Sakit Rengat Selepas Bersalin Memang Sakit! Ketahui Tips Menanganinya.
Ibu yang pernah kena rengat, pastinya takkan lupa macamana sakitnya tu. Sakit yang tak boleh bawa bincang. Sakitnya dari perut, pinggang sampai ke belakang badan, rasa yang mencucuk-cucuk. Nak berjalan pun sakit, rasa mencengkam je.
Ramai ibu merasa sakit rengat ni selepas bersalin. Terutamanya ibu-ibu yang bersalin normal. Buat ibu yang pertama kali melahirkan anak, bersedia bila menghadapi sakit rengat ni.
Para suami kena baca dan ambil tahu tentang benda ni, sebab anda juga perlu meredakan sakit yang isteri hadapi. Sakitnya rengat umpama macam sakit nak bersalin lagi.
Bukan nak menakutkan sesiapa, tetapi sakit rengat ni memang sumpah sakit! yang dah pernah je tahu betapa azabnya bila kena. Sakit bersalin tak hilang lagi, dah datang sakit lain ketika berpantang.
“Sejurus selepas bersalin rahim perlu mengecut untuk mengelak daripada pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan. Ini adalah proses normal yang dialami setiap wanita.
“Pada hari-hari seterusnya, rahim mengalami proses pengecutan untuk kembali ke bentuk asal. Secara amnya, dalam tempoh 10 hingga 14 hari, rahim sudah tidak boleh dirasai di kawasan abdomen,” katanya.
Tahap kesakitan rengat berbeza pada setiap wanita dan daya ketahanan terhadap kesakitan juga berbeza. Ada wanita yang berasakan ia amat menyakitkan dan ada pula yang boleh menahannya.
Ada kalanya, sakit rengat akan juga bertambah ketika menyusukan bayi dan ini adalah normal kerana hormon oksitosin yang menggalakkan pengeluaran susu juga menggalakkan kontraksi.
“Oleh itu dinasihatkan wanita meneruskan penyusuan badan walaupun mereka terpaksa menahan kesakitan kerana semakin kerap bayi menyusu, lebih cepat rahim mengecut,” katanya.
Menurut Dr Sharmina, bagi wanita yang merasai kesakitan yang kuat, terlampau sakit atau terdapat banyak pendarahan, mereka perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana mungkin berlaku jangkitan kuman atau komplikasi yang lain. Ia mungkin juga bukan rengat dan boleh mengancam nyawa,” katanya.
TIPS MENGURANGKAN DAN MEMULIHKAN SAKIT RENGAT SELEPAS BERSALIN.
- Tumbuk halus kunyit hidup, campurkan bersama air asam jawa dan gula merah.. kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan pagi dan malam.
- Minum air rebusan herba akar kayu bersama madu lebah. Boleh diamalkan bersama telur ayam kampung.
- Bertungku 3 kali sehari. Ibu juga boleh guna sapuan minyak urut herba panas contohnya macam losyen mustajab dan sebagainya.
- Sapuan minyak panas pada perut ibu dan disertakan tuaman bantal panas. Ini juga membantu pengeluaran ketulan darah ketul dari rahim ibu.
- Banyakkan berbaring. Cuba berbaring agar kesakitan dapat dikurangkan. Apabila sakit sudah berkurang boleh cuba menyusukan anak sambil duduk.
- Hiruplah kopi panas agar terasa lega dan dapat kurangkan kesakitan rengat. Jangan lupa untuk berbengkung, supaya otot perut menjadi kemas dan banyakkan rehat kerana otot peranakan masih lemah.
- Kalau mommy tak boleh nak handle lagi sakit rengat tu, pergilah berjumpa doktor dan minta nasihatnya ubat apa yang paling terbaik mujarab merawat rengat. Biasanya doktor akan bagi panadol/painkiller yang dibenarkan.
- Yang paling penting sekali, sabar dan terus bersabar. Kuatkan semangat!