Suami WAJIB BACA!
| | | | | |

5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin! SUAMI WAJIB BACA.

5 KESAKITAN ISTERI SELEPAS BERSALIN. TAKE NOTE SUAMI!

Ramai ibu trauma dengan kesakitan selepas bersalin. Melahirkan anak BUKAN MUDAH. Suami WAJIB ambil tahu tentang kesakitan yang mereka alami.

Ramai wanita bersalin diuji dengan pelbagai kesakitan. Ada isteri yang mengharungi sakit sebelum bersalin berhari-hari. Ada juga yang melalui sakit berjam-jam lamanya, sampaikan terpaksa induce @ paksa bersalin, masuk belon, jalannya tak juga buka-buka takat sampai 5cm je. Kalau baby dah lemas, dah termakan najisnya sendiri, end up kena Czer. Ini part yang paling sadis. Sakitnya atas bawah.

Melahirkan anak ini umpama hidup dan mati seorang ibu. Pergi selamat baliknya belum tentu selamat. Sebab itulah SUAMI perlu mudahkan segala urusan isteri dan bantu isteri sehabis baik.

5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin
Kesakitan Ibu Bersalin

Suami perlu tahu, kesakitan mereka tidak terhenti di situ sahaja. Ketika berpantang, banyak aspek yang perlu isteri jaga dan perlu hati-hati menghadapinya.

 

  •  KESAKITAN BUANG AIR BESAR SELEPAS BERSALIN.

    5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin

Ya Allah kalau ingat balik memang ngeri. Ramai ibu yang ketakutan dan trauma bila kali pertama nak membuang. Bukan risau apa, risau jahitan terbuka semula kalau salah meneran! tips buat suami, belikan ubat pelembut najis di farmasi dan beri isteri minum. Banyakkan minum air untuk melancarkan penghadaman, banyakkan makan buah-buahan untuk melawas dan banyak buat perngerakkan untuk mengalakkan usus bekerja dengan lebih aktif.

 

  •  BENGKAK SUSU!

    5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin
    Kesakitan Bengkak Susu

Yang ni sumpah sakit! payudara ibu jadi bengkak, keras dan tegang. Sentuh sikit pun dah sakit, apatah lagi kalau terus bagi anak menyusu. Berdenyut-denyut je rasa. Ibu kalau kena bengkak susu, boleh demam tau. Tips buat suami, bila isteri kena bengkak susu. Pastikan anda tuam terlebih dahulu payudara isteri dengan ais, dan tuala panas. Selepas tu urut, dari belakang isteri sehingga payudaranya. Jangan skip mengepam dan beri susu pada anak ya. Penyusuan perlu kerap setiap 2 jam.

 

  • EMOSI UP & DOWN.5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin

Ini juga antara kesakitan yang suami perlu alert. Isteri berperang dengan emosinya. Ini dinamakan dilema baby blues. Setiap ibu pasti mengalaminya. Bukan mudah untuk membiasakan keadaan bila lahirnya anak. Bermacam-macam ibu fikir, nak jaga luka bersalin lagi, nak jaga bayi lagi, kurang tidur lagi sebab berjaga menyusukan anak.. ada isteri yang sampai kemurungan sebab terlalu stres bila tak dapat nak bahagikan masa dengan betul. Tips buat suami senang je, happykan isteri dan ringankan segala kerja-kerjanya. Sering datang membantu tanpa banyak soal dan jangan sakitkan hati isteri.

 

  • PERGELANGAN TANGAN SAKIT SELEPAS BERSALIN.

    5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin
    Dequervain’s Tenosynovitis
    Rasa dia macam sengal-sengal mencucuk-cucuk kat situ. Nak kata cramp bukan, nak kata kena gout pun bukan. Ini biasa dialami oleh ibu- ibu selepas bersalin.
    Jangan buat tak tahu, bahaya rupanya!
    Pernah dengar orang sebut DeQuervain’s tenosynovitis?
    Sindrom yang disebabkan oleh keradangan pada tendon di ibu jari, ia sering dikaitkan dengan simptom selepas bersalin dan ia kadangkala turut digelar ‘new mom’s syndrome’ atau ‘Mommy Thumb’.
    Rasa sakit pada pergelangan tangan, terutamanya ketika menggerakkan ibu jari atau mendukung bayi.
    Punca DeQuervain’s Tenosynovitis, sebab turun naik atau pengumpulan cecair dalam tubuh sewaktu mengandung. Tak cukup dgn tu, mungkin mommy terlalu kerap mengangkat barang yang berat dan mengendong anak terlalu lama, dah over used dah.
    TIPS MUDAH UNTUK MENGELAKKAN SAKIT
    1. Jangan terlalu kerap mengendong bayi, gunakan baby carrier atau stroller utk memudahkan anda bawa bayi ke mana-mana.
    2. Bila sakit tu datang, boleh tuam ais perlahan-lahan pada bahagian yg sakit.
    3. Elakkan tidur berbantalkan lengan atau pergelangan tangan.
    4. Buat senaman pergelangan tangan untuk melancarkan darah dan otot tidak tegang.
    5. Kalau dah teruk sangat, sampai membengkak dan susah nak bergerak, jumpa doktor dgn kadar segera.
  • KESAKITAN ‘BERSAMA’ DENGAN SUAMI SELEPAS BERPANTANG.

    5 Kesakitan Isteri Selepas Bersalin
    Seks Selepas Bersalin

Sebenarnya kan, ramai ibu yang agak trauma bila suami ajak ‘bersama’ selepas dia melahirkan anak. Lebih-lebih lagi ibu yang bersalin normal. Takut dan trauma itu datang seiring. Tips buat suami, jangan terlalu memaksa. Beri isteri masa dan bincang baik-baik. Benda boleh bincang kenapa nak bergaduh kan? hehe

Jadi suami-suami yang hensem.. sudah bersediakah anda? sayangilah isteri anda seadanya. Kenangilah perit getir isteri melahirkan zuriat buat kita. Tak terbalas pengorbanan mereka.

Cinta isteri pada suami tidak berbelah bahagi. Demi memberi title seorang AYAH, ibu sanggup mengharungi segala kesakitan demi suami yang dia cinta. Hargai dan sayangi isteri anda.

Moga bermanfaat!

Copyrights 9Bulan10Hari silakan SHARE jangan lupa dapatkan http://ebook.9bulan10hari.com untuk lebih informasi tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, menyusukan anak dan penjagaan anak. Beribu tips dari 12 pakar yang hebat!

 

Writer,

MamaJoy.

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *