selamat atau tidak naik
| | |

Ibu Hamil Naik Pesawat? Ketahui Tips Terbang Dengan Selamat

Bestnya tengok tiket flight murah-murah sekarang ni,  tapi melihat keadaan kita yang tengah hamil, boleh ke terbang? tak bahaya ke ibu hamil naik pesawat? perasaan takut dan berjaga-jaga tu sentiasa kena tanamkan dalam diri.

Awal kehamilan, ibu mengandung memang terdedah dengan pelbagai risiko keguguran. Tidak kiralah dari segi permakanan, cara penjagaan kesihatan, naik bas ke, naik kereta ke mahupun naik kapal terbang, risiko keguguran boleh berlaku.. jadi hati-hati ok..

Dalam syarat penerbangan, tidak disebut preggy mommy tak boleh naik flight.. tetapi sebelum tiket mommy burn macam tu je.. seeloknya mommy daddy bertanya dan meminta pengesahan syarikat penerbangan, samaada boleh terbang atau tidak..

Dalam masa yang sama juga, anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan samaada anda available tak untuk naik pesawat.

Syarikat penerbangan tempatan mempunyai term dan syarat yang berbeza yang penumpang kena patuhi seperti berikut :

POLISI AIR ASIA

  • Kalau kandungan mommy dalam 27 minggu, mommy perlu mengisi Airasia Limited Liability Statement ketika proses check in.. borang ni adalah borang khas dimana AirAsia tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemungkinan yang berlaku sewaktu penerbangan.
  • Jika kandungan dalam usia 28-34 minggu, mommy perlu membawa surat pengesahan dari doktor tentang usia kandungan mommy, dan surat itu mestilah bertarikh kurang dari 30 hari sebelum penerbangan. Mommy juga dikehendaki menandatangani borang Limited Liability Statement.
  • Usia kandungan 35 minggu ke atas TIDAK DIBENARKAN menaiki kapal terbang.

MALAYSIA AIRLINES (MAS)

  • Usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor @ Jabatan Servis Kesihatan MAS sebelum berlepas.
  • Usia kandungan mencecah 36 minggu bagi penerbangan domestic juga perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor @ Jabatan Servis Kesihatan MAS sebelum berlepas.

MALINDO AIR

  • Usia kandungan 28 minggu perlu menandatangani borang Release And Indemnity sebelum berlepas.
  • Usia kandungan 28-35 minggu perlu menyediakan surat pengesahan doktor yang bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Mommy juga menandatangani borang Release And Indemnity sebelum berlepas.
  • Preggy mommy yang usia kandungannya 35 minggu ke atas TIDAK DIBENARKAN naik pesawat.

IBU HAMIL NAIK PESAWAT, SELAMAT ATAU TIDAK? KENAPA?

Berdasarkan laporan Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), keadaan persekitaran berkaitan penerbangan boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik dan sukar bernafas bagi ibu-ibu hamil yang lemah sistem kardiovaskularnya.

ACOG juga menegaskan,  masa paling selamat untuk terbang adalah apabila kandungan masuk tiga bulan kedua/trimester kedua.

Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama manakala trimester ketiga membawa risikonya yang tersendiri seperti kelahiran pramatang dan lain-lain komplikasi.

So mommy daddy perlu saling mengingatkan untuk membawa buku rekod kesihatan ibu mengandung yang color pink tu.. dan juga imej imbasan ultrasound sebagai rujukan jika berlaku kecemasan. Simpan dalam beg yang selamat.

Ibu Hamil Naik Pesawat
Cara Pemakaian Tali Pinggang Keselamatan Untuk Ibu Mengandung. – Facebook

INI TIPS BERGUNA JIKA IBU HAMIL NAIK PESAWAT!

  1. Kalau penerbangan mommy melebihi 4 jam, pilih tempat duduk bedekatan dengan laluan pejalan kaki untuk memudahkan pergerakan. Sebab bila mommy duduk terlalu lama, kaki mommy akan mengalami pembekuan darah. So, mommy perlu bangun dan berjalan sebentar untuk meregangkan otot.
  2. Sebelum ibu hamil naik pesawat, masa check in, elakkan juga duduk ditempat kecemasan.
  3. Jika mommy rasa mual bila pesawat nak membuat penerbangan dan mendarat, suami perlu standby gula-gula, asam jeruk kering dan sediakan air mineral yang secukupnya untuk hilangkan ketidakselesaan itu.
  4. Pakai pakaian yang selesa dan tidak ketat.. seeloknya pakai stoking khas untuk ibu mengandung.

Written by: Sweetmamajoy

COPYRIGHTS @9bulan10hari. SILAKAN SHARE..

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *