Resepi Minuman Penggalak Susu Badan! Kos Bawah Rm20, Susu Pun Banyak
Resepi Minuman Penggalak Susu Badan!
Susu badan kurang! apa nak buat ni? dah macam-macam ikhtiar tapi susu masih sikit, perlu ke aku topup susu formula?
Sudah menjadi impian setiap wanita yang bergelar IBU untuk menyusukan anak tanpa bantuan susu formula. Selepas bersalin, ramai ibu yang masih membiasakan diri untuk menyusukan anak, terutama kepada ibu yang pertama kali menimang cahayamata.
Apa yang merisaukan ibu-ibu ni bila susu badan tak keluar dan sikit. Disinilah cabaran akan bermula. Ibu akan cepat stres bila bayi menangis kehausan, ditambah pula luka bersalin yang masih baru dan pedih. Ibu akan rasa give up dan berfikir untuk beri anak susu formula jika susu badan kurang.
Ada juga ibu yang mengalami masalah payudara rasa membengkak, tapi susu susah nak keluar.
Menurut Kaunselor Laktasi Puan Nad Masrom berkemungkinan saluran susu tersumbat.
- Lambat memulakan penyusuan selepas kelahiran.
- Bayi alami masalah hisapan (seperti tongue tie).
- Sesi penyusuan yang kurang atau ditinggalkan.
- Tertinggal sesi memerah bagi ibu bekerja.
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau jenis wired bra.
- Bukaan pada puting tersumbat (nipple bleb).
- Urutan yang salah (menyebabkan saluran susu terluka).
- Kerapkan penyusuan seperti biasa
- Pastikan susu dikeluarkan sekerapnya sehingga payudara berasa lembut sama ada melalui penyusuan atau perahan (biasanya orang sebut sehingga ‘kosong’ – tapi susu ibu tak pernah kosong).
CARA MEREDAKAN BENGKAK SUSU.
- Hot compress dan lakukan urutan lembut. Jika ibu berasa sakit, lakukan cold compression untuk redakan kesakitan diikuti urutan lembut.
- Gunakan larutan epsom salt.
- Mandi hot shower dan buat urutan lembut ke arah puting dengan lembut.
- Boleh lakukan breast compression ketika sedang menyusu atau memerah.
- Pastikan posisi penyusuan ketika menyusukan bayi adalah betul.
- Saluran susu tersumbat ini mungkin akan ambil masa untuk reda bagi sebahagian ibu.
Puan Nad Masrom juga turut berkongsi cara membuat minuman penggalak susu badan yang murah, sedap dan berkhasiat!
Buat para suami mithali, buatkanlah resepi minuman penggalak susu badan ni untuk memastikan susu ibu kekal meriah, kosnya tak sampai pun Rm20, susu pun banyak!
Resepi Minuman Penggalak Susu Badan!
RESEPI MINUMAN PENGGALAK SUSU BADAN! bahan-bahannya.
CARA-CARA MEMBUAT MINUMAN PENGGALAK SUSU BADAN
Rasanya segar dan sedap.
Untuk lebih informasi tentang penyusuan tekan link ini ebook.9bulan10hari.com