pening

Ketahuilah 7 Drastik Perubahan Ketika Hamil

Salah satu daripada perkara wajib yang terjadi kepada isteri mengandung ialah perubahan ketika hamil. Ini bukan sebab isteri hamil saja nak mengada-ngada. Tapi memang punca utama adalah disebabkan hormonal imbalance yang isteri alami.

Perubahan Ketika Hamil Pertama : Emosi Tidak Stabil

Isteri dalam keadaan normal pun sudah boleh beremosi dah kan? Tapi ketika hamil, percayalah akan jadi luar biasa. Boleh jadi manja tiba-tiba. Boleh menangis tak semena-mena. Boleh happy tak terkata. Boleh jadi sensitive dengan suami tanpa sengaja. Dan banyak lagi perkara. Apa saja berkaitan dengan emosi, memang akan terjadi secara tiba-tiba. Itu lumrah dia yaa.

Perubahan Ketika Hamil Kedua : Payudara Berubah Saiz

Isteri akan mengalamai sengal dan gatal di kawasan aerola kerana pembuluh darah mengembang ketika hamil. Payudara juga akan jadi gelap kerana peningkatan kadar estrogen dan menjadi lebih besar dari biasa. Dan perubahan ketika hamil ini yang banyak suami akan sangat suka. Secara jujurnya, ini satu perubahan ketika hamil yang sangat best sebab menampakan isteri lebih sexy dimata suami.

Perubahan Ketika Hamil Ketiga : Menjadi Pelupa

Katakan isteri memang dah sedia pelupa, jangan terkejut. Dia menjadi lagi pelupa nanti. Takut nama suami dia pun dia terlupa kang, bahaya begitu kan? Hehe, tapi so far tak pernah ada masalah macam ni laa, soo jangan risau. Sebab nama suami di hati bukan di brain. Hehe.

Penyakit lupa ketika hamil ini digelar momnesia @pregnancy brain yang mana tahap memori menurun sebab kurang tidur, kurang nutrisi dalam badan dan stress. Papa tolong mama ingatkan mana yang dia tak ingat yaa. Lebih-lebih lagi tarikh check up. Paling terbaik save tarikh tu pada calendar phone masing-masing. So masing-masing boleh ingatkan balik.

Perubahan Ketika Hamil Keempat : Kulit Kusam & Gelap

Masa ni, kulit seakan berdaki. Lebih-lebih lagi di bahagian leher, ketiak dan celah pelipat, ini salah satu perubahan perut ketika hamil. Ini normal ya. Jangan cepat panik, ia akan hilang dengan sendirinya selepas isteri bersalin. Anak anda tengah ‘download’ segala seri maknya.

Time camni, papa jangan tegur apa-apa perubahan pada mama yaa. Dahlaa emosi sedang tak stabil yaa. Kalau nak tegur cantik pun. Kena fikir dulu, sebab takut mama suspect kenapa si papa tegur bertempat. Panjang pulak ceritanya nanti. Hehe.

perubahan perut ketika hamil

Perubahan Ketika Hamil Kelima : Suka Mengunyah

Suami jangan pelik ya, kalau isteri lepas makan, dia makan lagi kudap-kudap sampingan yang lain. Lebih-lebih lagi bila kandungan dah masuk trimester kedua, selera makan mula membuak-buak dan segalanya nampak sedap.

Time ni jugak satu peluang nak makan segala apa yang nak juga. Sebab orang lain takkan ‘judge’ mommy jadi gemuk. Sebab dah nampak perut kedepan kan? Sooo, gunalah peluang keemasan ini. Tapi jangan terlebih-lebih pulak yaa. Nanti baby pun kunyah banyak-banyak. Susah pulak nanti nak keluar dari perut mommy. Pastikan size balance tu crosscheck naa.

Perubahan Ketika Hamil Keenam : Level Bau Berbeza

Dulu time normal, bau kadang-kadang tak merasa apa. Lepas mommy dah preggy dah, dari jauh pun mommy dah boleh detect ada orang tengah hisap rokok ke atau sedang vape. Dan ini sangat tak menyenangkan. Kalau perkara ini makin teruk, akan jadi mabuk hamil nanti.

Ketika ini hampir semua bau jadi berganda-ganda bau nya. Jadi daripada normal bau nasi mendidih tu ok, sekarang rasa bau tu sangat tak menyenangkan. Jadi rasa tertekan sangat. Ada banyak mommy letak je nasi kat periuk, terus lari jauh-jauh, sebab bau dia tak best. Huhu.

Untuk ‘temporary solution’ gunalah minyak cap yuyi ataupun minyak angin, essence oil, sapu ditepi-tepi hidung. Atleast, bau minyak tu akan create diversion daripada bau-bau lain.

Perubahan Ketika Hamil Ketujuh : Pedih Ulu Hati

Seperti dah kita bagitau, hormon akan berubah kan? Salah satu hormon yang berubah ialah progesteron. Hormon ini akan memberi kesan positif kepada kehidupan seks anda, tapi apa terjadi juga. Ia memudaratkan sistem pencernaan.

Hormon ini boleh melonggarkan injap perut yang menghalang asid dari naik melalui esofagus. Apabila rahim semakin membesar dan ruang di bahagian perut semakin sesak, asid ini boleh terlimpah ke dalam esofagus sehingga menyebabkan pedih ulu hati.

Makanan dengan serat tinggi dan beralkali boleh membantu mengurangkan keadaan ini. Pemakanan prebiotik dan probiotik juga akan membantu.

Follow FB Page : 9bulan10hari 
IG : 9bulan10hari
Website : www.9bulan10hari.com 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *