Anak Delay
|

Seawal 4 Bulan-5 tahun Ibu Ayah Dah Boleh Nampak Anak Delay Atau Tidak. Dr Amalina Kongsi Tips

Risaunya tengok Alya ni.. budak-budak sebaya dia semua dah boleh berjalan, bercakap walaupun pelat dan pandai bergaul. Kenapa anak aku tak macamtu? macamana nak tahu samaada anak delay atau tak?

Ada sesetengah anak-anak perkembangan mereka berbeza-beza walaupun umurnya sebaya. Tak dinafikan ada ibu ayah yang ‘terganggu’ apabila anak mereka berlainan dari orang lain. Kerisauan ini penting kerana kita perlu ‘alert’ dengan perkembangan mereka agar anak tidak tercicir.

Ibu ayah boleh jadikan perkongsian Dr Amalina Mohd Daud ini sebagai rujukan perkembangan anak. Bila kita dah tahu, senang untuk kita ambil tindakan seterusnya apa yang baik untuk anak kita.

Foto kredit: pinterest.com

Risau sebenarnya saya bila tahu ramai rupanya ibu ayah yang tak tahu apa tanda-tanda besar anak delay.

Bila ibu ayah tak tahu, mereka takde referral point untuk kenalpasti anak delay pada peringkat awal.

Tu yang anak sampai 2 tahun tak bercakap lagi pun masih tak buat apa-apa. Mereka ingat takpe baru 2 tahun. Biasalah tu tak bercakap. Sedangkan 2 tahun anak sepatutnya dah boleh menggabungkan dua perkataan:

Nak susu..

Nak makan..

Foto kredit: babycenter.com

Apa Terjadi Bila Anak Delay Dibiarkan?

  1. Progress anak susah nak catchup sebab critical time 3 tahun pertama tu dah terlepas.
  2. Bila anak delay sedikit, ia akan drag untuk delay perkara lain. Contoh kalau anak tak bercakap maka akan delay kemahiran lain seperti social dan intellect.
  3. Akan menyukarkan perhubungan parents dengan anak – sebab bila anak delay, anak juga lambat utk kuasai kemahiran urus diri, etc.

TANDA-TANDA BESAR (RED FLAG) ANAK DELAY

Untuk itu saya bahagikan kepada beberapa kategori perkembangan yang boleh kita lihat:

  1. Pertuturan dan bahasa
  2. Perkembangan motor
  3. Sosial dan Emosi
  4. Perkembangan Mental (cognition)

Yang saya akan listkan di bawah adalah #red_flag di mana kalau anak tak attain skill tersebut pada usia yang saya tulis maka mak mak harus check dan rujuk pada doktor ya!

Foto kredit: parenting.firstcry.com

Pertuturan Dan Bahasa

4 bulan

  • tidak memberi respond pada bunyi yang kuat
  • tidak membebel (no babble)

7 bulan

  • tidak beri respond pada bunyi

1 tahun

  • tidak menyebut sebarang perkataan seperti mama atau dada

2 tahun

  • tak boleh cakap minima 15 perkataan
  • tidak guna 2 perkataan (cth nak susu)
  • hanya boleh tiru tak boleh bina ayat sendiri

3 tahun

  • tidak boleh cakap minima 50 perkataan
  • tak guna ayat simple ( makan kat sini)

5 tahun

  • tidak faham arahan atau memahami preposition (atas, bawah, sebelah)
  • tidak boleh cerita pengalaman

#Jika ada lewat melebihi 6 bulan…contoh 2 tahun 7 bulan tak boleh cakap nak makan, nak susu boleh rujuk pada doktor.

PERKEMBANGAN MOTOR

4 bulan

  • tidak reach/ memegang/ atau pegang. atau bawa kemulut
  • leher masih lembek lagi ( tak boleh tegak)

7 bulan

  • otot masih tak kuat/ terlalu keras
  • bila duduk, leher masih lembek
  • tidak berguling
  • tak boleh duduk sendiri tanpa bantuan
Foto kredit: mottchildren.org

1 tahun

  • tidak merangkak
  • merangkak tapi hanya sebelah badan
  • tidak boleh berdiri walaupun dengan bantuan

2 tahun

  • tidak berjalan/ berjalan tapi masih jenjet
  • tak boleh tolak walker / permainan yang beroda semasa berjalan

5 tahun

  • tidak boleh menendang/ baling bola
  • tak boleh mengayuh
  • tak boleh berus gigi sendiri
  • tak boleh buka baju sendiri

#Jika ada lewat melebihi 6 bulan boleh rujuk pada doktor

SOSIAL DAN EMOSI

3 bulan

  • tidak senyum pada orang lain
  • tidak memberi fokus pada orang yang baru jumpa

7 bulan

  • tidak suka dipeluk (cuddle)
  • tidak menunjukkan sayang pada parents
  • tidak menunjukkan minat untuk bermain atau cakbah
Foto kredit: medikoe.com

1 tahun

  • tidak bertukar-tukar senyuman, suara atau mimik muka. cth kalau kita senyum, dia tak senyum balik
  • tidak bertukar-tukar isyarat macam bye-bye, tunjuk sesuatu

3 tahun

  • tidak menunjukkan minat pada rakan sebaya
  • tidak pandai buat eye contact

5 tahun

  • tidak bermain dengan rakan sebaya
  • susah nak berpisah dengan ibubapa
  • tidak ada reaksi wajah/ emosi atau kalau ada sangat terhad dan sedikit

#Jika lebih 6-9 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor

PERKEMBANGAN MENTAL

1 tahun

  • tidak mencari benda yang disembunyikan di depan mata dia
  • tidak menunjukkan gambar/ sesuatu

2 tahun

  • tidak tahu fungsi alatan yang biasa seperti sikat, berus gigi
  • tidak ikut arahan yang mudah
  • tidak meniru perlakuan/ perkataan

3 tahun

  • tidak ada pretend play eg; main masak-masak

5 tahun

  • tidak boleh fokus pada 1 aktiviti melebihi 5 minit
  • mudah distracted

#Jika lebih dari 6 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor

Harap sesangat ibu ayah study list ni. Kalau ada masalah cepat-cepatlah bawa berjumpa doktor.

Sumber: Dr Amalina Mohd Daud

Delay boleh dirawat lebih awal.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *