Sebab Tu Setiap Wanita Perlu Ambil Tahu Tahap Kesihatan Rahim. Wanita Ini Tidak Lalui Simptom Serius, Namun Disahkan Endometriosis Tahap 4.
Jadikan kisah ini sebagai pengajran tentang kenapa kita tidak perlu berputus asa..
Allah kan ada… senyum sikit….
Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah Oktober depan usia perkahwinan kami mencecah 7 tahun. Pada awal tahun ini, kami suami isteri memang ada perancangan untuk melakukan rawatan dari awal hingga habis memandangkan sebelum ini kami pernah berjumpa doktor pakar sakit puan di klinik lain tetapi hanya separuh jalan kerana sebab sebab tertentu.
Keyakinan kami pada Dr Hamid Arshat amatlah tinggi kerana pengalaman beliau yang agak lama dalam bidang perbidanan dan kes kes yang dikendalikannya semua berjaya atas izin Allah.
Apapun Allah yang Maha Berkuasa. Usaha kami untuk membuat rawatan dan pembedahan ini juga diiringi dengan izinNya. mudah mudahan kami suami isteri berpeluang untuk bergelar ayah dan ibu tidak lama lagi..csemoga sedikit pengorbanan yang kami lakukan ini menemui sinar yang lebih terang dalam hidup kami. Aamiin..
Ini adalah kronologi sebelum dan selepas Anna Alaui menjalani operation.
21/4/2017 (Ultrasound Scanning)
Untuk pertama kali saya check up dgn Dato’ Dr.Hamid Arshat di kliniknya Yayasan Jabal Nur (YJN) di Bukit Jalil. Tapi sebelum tu, saya memang call banyak kali klinik ni (sebab susah sangat nak dapat) untuk buat appoinment.ok, straight to the point.
Treatment pertama yang saya buat selepas semua details diambil ialah ultrasound scanning. Doktor akan menerangkan apa permasalahan rahim kita menerusi skrin.
Hasil daripada pemeriksaan ni, saya didapati mengidap penyakit endometriosis stage 4, ovari membengkak, saluran fallopio tersumbat dan rahim retroverted (terbalik). Rahim terbalik ni sejak azali dan ia bukan penyebab sukar utk mengandung.
Kos rawatan : RM200++ (lupa sbb resit dh hilang)
3/5/2017 (HSG Test)
Ujian x-ray HSG (HysteroSalpingoGram) di buat di Klinik Daya X-Ray Centre di dalam bangunan DBKL.
Tujuan ujian ini dibuat adalah untuk melihat keadaan tiub fallapio berfungsi dengan baik atau ada tak sebarang halangan yang boleh menyebabkan terhalangnya proses persenyawaan.
Satu cecair akan dimasukkan di rongga rahim untuk memastikan keadaan tiub berfungsi dengan baik atau tidak. Ok setel bab ni. (tapi sebenarnya tak setel pun sebab ujian ni fail. Sebab kedua dua tiub fallopio saya ni memang tersumbat teruk)
Pengalaman orang tak sama. Ada yang cakap sakit sangat sangat buat HSG test ni, tapi bagi saya sakit macam buat ujian pap smear je.. siapa tak pernah buat ujian pap smear tu, susah la saya nak terangkan sakit dia macam mana. hehe
Kos rawatan : RM240.00
16/5/2017 (Consultancy with Dr.Hamid)
Ok,saya rasa ini memang hari yang ditunggu tunggu oleh semua patient Dr.Hamid. Sebab apa saya cakap macam ni? Sebab before this, semua treatment yang saya buat tu bukan dari Dr.Hamid. So,time ni lah saya rasa nak tanya semua benda kat dia. Doktor akan terangkan apa proses seterusnya yang saya kena buat.
Oleh sebab masalah rahim saya ni dah teruk dan tempoh perkahwinan saya pun agak lama, so doktor decide untuk saya buat pembedahan laparoscopy dan minilaparotomy secepat mungkin.
Sebelum dari tarikh pembedahan, doktor nasihatkan saya supaya banyakkan makan sayuran hijau, buah-buahan, amalkan pengambilan vitamin c, multivitamin, fish oil dan jus buahan segar setiap hari. Elakkan makanan beracun seperti makanan dan minuman dalam tin, mi segera, air berkarbonat, fast food, dan makanan yang tinggi gula dan pengawet.banyakkan makan ikan dalam setiap hidangan makanan.
Consultancy Cost : RM122.00
7/9/2017 (Laparoscopy & Minilaparotomy Surgery)
Hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Nervous sangat. Pembedahan ni dilakukan oleh Dr.Hamid sendiri di Hospital Pantai KL. Lewat petang (6/9/2017) saya dah pun berada di wad D, tingkat 3 Hospital Pantai. Jam 12 malam saya diarahkan supaya berpuasa dan tidur dengan lena.
Lepas solat Subuh, saya dah siap siap mandi dan pakai baju khas untuk operation. Saya difahamkan on that day ada 5 ke 6 orang patient Dr.Hamid.
Masing masing mempunyai masalah yang berlainan.
Jam 11 pagi, katil saya ditolak oleh staff nurse masuk ke dalam Operation Theatre (OT).
Lepas dah kena inject ubat bius, memang saya tak sedarkan diri sehingga pukul 6 petang. Suami bagitau lebih kurang 4 jam saya dalam OT. Selama 4 jam lah saya memang tak sedarkan diri. Bila dah sedar, memang saya dah ada di wad dan baru perasan ada 3 tiub kat badan saya ni. (tiub urine,tiub drain n tiub utk masukkan air).
Suami bagitau lagi, saya dah selesai dan selamat buat operation tu. Alhamdulillah lega sangat sangat bila dengar. Saya memang dalam keadaan mamai masa tu. Saya tak dibenarkan makan dan minum sehingga keesokan hari kerana dikhuatiri akan muntah akibat dari kesan ubat bius.
Memang badan terasa sakit dan sangat lemah tambah pula saya berpuasa dah lebih 24jam. hanya dapat minum air seteguk dua untuk membasahkan tekak yang kering.
8/9/2017 (Lawatan Dr.Hamid)
Jam 2 petang, doktor Hamid datang melawat saya. (seperti dalam gambar di atas). Doc bagitahu cyst saya agak teruk dan proses pemulihan mengambil masa yang agak lama kerana terdapat banyak kesan luka dan sedikit pendarahan kesan dari operation tu.
Saya tak dibenarkan pulang selagi ‘drain’ (darah yang keluar melalui tiub) tak kurang dari 100ml.
Saya dah mula diberi minum dan makan macam biasa cuma pergerakan agak terbatas.
Jangkaan doktor, saya berada di hospital hanya 3 hari saja.Tapi disebabkan masalah masalah tertentu, saya admitted selama 7 hari. Selepas 7 hari (12/9/2017) Alhamdulillah, saya dibenarkan pulang ke rumah.
Dan sekarang ni saya dinasihatkan supaya berehat dan berpantang selama 30 hari. Makan banyak sayur dan buah.
Suami yang menguruskan kesemuanya termasuklah memasak makanan berkhasiat utk saya. InsyaAllah 25/9/2017, saya akan ke Klinik YJN untuk membuka jahitan. Doakan segala urusan dipermudahkan.
Surgery cost and bill hospital : RM18,500.00 (dalam proses utk dapatkan claim).
Saya harap penjelasan saya ini dah buat semua orang faham. Saya jarang nak share benda benda macam ni tapi sebab ramai sangat nak tahu apa penyakit saya dan operation apa yang saya buat haritu.. dan ramai jugak yang tanya apa simptom simptom endometriosis ni..
Saya memang tak boleh nak jawab sebab saya tak ada tanda atau simptom yang serius. apa yang boleh saya katakan, bukan perempuan yang susah nak pregnant je boleh ada penyakit macam saya ni, perempuan yang belum kahwin dan yang dah ada anak pun berkemungkinan berisiko jugak. Semuanya melibatkan faktor pemakanan.
Doktor suruh saya jaga makan. Kalau saya tak jaga makan, tak mustahil cyst saya akan dtg balik.
Nasihat saya :
- Siapa yang rasa diri tu ada rahim, please buat ultrasound scanning. Lebih baik mencegah daripada buat operation macam saya ni.
- Jangan lupa buat ujian pap smear setahun sekali bagi yang sudah berkahwin.Ada yang tanya pada saya,
“oh sebab ni la eh kau susah nk pregnant?”
ermm.. saya memang takde jawapan untuk soalan tu.. semua tu hanya asbab. Allah Maha Mengetahui. Andai ditakdirkan lepas operate ni pun saya susah jugak nak pregnant, kau nak salahkan sape pulak? hihi
Moga kita semua dapat menghormati perasaan masing masing. Bagi yang sering bertanyakan kenapa kami tak buat treatment dan jumpa pakar sehingga tunggu 7 tahun?, nah inilah jawapannya. meh sini jumpa saya… saya akan terangkan satu persatu apa sebabnya. Doakanlah yang baik baik untuk kami. InsyaAllah rezeki pasti datang untuk orang yang berusaha dan sentiasa bersyukur..Wallahua’lam.
Kata penulis :
Kak Zira & team 9bulan10hari sangat tahu yang Anna kuat & in very very soon Anna pun akan merasa denyut nadi di rahim Anna. Aamiin.
Dengan kuasa ALLAH, selagi ada rahim setiap wanita boleh merasa kehamilan.
Dan pastinya, Dr Hamid Arshat dah buat yang terbaik untuk Anna & semua. Yang penting Anna kena dengar nasihnya, tak putus doa pada Allah & tawakal.
Nama Anna juga ada bersama doa & solat hajat anak anak yatim, insyaALLAH selepas ni semuanya akan dipermudahkan untuk Anna.
Semoga Dr Hamid Arshat juga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus membantu ramai wanita.
Fikir yang baik baik, insyaALLAH semuanya akan baik baik saja. Hug sikit….
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.
Titis air mata