Mengenal Abc
|

10 Cara mengenal ABC Untuk Anak-anak 0-6 Tahun, Tiada Paksaan, Yang penting Anak Happy!

Bukan mudah untuk mengajar anak mengenal abc dengan lancar. Apatah lagi diusia mereka yang masih kecil. Dalam kepala asyik ingat nak main je, nak fokus pun susah. Kita pula nak anak cepat pandai mengenal abc, tanpa sedar kita asyik ‘push’ dia untuk ingat.

Kalau tak kena cara, silap hari bulan, kita baru mengajar sekejap..si anak dah menangis macam kena pukul. Sudahnya anak pun tak suka dan tak mahu belajar kerana sesi belajar yang tak best dan memikat hati si anak.

Ibu ayah tak usah pening kepala. Kita ajar anak santai-santai je. Apa yang penting anak enjoy’dan happy.

Ikut cara Pengetua Genius Aulad Saujana Utama Puan Ashikin Hashim bagaimana mengajar anak mengenal abc dengan mudah.

Foto kredit: parenting.firstcry.com

TIPS MENGENAL ABC

Cukupkah dengan hanya kita menunjukkan anak buku ABC supaya dia kenal ABC?

Bagi saya ia tidak cukup. Untuk seorang anak yang aktif, ceria, produktif, imaginatif – memaksa dia duduk diam memandang buku tanpa aktiviti yang meransang minda anak adalah sesuatu yang membosankan.

Jom kita jadi ibu bapa yang efektif dan kreatif!

Berikut adalah beberapa cara dan aktiviti yang boleh kita lakukan untuk anak mengenal ABC dengan cara yang menyeronokkan.

*Perhatian: kenalkan huruf kecil dahulu baru huruf besar

Foto kredit: themeasuredmom.com

1. MENYANYI!

Banyak sekali lagu-lagu nursery ryhmes yang boleh kita pelajari dari youtube unruk mengajar anak-anak mengenal ABC.

2. SEBUT, SEBUT SELALU!

Ketika kita pakaikan anak diaper, atau ketika anak sedang main, kita sentiasa sebut supaya anak dengar dan biasa dengan huruf-huruf ini.

3. FLASH THE CARDS!

Jika rajin buat kad imbas sendiri, jika tidak, banyak sekali kad imbas di pasaran. Dapatkan satu set untuk anak, dan flash kan di depannya 5 minit sehari sahaja. Tapi konsisten.

4. ALPHABETS CHART

Buat atau beli carta huruf dan lekat di dinding rumah. Peruntukan 5 minit sehari untuk anak baca dan tunjuk. Carta perlu ditampal mengikut eye level anak. Jangan terlalu tinggi.

Foto kredit: marleystellmann.com

5. ALPHABETS IS EVERYWHERE!

Buat saru target. Minggu ni nak perkenalkan 2 huruf pada anak contohnya K dan L. Lekatkan kad K dan L di tempat yang selalu anak berada. Contohnya di pintu utama, di sebelah komputer, di tempat dia bermain dan sebagainya. Minta anak sebut bila terjumpa huruf tersebut.

6. SNAP A PICTURE!

Saya pernah kongsikan aktiviti Wajdi yang menggunakan telefon lama untuk mengambil gambar huruf yang saya lekat di sekeliling rumah. Dia snap dan dia tunjukkan kepada saya dan sebut huruf itu. It’s really FUN!

7. COLLAGE

Aktiviti kolaj ialah aktiviti mengoyak kertas dan menampal. Lukis sebiji apple misalnya dan lekatkan kertas warna yang dikoyakkan kecil-kecil oleh anak dan tampal. Kemudian ajarkan anak, a is for apple. Sebut a berulang kali. Atau berikan template huruf yang boleh diprintout dari internet dan buat aktiviti kolaj bersama anak. Jangan lupa masukkan falam journal ya!

8. FINGER PAINT!

Foto kredit: shoscombeprimary.co.uk

Belajar mengenal huruf dengan cara melukis huruf terbut dengan jari. Wah..bestnya! Lukis dan sebut. Bukan saja dapat melukis tapi dapat juga kenal warna, campur warna, rasa teksturnya dan macam-macam lagi.

9. HIDE & SEEK!

Jom main nyorok-nyorok. Sorokkan huruf di beberapa bahagian rumah. Contohnya di bawah meja. Minta anak cari huruf tersebut. ‘ Wajdi tolong cari huruf ‘a’.!’ Bagi clue kepada anak. Huruf ‘a’ afa di tempat kita selalu makan!

10. ALPHABETS SCRAP BOOK

Buat aktiviti yang mengumpulkan semua huruf-huruf. Minggu ini belajar ‘a’. Tulis atau warna atau buat aktiviti kolaj. Minggu hadapan ‘b’ pula. Kumpul sehingga ‘z’. Compile dan jadikannya SCRAP BOOK. Engage dengan anak. Buat aktiviti berkaitan ‘a’. Contohnya ‘apple’ – makan apple, potong apple, buat jus apple, pegi market cari apple (maaf saya campur Melayu English – pandai-pandailah nanti anda nak fully english atau Melayu sahaja)

MashaAllah. Banyaknya aktiviti mengenal huruf. Jadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Jom jadi ibu bapa yang kreatif!

Kredit: Ashikin Hashim, Early Childhood Practitioner

Genius Aulad Saujana Utama

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *