Jika Isteri Minta Peluk, Ajak Makan, Jalan & Mandi Sama, Tunaikanlah….
Kisahbenar Tentang Jangan Ambil Ringan Permintaannya..
Assalamualaikum puan & 9bulan10hari. Semoga tiada suami yang lalui apa yang saya lalui kerana Pulmonary Embolisme itu wujud. Berguguran air mata ini bila fikirkan isteri saya… dialah bidadari yang akan sentiasa ada di hati saya walaupun kini sudah pergi selamanya…. ALLAH…. Selama 3 tahun perkahwinan, isteri saya banyak menangis dari bahagia. Semua kerana saya.
Saliza, seorang wanita yang terlalu penyayang, yang baik dengan semua dan wajahnya sentiasa dengan senyuman & dia bawa perwatakan cerianya dalam rumahtangga kami. Tapi mungkin disebabkan ego saya terlalu tinggi, saya susah nak ikut caranya. Umur kami beza 5 tahun. Saya anggapnya seperti budak budak.
Saliza seringkali buat surprise & post ke pejabat, tapi saya tak suka, bila balik dia excited tanya “suka tak bunga tu abang” jawapan saya “jangan sesekali hantar lagi macam tu.. buat malu saja” … isteri saya tertunduk & dia diam saja…. mungkin kerana sedih saya tak suka.
Bodohnya saya…. ! sepatutnya saya bersyukur bila isteri saya kumpul duit dan cuba buat sesuatu agar saya sedar dia tetap ingatkan saya walaupun saya ke pejabat.
Saliza seringkali masakkan saya pelbagai jenis masakan, dia belajar macam macam resepi dari masakan kampung sampai western food… Dia akan hidangkan penuh senyuman & saya percaya dia sangat menantikan saya berselera menjamah masakannya… tapi saya ego!
Bodohnya saya bila saya cakap “masak simple sudah, tak payah deco deco ni membazir saja!”…..
Saliza seringkali mengurut kaki saya sehingga saya tertidur, tapi saya tak pernah cakap terima kasih padanya…
Saliza seringkali mengajak saya solat bersama, tapi saya cakap “nanti nantilah”
Saliza selalu mengajak saya mandi bersama, katanya “saya teringin nak hubungan suami isteri kita selalu indah abang”…. bodohnya saya masa tu bila saya balas “dah tua tua ni.. tak payahlah nak pelik pelik”
ALLAH… ALLAH… ALLAH… berguguran air mata saya bila fikir setiap kasih sayang yang dicurah isteri saya, saya balas tanpa fikirkan perasaannya…..
3 bulan lalu, isteri saya selamat melahirkan anak. Dia berpantang bersama saya, kerana katanya dia taknak saya kesunyian. Saya diamkan saja….
Masa dalam berpantang itu jugalah… isteri saya meninggalkan saya buat selamanya…..
Isteri saya beritahu yang dia rasa sesak nafas & dadanya sakit. Saya cakap “jangan mengada ngada, orang lain bersalin elok saja”.
Isteri saya diamkan saja & dia buat semua kerja rumah walaupun berpantang.
Hari ke 34 berpantang, bila saya balik rumah, saya lihat isteri saya terlalu lemah, darahnya banyak keluar, bibirnya kebiruan….Saya cepat cepat bawa isteri saya ke hospital… anak menangis di sebelah & ingin susu… dengan perlahan isteri saya mintakan saya tolong bantunya susukan anak….
ALLAH… longlainya isteriku….. namun dia tetap nak susukan anak kami. Bila sampai hospital, doktor segera bawa isteri saya ke ICU… saya dimaklumkan nafas isteri saya terlalu pelahan… Selang 20 minit… doktor minta saya masuk… ALLAH….. isteri saya….
Saliza… isteri saya… dia pergi selamanya..
Anak yang saya dakap ini terus menangis inginkan susu…… tapi ibunya sudah tiada…
Seolah olah berhenti jantung saya ketika itu. Saya terlalu tak percaya isteri saya akan tinggalkan saya begitu cepat.
Seluruh keluarga kami datang dan semua terlalu tak percaya dengan semua ini. Tanpa saya sedar, air mata saya berguguran, saya terduduk di situ, saya tak putus cakap “Saliza Saliza Saliza… abang cintakan sayang…”
Kemudian abah datang.. abah cakap …
“Kalau dulu Azim bagitahu Saliza Azim cintakan Saliza kan Saliza bahagia & boleh pergi dengan tenangnya.. sekaran Azim menjerit pun tak guna” Bertambah sebak saya ketika itu…
Abah tahu cara layanan saya terhadap Saliza yang suam ini…. semuanya kerana ego…
Di rumah, saya minta izin untuk mandikan jenazah isteri saya….. dibantu ibu saudara saya & beberapa orang wanita….
Ketika itu saya berbicara dengan jasad isteri yang tak bernyawa ini… inilah kali pertama dan terakhir saya meluahkan rasa dan kata terhad isteri saya….
(Ketika saya sentuh arwah) –
Sayang… inilah dahi yang selalu minta abang ciumnya… tapi abang tak buat….
Sayang, bibir inilah yang selalu mendoakan abang & minta abang manjakan sayang, tapi abang tak buat.
Sayang, mata inilah yang selalu memandang abang ketika abang tidur, tapi kini abang tak dapat rasa semua ini lagi,
Sayang, tangan inilah yang sentiasa berlari lari dan salam abang dan minta peluk tanpa jemu, tapi abang tak pernah peluk lama lama……..
Saya sentuh perut isteri saya… ALLAH…. luka jahitan bersalin yang masih mentah, inilah yang isteri saya cuba tunjuk selepas bersalin, tapi saya tak pandang langsung…..
ALLAH… isteriku… sayangku… andai abang dapat sayang balik abang janji abang akan jaga sayang sebaiknya…….
Menangis saya ketika itu…. terduduk saya ketika itu sambil menggenggam tangan isteri saya yang tak bernyawa lagi.
Ibu saya datang tenangkan saya & minta saya redha dengan semua ini.
Adik perempuan saya menyusukan Irman, anak kami. Irman sebijik wajah ibunya, yang buat saya terlalu sayu bila air terakhir dijirus ke atas tubuh isteri saya, anak saya Irman, menangis seolah olah dia ingin memeluk ibunya….. & merasa hangat ibunya.
Irman dibawa mendakap dada ibunya seketika.
Ketika dibawa ke kubur, hujan renyai renyai & lemah lutut saya sepanjang perjalanan. Saya lihat wajah Saliza begitu berseri. Saya kucupnya buat kali terakhir dalam keadaan penuh syahdu & rindukan belaiannya.
Doktor sahkan isteri saya meninggal berpunca dari masalah jantung, demam panas mendadak & darah yang keluar tak berhenti.
Saya mula sedar, rindu yang saya lalui ini adalah rindu yang isteri saya rasakan terhadap saya selama 3 tahun. Mungkin inilah balasan buat saya yang tidak faham perasaan isteri……..
Kata penulis : Pulmonary Embolisme wujud!
Ini kes kedua yang kami terima melibatkan PULMONARY EMBOLISM.
Suami & isteri perlu alert bahawa wujudnya pulmonary embolism iaitu salah satu pembunuh senyap ketika wanita berpantang.
“Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut” – Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) – pakar Obsterik dan Ginekologi.
BAD NEWS – apabila… semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.
- Dan, risiko untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung jadi lebih tinggi jika anda:
1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
Dehidrasi
7. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
8. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
9. Mengandung kembar.
Mesti ada di antara mommy yang pernah lalui tanda tanda ni kan? & buat buat ringan sebab takut suami & orang sekeliling cakap mengada ngada bukan?
Bukan anda saja… tapi ramai wanita di luar sana yang ‘simpan’ sendiri sakit & finally sampai ke hospital dalam keadaan pengsan.. koma & ada yang tidak bernyawa lagi.
Katakan anda mengalami tanda2 seperti ini ketika mengandung & berpantang TOLONGLAH BERITAHU SUAMI & BERJUMPA DOCTOR SEGERA…
1. Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
2. Sukar untuk bernafas
3. Sakit dada
4. Batuk berdarah
5. Nadi sangat laju
Sebab tu dari mengandung lagi emosi mommy perlu dijaga…. takut terbawa bawa sampai ke berpantang. (bagi yang dah miliki buku 9bulan10hari… minta suami rujuk page 53-55… tentang peranan suami ketika isteri hamil & dengar nasihat2 pakar dalam video dokumentari… – semoga ia membantu suami faham keadaan isteri berdepan perubahan ini)
Pantang 44 hari…. 100 hari.. 6 bulan & 2 tahun… ada sebabnya…. (page 132).
Pakai stokin… elakkan tidur dalam aircond ada sebabnya….
Bertungku.. mandi herba…urut…. ada sebabnya…. (page 135-138)
Jangan buat semua kerja sendiri… minta suami buatkan.. katakan suami BZ minta keluarga tolong… katakan BZ juga.. maka ambillah CL/bidan untuk jaga mommy.
Elakkan makan makanan pelik2 masa pantang.. rujuk set makanan pantang di page 140.
Jangan bersendirian ketika berpantang…. kalau dah rasa macam ada yang ‘berbisik’.. cepat2 pasang surah Ruqyah kat rumah….
Buat mommy.. ya.. memanglah kita kesiankan suami & cuba buat yang terbaik untuk family… tapi ketahuilah.. kalau mommy sihat… baru anak2 pun happy…. =)
Fikir yang baik2… buat yang baik2.. insyaALLAH semuanya baik baik saja…
COPYRIGHT@nazira nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!