Nak Mula Proses Toilet Training Anak? 7 Tips Ini Ibu Ayah Perlu Ikut
anak dah nak masuk 3 tahun ni.. tapi dia masih belum boleh bercakap dengan baik. Macamana nak ajar anak untuk toilet training? ada tips tak?
APA YANG PERLU IBU AYAH AJAR UNTUK START PROSES TOILET TRAINING?
Ada yang tanya nak sedia apa ye untuk anak jalani proses toilet training ye.
Anak memang kena kita latih dan prepare fizikal dan mental mereka untuk TT. Sebab nanti anak terkejut, dan trauma tambahan pula ini adalah satu transisi penting dalam kehidupan mereka.
Melakukan kemahiran hidup dan mengurus diri yang penting, kemahiran KE TANDAS.
So, ibu bapa perlu ;
- Sediakan anak dengan skill motor kasar dan motor halus yang kuat. Banyakkan bermain aktiviti yang libatkan pergerakan dan jari jemari.
Kalau kemahiran motor halus tak kuat, anak tak boleh buka pili air sendiri.
Kalau kemahiran vestibular anak tak cukup, anak akan takut berada atas mangkuk tandas.
Kalau tak pandai nak guna kedua-dua tangannya dalam satu masa, anak akan susah nak pegang paip air dan basuh dalam waktu yang sama.
2. Ajar tentang body awareness.
Ajar anak kenal nama anggota badan, terangkan apa fungsi anggota badan termasuk kemaluan, zakar dan faraj.
Cara paling best, hari-hari , duduk di hadapan cermin. Biar anak lihat tubuh badannya sendiri.
Baru anak macam oh mcam ni aku rupanya, bentuk rambut, mata dan tangan.
Bila anak tengah berak dalam pampers, kita cakap, ” adik tengah berak ye , teran , teran sampai habis ” supaya anak aware badannya tengah berak.
3. Ajar anak rutin ke bilik mandi ( sebelum, semasa, dan selepas ) melalui social story, kita selalu cerita tentang rutin ke bilik mandi.
Rutin ke bilik mandi. Pergi ke tandas – Buka seluar- Duduk atas mangkuk tandas – Buka pili air- Buang air kecil/besar- Basuh kemaluan- Pam tandas- Basuh tangan- Lap tangan- Pakai seluarAda 10 rutin tu, barulah lengkap TT anak kita.
Nampak simple kan, tapi penting untuk anak kita tahu.
Jadi, anak-anak perlu dilatih buka dan pakai baju serta seluar sendiri.
4. Tambah vokabulari anak tentang toilet training seperti apa itu tandas, paip, flush, tuala, berak ,kencing, basah, kering.
Ajar anak nama objek dalam tandas.
5. Latih anak supaya boleh faham arahan.
Caranya, ulang dan beri arahan pendek. Jom ke tandas. Jom basuh kencing.Jom basuh berak.
6. Check anak dah ada tanda bersedia untuk bebas diapers seperti macam malu-malu bila berak, sorok-sorok belakang langsir ke, dah pandai tahu beritahu ke bila dia berak, waktu kering pampers sudah makin lama.
Anak dah boleh bercakap lagi lah bersedia nak TT sebab dah ada kemampuan untuk berkomunikasi.
7. Belikan potty ladder seat atau potty untuk anak. Boleh beli di shoppee atau lazada. Harga berpatutan.
Jadi, moga tips ini dapat bantu ibu ayah untuk sediakan anak untuk Toilet Training.
Tips ini saya dapat dari kelas Toilet Training dengan Ot Aisyah Rozalli.
Banyak lagi beliau ajar, ini antara ringkasannya.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Nur Syakira
Tengah sediakan anak kedua pula.