Cara Berpantang
|

Berpantang Ikut kemampuan. Doktor izzat Kongsi 15 tips Cara Berpantang Yang Betul.

Berpantanglah mengikut cara berpantang yang betul dan tidak memudaratkan kesihatan. Berurut, memakai bengkung, bertangas, menyapu pilis, berpantang makan, memastikan kaki tidak berasa sejuk sehingga ada yang meletakkan tempoh tertentu untuk ‘bersama’ dengan suami, adalah amalan biasa dalam masyarakat kita.

Berpantang itu maksudnya tempoh masa pemulihan emosi dan fizikal isteri selepas bersalin. Suami dan orang-orang sekeliling berilah kata-kata semangat dan bantulah ibu berpantang sebaiknya. Janganlah paksa dia berpantang di luar kemampuan mereka.

Doktor Muhammad Izzat turut berkongsi cara berpantang yang betul, agar ibu-ibu tidak rasa terbeban mengikut cara berpantang yang rumit dan menyeksakan.

MACAMANA CARA BERPANTANG YANG BETUL SELEPAS BERSALIN? SUAMI SILA BERI PERHATIAN

Foto kredit: klikdokter.com
  1. Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok.
  2. Pantang makanan yang ibu allergik. Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.
  3. Pantang limit air – minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yg masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau.
  4. Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.
  5. Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!
  6. Pantang bersama dgn suami. Tunggu darah nifas kering dulu. Jangan tak menyempat tau.
  7. Pantang menyentuh luka jahitan tanpa cuci tangan. Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.
  8. Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Da kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?
  9. Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tkde masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar. Bukan berbogel pun kan?
  10. Pantang merawat diri sendiri jika ada masalah: darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam—- semua jumpa doktor. Jangan tanya kat facebook atau twidder nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.
  11. Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.
  12. Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.
  13. Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu. Simpan duit beli keperluan baby.
  14. Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start makanan pejal.
  15. Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.

PALING PENTING!

Pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan. Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takut-takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu.

Pesanan mesra dari team 9bulan10hari,

Kalau rasa nak pantang cara org Guatemala ikutlah. Kalau nak pantang cara orang kita buatlah, kalau nak pantang cara moden makan apa saja. Terpulang, janji mommy tak memudaratkan kesihatan & emosi anda.

Tetapi kena tahu jugak, bila orang-orang dulu nasihat jangan buat itu & ini itu maknanya dia sayang kita dan mereka cakap berdasarkan pengalaman. Jika anda tak mahu ikut cara mak-mak kita dulu berpantang, tolaklah sebaiknya. Jangan menyinggung perasaan sesiapa.

Walaupun rejim berpantang yang kita tahu adalah agak ketat dan menyukarkan, tidak semestinya kita perlu mengikutnya 100%. Anda boleh menjadikan amalan berpantang sendiri lebih praktikal dengan mengetahui tips dan memberi penekanan kepada perkara yang penting.

Selamat berpantang!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *