DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL! Suami Isteri Perlu Amalkan

DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL. Bacalah selalu dan jadikan amalan sepanjang mengandung.

DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!
DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!-Anak Adalah Anugerah Terindah Dalam Hidup Ibu Ayah

Tiada perkara yang lebih indah dari memiliki seorang anak. Pastinya sudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk memiliki cahayamata sebagai pelengkap sebuah keluarga.

Sebelum dapat status ibu dan ayah, banyak dugaan dan cabaran yang suami isteri lalui. Terutama wanita yang bergelar ibu.

Ketika seorang isteri hamil, dia bergelut dengan pelbagai cabaran yang tak diduga.

Ada isteri yang mabuk teruk, muntah-muntah. Sensetif dengan bau. Sentiasa ‘moody’ dan beremosi. Mengidam benda-benda yang pelik. Menangis tiba-tiba. Sakit badan, pinggang dan pinggul dengan kerap. Ini antara perubahan yang ibu hamil lalui.

Buat pasangan suami isteri, bacalah doa-doa yang baik ketika hamil. Ia dapat mententeramkan jiwa, baik untuk perkembangan bayi dan boleh memudahkan proses kelahiran.

DOA YANG BAIK KETIKA HAMIL:

DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!
DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL- Ibu Perlu Positif Dan Bersangka Baik
  1. AMALKAN MEMBACA RUQYAH.

Ibu hamil dari sebelum mengandung dan sepanjang mengandung, amalkan bacaan Ruqyah. Niat dalam hati agar kandungan selamat dan moga Allah lindungi anak kita. Bacaan Ruqyah dapat menghindar dari gangguan ‘makhluk halus’ yang kita tak nampak dengan mata kasar. Ruqyah juga dapat mententeramkan jiwa dan memulihkan emosi.

2. SURAH-SURAH YANG BAIK KETIKA HAMIL.

1.Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2. Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

4.Surah Yusuf

Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

5.Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi

Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

6.Surah Yaasin

Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7.Surah Al-Hujurat

Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8.Surah Luqman

Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

9.Surah Al-Nahl (Ayat 78)

Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10.Surah Al-Imran (Ayat 38)

Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

11.Surah Al-Imran (Ayat 8-9)

Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)

Doa memohon keampunan Allah.

13.Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14.Surah Al-Baqarah (Ayat 128)

Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

15.Surah Al-Furqan (Ayat 74)

Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

JANGAN LUPA JUGA AMALKAN TIPS INI KETIKA HAMIL:

DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!
DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!- Suami Selalulah Sentuh Perut Isteri Dan Bacakan Doa Yang Baik
  • Membaca Surah Al-Insyirah : Membacanya disepanjang kehamilan
  • Pada trimester pertama, banyakkan membaca Surah Al-Luqman di mana otak bayi, dan juga sistem sarafnya sedang berkembang. Pada waktu ini ibu dinasihatkan untuk sentiasa bersangka baik dan bercakap perkara yang baik didalam hati kerana anak menyerap apa yang dinalurikan oleh si ibu. Suami juga kena jaga perasaan ibu baik-baik waktu ini. Biar si ibu merasa sentiasa disayangi supaya dia boleh menyebarkan emosi yang baik buat si manja.
  • Membaca surah Yusuf pada trimester kedua, di mana fizikal anak sedang terbentuk. Banyakkan pandang wajah-wajah para ulama dan bayi yang comel. Lebih elok pandanglah wajah suami yang hensem disebelah tu.
  • Membaca surah Maryam ketika trimester ketiga iaitu trimester terakhir kehamilan. Niatkan dalam hati ketika membaca Surah Maryam, agar proses bersalin dipercepatkan, dipermudahkan dan anak sihat & selamat dilahikan ke dunia ini.

ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL:

DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!
DOA DAN ZIKIR YANG BAIK KETIKA HAMIL!- Ketika Anak Menendang, Usap Perut Dan Berborak Dengan Anak
  • Amalkan zikir ini ketika hamil. Ya Badi’ Ya Jamil (semoga Allah anugerahkan kecantikan & keindahan anak).
  • Ya Latiff Ya nur Ya hadi (semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
  • Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa).
  • Ya Halim Ya Hamid ( semoga Allah menjadikan anak seorang yg penyantun dan memiliki sifat baik & terpuji).
  • Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak).

DOA KETIKA HAMIL. Bacalah Setiap Hari, Ketika Pagi Dan Malam, Mintalah Doa Yang Baik Untuk Anak Dalam Kandungan.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Buat suami, ketika isteri hamil bacakan ayat suci Al-quran agar isteri dan anak dalam kandungan dengar suara merdu ayah mengaji. Anak menyerap segala apa yang didengari dalam perut. Jaga pertuturan dan elakkan bergaduh ketika isteri hamil.
Isteri hamil perlukan sokongan dan dorongan dari suaminya. Barulah ada kekuatan untuk melahirkan anak dengan mudah.
Semoga bermanfaat!
Copyrights 9bulan10hari silakan SHARE! jangan lupa milikki ebook.9bulan10hari.com untuk lebih informasi tentang dunia kehamilan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *