebih awal untuk menyiapkan anak, serta menyediakan segala keperluannya dirumah pengasuh. Waktu balik pula, anda perlu pulang tepat pada waktu agar tak terlewat mengambil anak. Jika anda rasa anda akan terlewat untuk mengambil anak sebab ada meeting dan sebagainya, tolong ingatkan suami untuk ambil anak anda. Suami isteri perlu bekerjasama menguruskan anak tanpa menyusahkan orang lain. Papa perlu faham mama bila dah naik kerja lepas berpantang, dunia mama akan jadi berubah sekelip mata untuk membahagikan masa antara kerjaya dan tugasan sebagai isteri dan ibu.

5) Mengalami Kurang Tidur Dan Rehat

ibu penat selepas seharian buat kerja rumah
bu jadi kurang rehat dan kepenatan.

Bekerja dan menjaga bayi 0-12 bulan adalah tempoh mencabar bagi anda. Tambahan pula anda perlu menyiapkan segala kerja rumah, masak, membasuh kain dan melayan anak. Minta suami turut serta bantu anda menyelesaikan kerja rumah agar anda tidak penat. Isteri perlu rehat yang secukupnya untuk menghasilkan susu yang banyak untuk bayi, masa ni lah suami kena jadi suami HEBAT dan SUPERHERO pada anak.

SUAMI PERLU FAHAM, JIKA BERKAHWIN DENGAN WANITA BEKERJAYA

Tugas seorang isteri sangat memenatkan, dari mengandung, melahirkan, berpantang dan kembali bekerja untuk membantu anda menjana pendapatan, patut anda hargai dan ringankan beban. Anak bukanlah tanggungjawab isteri semata, anak itu amanah yang perlu suami jaga dan pelihara. Jika suami lihat, isteri tidak mampu melaksanakan tugas rumah dengan sempurna, suami datang menghulur tenaga. Jika lihat dia kepenatan sambil tertido dikerusi, peluklah erat wanita yang anda kasihi ini.

Writer: SweetmamaJoy

COPYRIGHTS 9bulan10hari. TAK DIBENARKAN COPY PASTE DAN ELAKKAN BUDAYA COPY PASTE. Website : www.9bulan10hari.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *