Sakit Rengat Selepas Bersalin Memang Sakit! Ketahui Tips Menanganinya.

Ibu yang pernah kena rengat, pastinya takkan lupa macamana sakitnya tu. Sakit yang tak boleh bawa bincang. Sakitnya dari perut, pinggang sampai ke belakang badan, rasa yang mencucuk-cucuk. Nak berjalan pun sakit, rasa mencengkam je.

Ramai ibu merasa sakit rengat ni selepas bersalin. Terutamanya ibu-ibu yang bersalin normal. Buat ibu yang pertama kali melahirkan anak, bersedia bila menghadapi sakit rengat ni.

Para suami kena baca dan ambil tahu tentang benda ni, sebab anda juga perlu meredakan sakit yang isteri hadapi. Sakitnya rengat umpama macam sakit nak bersalin lagi.

Bukan nak menakutkan sesiapa, tetapi sakit rengat ni memang sumpah sakit! yang dah pernah je tahu betapa azabnya bila kena. Sakit bersalin tak hilang lagi, dah datang sakit lain ketika berpantang.

Sakit Rengat Selepas Bersalin
Sakit Rengat Selepas Bersalin- Semua Benda Serba Tak Kena
Mak-mak kita dulu kata, kalau kita lahirkan anak kedua maka dua hari lah sakitnya. Kalau lahirkan anak ketiga, maka tiga harilah sakitnya. Tapi kalau anak ke sepuluh? pengsan fikirkan sakit sepuluh hari tu. Sejauh mana kebenaran dia. Wallahualam.
Punca sakit rengat ni terjadi disebabkan darah yang berkumpul sepanjang mengandung didalam merian bersama uri.
Ianya berlaku disebabkan darah bantal atau darah ketul yang belum habis keluar akan menjadi racun dalam badan. Ibu-ibu jangan risau. Sakit akan semakin berkurangan bila darah bantal tersebut telah habis keluar.
Orang dulu kata darah bantal. Orang kita sekarang gelar dia after birth pain. Kontraksi selepas bersalin.
Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Sunway Medical Centre Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal dalam arikel Harian Metro, kesakitan dialami wanita seperti kontraksi atau rengat adalah disebabkan proses pengecutan rahim untuk kembali ke bentuk asal.

“Sejurus selepas bersalin rahim perlu mengecut untuk mengelak daripada pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan. Ini adalah proses normal yang dialami setiap wanita.

“Pada hari-hari seterusnya, rahim mengalami proses pengecutan untuk kembali ke bentuk asal. Secara amnya, dalam tempoh 10 hingga 14 hari, rahim sudah tidak boleh dirasai di kawasan abdomen,” katanya.

Tahap kesakitan rengat berbeza pada setiap wanita dan daya ketahanan terhadap kesakitan juga berbeza. Ada wanita yang berasakan ia amat menyakitkan dan ada pula yang boleh menahannya.

Ada kalanya, sakit rengat akan juga bertambah ketika menyusukan bayi dan ini adalah normal kerana hormon oksitosin yang menggalakkan pengeluaran susu juga menggalakkan kontraksi.

“Oleh itu dinasihatkan wanita meneruskan penyusuan badan walaupun mereka terpaksa menahan kesakitan kerana semakin kerap bayi menyusu, lebih cepat rahim mengecut,” katanya.

Menurut Dr Sharmina, bagi wanita yang merasai kesakitan yang kuat, terlampau sakit atau terdapat banyak pendarahan, mereka perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana mungkin berlaku jangkitan kuman atau komplikasi yang lain. Ia mungkin juga bukan rengat dan boleh mengancam nyawa,” katanya.

Kebiasaannya sakit rengat akan terjadi kepada wanita yang melahirkan anak secara normal. Jarang berlaku kepada ibu yang melahirkan secara ceaser.
Sakit Rengat Selepas Bersalin
Sakit Rengat Selepas Bersalin- Perut Yang Memulas Seperti Senggugut.
Bayangkanlah sakit beranak tak abis lagi, ditambah pula dengan sakit merengat ni.. Dugaan ini hanya Tuhan je yang tahu macamana sakitnya.Itulah salah satu pengorbanan seorang ibu dalam mengharungi tempoh berpantang.
Kebiasaan ibu yang baru melahirkan anak sehingga usia bayi 10 hari akan mengalami rengat. Sakitnya umpama memulas perut di bahagian ari-ari seperti contraction ketika saat melahirkan anak.
Berpeluh-peluh menahan sakitnya rengat. Rasa macam nak putus urat perut bila kena sakit rengat ni. Serba tak kena. Nak duduk, nak baring semua rasa semacam. Semua tak keruan dibuatnya bila rengat menyerang.
Beruntunglah siapa yang tak pernah kena sakitnya rengat ni. Tak semua ibu melalui keperitan ini.
Sakit Rengat Selepas Bersalin
Sakit Rengat Selepas Bersalin- Bertungku Dapat Meredakan Sakit.

TIPS MENGURANGKAN DAN MEMULIHKAN SAKIT RENGAT SELEPAS BERSALIN.

  • Tumbuk halus kunyit hidup, campurkan bersama air asam jawa dan gula merah.. kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan pagi dan malam.
  • Minum air rebusan herba akar kayu bersama madu lebah. Boleh diamalkan bersama telur ayam kampung.
  • Bertungku 3 kali sehari. Ibu juga boleh guna sapuan minyak urut herba panas contohnya macam losyen mustajab dan sebagainya.
  • Sapuan minyak panas pada perut ibu dan disertakan tuaman bantal panas. Ini juga membantu pengeluaran ketulan darah ketul dari rahim ibu.
  • Banyakkan berbaring. Cuba berbaring agar kesakitan dapat dikurangkan. Apabila sakit sudah berkurang boleh cuba menyusukan anak sambil duduk.
  •  Hiruplah kopi panas agar terasa lega dan dapat kurangkan kesakitan rengat. Jangan lupa untuk berbengkung, supaya otot perut menjadi kemas dan banyakkan rehat kerana otot peranakan masih lemah.
  • Kalau mommy tak boleh nak handle lagi sakit rengat tu, pergilah berjumpa doktor dan minta nasihatnya ubat apa yang paling terbaik mujarab merawat rengat. Biasanya doktor akan bagi panadol/painkiller yang dibenarkan.
  • Yang paling penting sekali, sabar dan terus bersabar. Kuatkan semangat!
Buat suami, ketika isteri melalui sakit rengat ni sentiasa ada disisinya. Bantu isteri apa yang dia perlukan. Ambil tahu apa makanan yang baik ketika berpantang dan tolong jaga anak sepanjang isteri berpantang.
Jangan biarkan isteri buat kerja berat-berat dan jangan buat isteri stres. Hargai isteri anda, dia dah banyak melalui kesakitan yang cukup luarbiasa dalam hidup mereka.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *