Stok Susu Badan
|

5 Cara Pantas Mengumpul Stok Susu Badan Agar Bekalan Cukup Untuk Anak

Alaaaa.. cuti bersalin dah nak habis ni.. sempat ke nak kumpul stok susu badan untuk anak nanti? takkan nak topup dengan susu formula pula nanti. Macamana ni? ada cara tak?

Jangan risau ya para ibu. Jangan tergesa-gesa buat keputusan. Ia tidak akan merencatkan Let Down Reflex atau Refleks Ejeksi Susu. Bila kita dah terbiasa memberikan anak susu formula sebagai susu tambahan, pengeluaran susu badan akan semakin berkurangan dan anak akan mula menolak permintaan susu ibunya.

5 CARA PANTAS KUMPUL STOK SUSU BADAN YANG BETUL

Foto kredit: todaysparent.com
  1. CARA PERTAMA- Perah Susu Selepas Menyusukan Anak

Biasakan diri selepas menyusukan anak terus pam selebihnya untuk buat stok. Cara ini mampu untuk memberi isyarat kepada badan ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Jangan risau mula-mula memang kita akan merasakan susu tak banyak keluar. Namun bila ianya sudah menjadi rutin harian, badan ibu akan secara semulajadinya menyesuaikan diri dan anda akan lihat lebih banyak susu boleh diperah dan dihasilkan.

60 minit selepas sesi menyusu adalah masa yang paling sesuai untuk mengamalkan cara ini. Jika terlalu lewat, ia tidak akan memberi manfaat kepada usaha ibu untuk mengumpul stok susu ibu.

Nak buat stok susu untuk anak, kena kuat mental dan fizikal. Buat sifat malas dan sambil lewa. Niatkan untuk tambah susu untuk anak, insyaAllah bekalan susu akan banyak.

2. CARA KEDUA- Pam Susu Sambil Susukan Anak

Foto kredit: smababy.co.uk

Perasan tak ketika kita menyusukan anak disebelah payudara, sebelah payudara lagi susunya akan mengalir? rugi kalau kita biarkan susu keluar begitu saja.

Ada ibu yang pernah tanya, boleh ke sambil menyusukan anak sambil perah?

Jawapannya sangatlah boleh ya! tak mengganggu pun.

Cara ini sangat membantu dalam meningkatkan Let Down Reflex kerana kedua-dua payudara digunakan serentak.

Untuk memulakan cara ini, bayi boleh diletakkan pada posisi mendakap (football hold) dengan badan dan kakinya diampu bantal. Pastikan bayi selesa, disokong sepenuhnya dengan bantal dan melekap sempurna. Kemudian, satu tangan ibu digunakan untuk meletakkan dan mengepam di payudara sebelah.

Anak kenyang, stok susu pun dapat dikumpulkan. Hebat bukan?

3. CARA KETIGA- Seeloknya Perah Pada Waktu Malam Atau Awal Pagi

Kenapa kena perah waktu malam? kenapa tak tengahari atau petang?

Memerah pada waktu malam atau awal pagi memberikan ibu jumlah susu perahan yang banyak kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah pada tahap paling tinggi sekali.

Hormon prolaktin adalah hormon yang penting bagi penghasilan susu dan meransang perasaan kasih seorang ibu kepada bayinya. Ia dirembeskan 7 hingga 20 kali sehari dan lebih banyak pada waktu tidur. Semakin kerap bayi disusukan, semakin tinggi paras prolaktin dan semakin banyak susu dihasilkan.

Tak kisahlah ibu nak menyusukan anak pada waktu apa sekali pun. Susu tetap akan keluar, cuma banyak atau tak je. Boleh kumpul setiap 2 jam sekali ya.

4. CARA KEEMPAT- Minum Air Dengan Kerap Sebelum Menyusukan Anak

Cara terbaik untuk mendapatkan air yang cukup adalah minum sesuatu setiap kali anda menyusu bayi anda. Bayi anda perlu menyusu kira-kira 8 hingga 12 kali setiap hari. Oleh itu, dapatkan segelas air sebelum atau selepas menyusukan anak.

Ibu menyusukan akan memerlukan air lebih kurang 2-5 liter sehari. Air adalah penyumbang terbesar penghasilan susu ibu.

Foto kredit: verywellfamily.com

5. CARA KELIMA- Makan Makanan Tambah Susu/ Milk Booster

Ibu yang makan pelbagai jenis makanan sewaktu menyusukan anak, akan membantu anak menjadi seorang ‘pemakan’. Ini kerana sewaktu menyusu, susu yang diminum selalu berubah rubah rasa mengikut pemakanan ibu.

Mungkin jika ibu makan makanan yang kuat rasanya dan bau seperti petai atau durian, pertama kali sewaktu menyusukan anak, mungkin anak akan kelihatan menolak pada awalnya. Tapi lama-lama anak akan terbiasa dan boleh terima.

Selain itu, anak juga akan dapat pelbagai khasiat dari makanan yang berbeza beza tadi. Setiap makanan, buah dan sayuran, banyak khasiatnya, bergantung jenis, rupa dan warna.

Ini ada pengaruhnya sewaktu anak sudah boleh makan sendiri. Anak akan jadi seorang yang lebih ‘adventurous’ dengan makanan dan berani mencuba. Jadi kalau ibu maukan anak-anak suka makan makanan yang sihat, amalkanlah dari sewaktu bayi menyusu lagi.

MILK BOOSTER?

Sesetengah makanan memang boleh merangsang pengeluaran susu yang lebih, dan sebaliknya, contohnya seperti halba dan moringa adalah milk booster semulajadi yang diamalkan secara turun temurun.

Namun yang lebih tinggi pengaruh dalam penghasilan susu adalah demand, stimulasi dan emosi ibu. Kalau ibu sukakan makanan tersebut, makanan tersebut boleh jadi milkbooster ibu, kerana ibu rasa gembira. Tapi tak bermakna ianya sama pada orang lain.

Carilah milkbooster anda sendiri. Tapi kalau ianya adalah makanan yang manis / tinggi kalori, tak perlulah ambil selalu.

Nak cuba BMOM MILK BOOSTER?

KELEBIHAN BMOM MILK BOOSTER

  • Menstabilkan hormon ibu dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Memberikan tenaga dan kesegaran kepada tubuh badan ibu.
  • Kaya dengan protein dan kalsium yang membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.
  • Menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Meningkatkan stamina dan memberi tenaga untuk ibu menyusu badan.
  • Memudahkan proses percernaan bagi ibu dan bayi.
  • Membantu pekatkan susu badan. Bila susu badan pekat anak cepat kenyang, lega anak tak perlu minum susu formula dah.
  • Mencantikkan kulit bayi dan elakkan ruam.

Nak dapatkan BMOM MILK BOOSTER ini untuk isteri tersayang? tekan sini

BAGAIMANA PAYUDARA IBU MENGHASILKAN SUSU UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN BAYI?

Ketika bayi anda sedang menyusu, hisapannya menyebabkan lebih banyak hormon prolaktin dibebaskan. Prolaktin merangsang badan anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini merupakan pesanan kepada payudara supaya membuat susu yang cukup bagi sesi penyusuan yang seterusnya.

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation – FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendak mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anada boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi.

FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.

Sumber rujukan: Babycenter

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *