10 Cara Terbaik Tidurkan Bayi Dengan Lebih Berkesan! Bayi Lena Sepanjang Malam
Bayi anda sering terjaga malam? Pasti anda merasa sedikit ‘pressure’ terutama kepada mereka yang baru pertama kali bergelar ibu ayah. Mulalah timbul persoalan ” normal ke bayi berjaga sepanjang malam?” apa tips terbaik untuk tidurkan bayi supaya tidurnya tidak terganggu?
Jangan risau! anda tidak keseorangan. Mari lihat sedikit kajian dari Universiti Bristol.
Kajian di Universiti Bristol menunjukkan statistik hanya 16% bayi berumur 6 bulan yang tidur lena sepanjang malam. Manakala lebih separuh akan kerap terjaga malam, 9% lagi tidak tidur terus dan 17% yang tinggal akan terjaga lebih dari sekali untuk setiap malam.
MENGAPA BAYI KERAP TERJAGA KETIKA TIDUR?
Untuk pengetahuan anda, bayi perlu bangun dan minum susu ibu dengan secukupnya pada siang hari. Anak-anak kecil ini mempunyai kitaran tidur yang singkat, di mana mereka akan kerap terjaga terutamanya bayi yang lebih muda usianya.
Professor James McKenna dari Universiti Notre Dame, Indiana, mengatakan kekerapan bayi terjaga adalah penting kerana ia bertindak sebagai SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Sindrom kematian bayi secara mengejut ini perlu dielakkan dan antara sebab bayi kerap bangun dari tidur ialah apabila mengalami sesak nafas atau keadaan terlalu sejuk atau panas.
Jadi pastikan bayi anda tidur dengan bijak. Kenapa tidur yang bijak?
Tidur yang bijak adalah tidur dalam keadaan aktif separuh dari kitaran tidurnya. Tidak di dalam keadaan aktif ni maksudnya, bayi akan kerap terjaga dan tidur semula.
10 PETUA YANG ANDA BOLEH AMALKAN UNTUK TIDURKAN BAYI DENGAN LEBIH MUDAH
Bagi mengatasi masalah anak kerap terjaga malam ini, anda perlu bijak dalam menanganinya. Susun beberapa strategi dari sudut psikologi dan habit tidur bayi anda.
TIPS 1– Perhatikan Tanda-tanda Bayi Anda Hendak Tidur
Mula-mula kita perlu faham ‘alert’ bayi mengantuk dan nak tidur. Perkara ini sangat penting untuk memastikan si kecil tadi lena sepanjang malam.
Bila bayi dah mula merengek, menggosok matanya dan menguap, tidurkan anak tanpa berlengah. Kalau kita tak ambil tahu tentang rutin tidur anak, akibatnya anak akan kerap berjaga malam dan kita juga turut mengalaminya!
TIPS 2- Latih Bayi Anda Dengan Rutin Sebelum Tidur
Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi anda selepas mandi. Bedung dengan selesa ya. Jangan terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.
TIPS 3- Amalkan Sentuhan Magis
Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.
TIPS 4- Mainkan Bunyi-bunyian Yang Menenangkan
Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bagi muslim, alunan zikrullah dan ayat suci al-quran sudah tentu menjadi pilihan utama buat para ibu dan bapa.
TIPS 5- Elakkan Pengambilan Kaffein Kepada Ibu Menyusukan Anak
Kafein bukan sahaja perlu dielak ketika hamil, juga semasa anda menyusukan bayi, anda juga perlu buang senarai minuman berkafein di dalam kepala. Minuman yang mengandungi kafein terdiri dari teh, kopi dan minuman bikarbonat (minuman bergas).
Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur.
TIPS 6- Makan Siang Yang Cukup Untuk Bayi
Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.
Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.
TIPS 7- Ajarkan Bayi Perbezaan Waktu Siang Dan Malam
Pada waktu malam, pastikan lampu sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi anda tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.
TIPS 8- Tambah Makanan Bayi Lebih Sedikit Sebelum Tidur
Tambah lagi? Iya. Tidak kira bila kali terakhir anda memberi susu dan makanan kepada anak anda, cuba untuk berikan susu terakhir sebelum anda tidur. Ini membantu bayi dari terjaga kelaparan di waktu malam.
TIPS 9- Jangan Kacau Bayi Ketika Tidur
Elakkan mengganggu bayi dengan menukar lampinnya ketika dia sedang tidur. Waktu seperti ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan merengek. Tukar lampin anak siap-siap sebelum anak tidur.
Tips 10- Tidur Sekali Dengan Bayi
Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai kitaran tidur yang sama boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Pastikan handphone silent! elakkan gangguan bunyi-bunyian yang kuat mengganggu tidur anak.
Selamat mencuba!
Sumber rujukan: thezuriat.com