Malu Aku! 4 Kali Isteri Bersalin, 4 Kali Aku Masuk Labour Room, 4 Kali Aku Yang Pengsan..
SUAMI YANG GAGAH PERKASA MACAM AKU PUN BOLEH PENGSAN!
#kisahbenar di labour room.
Bila ditakdirkan kerja sebagai askar ni.. semua orang pandang tinggi dengan aku.
So bila balik kampung tu… nak kait buah kelapa pun orang panggil aku… nak tangkap ayam pun orang panggil aku…. nak sidai baju pun mak mertua suruh aku… kononnya akulah hero…. nampak tak betapa ramai yang kagum dengan aku?
Ada sekali tu masa tu wife aku pregnant anak ke 4.. dah sarat dah pun.. kami kat kampung… memang plan nak lahirkan anak di kampung wife aku Terengganu…
So mak mertua aku ni dah siap bagitau kat semua ni ha… cucu ke 4 ni mesti sehebat & segagah ayahnya sebab dah scan anak lelaki.. aku lah tu….
So masa wife aku kat labour room tu.. dah 10cm cik misi pun panggil la aku….
Nahh… sekali masuk… banyaknya darah……. huhh.. kepala anak aku…. tup lepas tu aku tak ingat apa dah…..
Ni bukan kes pertama…. tapi 4 kali anak aku bersalin, 4 kali isteri mintak aku masuk teman dia, & 4 kali aku pengsan.. last last doktor yang datang azankan anak… malu wiei…
Bayangkan…. lelaki sesado aku boleh tewas dengan bau darah isteri..
Setiap kali lepas anak lahir memang aku berdebar ja… sebab tahu orang datang rumah bukan nak melawat anak & wife sangat… tapi nak melawat aku lah kononnya… saja nak bahan aku sebenarnya…. Stress gak aku….
Doktor pun satu kenapelahh tak simpan rahsia ni.. adoii…
Orang yang pegang m16 rifle pun boleh tumbang… apatah lagi isteri aku & semua ibu yang lemah… aku patut cakap yang semua ibu ibu yang melahirkan anak ni memang hebat… diorang kuat…..
Kata penulis :
Hehe… hi tuan… sebenarnya saya kenal sangat siapa tuan ini…. beliau adalah antara abang askar yang kami sangat kagum. Senior sekolah saya… tapi disebabkan cerita tuan ini tersebar 1 Langkawi… maka dengan itu saya pun interview tuan A & tulislah story ni… hihi….
Sebenarnya, bukan sorang dua suami yang mabuk darah sampai pengsan tapi ramai….
Takpe tuan, jadikan kenangan manis buat tuan…. hihi….
Baik, saya share tips ni supaya semua suami alert mengenai APA YANG SEORANG SUAMI KENA BUAT LEPAS ISTERI LAHIRKAN ANAK… supaya takdalah tiba tiba pengsan…. huhu
- Kucup dahi isteri... ucapkan thank you sebab dah lahirkan zuriat buat anda… kalau nak peluk tu berpada pada… Jangan sampai panjat katil… Takut free free kena sound dgn nurse kat situ.
- Dakap anak Azan & Iqamat – Bertujuan untuk mengelakkan syaitan yang dah standby tunggu nak sesatkan anak (Ummu Sibyan).Suapkan kurma & air zam zam buat isteri – Selepas banyak habis tenaga meneran ni… isteri anda akan sangat best kalau suaminya suapkan makanan sunnah ni. Masa suap suap tu… usik usiklah wife “pandainyeee ayang meneran tadi”… walaupun hanya anda & doktor ja tau keadaan wife meneran.. hehe
- Make sure segala kelengkapan tersedia – Kalau isteri anda melahirkan anak di private hospital.. anda maybe boleh tinggal & bermalam bersama…
- Click click! – Incik suami boleh click click moment yang best ni… nanti boleh tunjuk pada anak… mesti dia happy tengok mak ayahnya happy dengan kehadirannya.
- Katakan isteri bersalin di government hospital… anda maybe dapat melawatnya tyme tertentu saja. Apapun… pastikan kelengkapan seperti air masak…. biskut… makanan ringan.. susu & ubatnya diletakkan di tempat yang isteri anda tahu.
- Surprise – Ni ramai yang tak pernah buat….. Isteri tahu… bila lahirkan anak… keadaan normal adalah proses memulihkan kesihatan ibu & anak… sometimes ramai yang lupa… timee nilah suami kena romantik dengan isteri. Cuba hadiahkan bunga atau apa saja buat wife anda tanda anda hargai dia. Ingat ni incik incik suami… kalau incik incik suami tak ‘tangkap & pegang’ wife tu kuat kuat… nanti dia dok layan anak & lupa kat suami pulak…. hihi
Tuan & semua suami perlu ingat…. keadaan di dalam labour room bukan macam pi taman main main sliding, hihi… tapi keadaannya mungkin terlalu kelam kabut, doktor ke sana sini untuk selamatkan isteri tuan, sebab kesakitkan bersalin normal, sakitnya seperti 20 tulang dipatahkan serentak. Sama juga dengan kesakitan czer…. isteri perlukan semangat dan kekuatan dari suami.
Buat mommy yang baru melahirkan anak ni, tolong ambil tahu :
- Pastikan mommy ambil tahu perkembangan bayi selepas lahir…
- Selepas menyusu pastikan mommy sendawakan bayi.
- Jangan biasakan mendukung… takut dia terbiasa dengan cara tu.
- Jangan beri apa apa makanan & minuman selain susu ibu sehingga usianya 6 bulan.
- Bagi sebanyak mungkin susu ibu untuk elakkan jaundice. (rujuk page 145 buku 9bulan10hari untuk ketahui cara handle jaundice pada bayi).
- Bayi menghabiskan 60% masanya dengan tidur.
- Dalam bulan pertama kelahiran normal, bayi akan menyusu sekerap 5-10 kali bagi tempoh 2 hingga 3 jam.
- Create demand & supply untuk terus mengeyangkan bayi anda.(rujuk page 172 buku 9bulan10hari).
Ingat ya, selepas ni mommy kena berpantang… berpantang elok elok kalau nak nampak muda dari usia.
COPYRIGHT@ Nazira Nazir buat 9bulan10hari.