Tips turunkan berat badan selepas bersalin

6 Tips Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin! Confirm Cantik Persis Anak Dara.

Ya Allah risaunya berat naik 20kg masa mengandung! ada tips turunkan berat badan selepas bersalin tak? tengok perut buncit pun dah seram ni.

Jangan panik ya ibu-ibu. Bila mengandung berat naik 10-20 kg itu perkara biasa. Kalau tak nak berat maintain macam tu je, waktu berpantang kenalah berpantang betul-betul.

Salah satu faktor berat badan naik, adalah tak jaga pemakanan. Makan bukan ikut sedap kita tapi ikut keperluan badan kita. Jaga pemakanan bukan hanya dalam tempoh berpantang je, ibu perlu konsisten dan disiplin untuk dapatkan semula berat badan ideal.

Tahukah anda, selepas bersalin adalah waktu yang paling sesuai dan senang untuk turunkan berat badan. Ketika berpantang je kita bertungku, berpilis, berparam, mengurut, berbengkung dan makan makanan yang sihat.

Kalau kita maintain buat semua ni 44 hari, InsyaAllah ibu-ibu akan kembali cantik persis anak dara semula. Baca sampai habis apa yang perlu anda amalkan.

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN!

  1. Amalkan Diet Yang Sihat Ketika Berpantang.

Sebenarnya ketika mengandung lagi, kita digalakkan makan makanan yang sihat dan seimbang. Tiada istilah makan untuk dua orang. Bila kita dah mula kawal ketika hamil, senanglah nak maintainkan berat badan nanti.

Tips Turunkan berat badan selepas bersalin
Contoh Makanan Berpantang Yang Sihat
Tips Turunkan berat badan selepas bersalin
Contong Makanan Berpantang Yang Sihat

Pastikan dalam hidangan anda ada protein cth ayam, ikan atau daging. Ada karbohidrat cth nasi @ roti. Lebihkan sayur-sayuran dan selitkan buah-buahan.

Nak diet tak boleh stres, kena chill! barulah diet itu menjadi tanpa tekanan. Bila kita tertekan dengan pelbagai ‘rules’ yang kita tak mampu nak ikut, kita akan jadi cepat bosan dan akhirnya diet akan gagal. Anda perlu ceria dan bahagia untuk merealisasikan misi kurus anda!

Tips Turunkan berat badan selepas bersalin
Contoh Makanan Berpantang Yang Sihat.
Tips Turunkan berat badan selepas bersalin
Contoh Makanan Berpantang Yang Sihat.

Anda juga boleh amalkan diet suku-suku separuh ketika berpantang. Lepastu kira kalori makanan yang anda ambil.

Turunkan berat badan selepas bersalin
Photo Kredit: myhealthkkm
2. Konsisten Penyusuan Anak.

Tahukah anda, semakin kerap kita menyusukan anak semakin banyak kalori yang dibakar. Menurut  babycenter.com.my wanita-wanita yang menyusukan anak boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Tak dapat dinafikan selepas menyusukan anak, ibu akan kerap rasa lapar tak terkata. Ibu boleh makan, tapi makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Elakkan makanan yang berminyak, berlemak dan bergoreng.

Makan makanan yang dibakar atau direbus saja. Jangan gunakan banyak perasa tambahan dalam masakan. Kalau boleh gunakan garam pink atau gula perang dalam sajian anda.

Tips turunkan berat badan selepas bersalin
Hindarkan Makanan Manis
3. Kurangkan @ Tinggalkan Terus Gula.

Gula antara penyebab berat badan kita susah nak turun. Siapa yang tak suka makan manis kan? kek, coklat, aiskrim.. semua tu sedap!

Itu yang perut makin buncit sebab terlebih pengambilan gula dalam badan. Bukanlah kata haramkan terus gula dalam hidangan, boleh ambil tapi ikut sukatan. Jika pagi dah minum sekali air manis, petang atau malam tak perlu minum. Lebihkan jus buah-buahan tanpa gula. Elakkan minuman 3in1 dan minuman bikarbonat. Jika anda dapat kawal gula ni, insyaAllah berat badan anda akan cepat turun.

Tips turunkan berat badan selepas bersalin
Bertungku Boleh Memecahkan Lemak
4. Bertungku & Berbengkung!

Jangan lupa amalkan bertungku ketika berpantang. Banyak manfaatnya kepada ibu selepas bersalin. Haba yang keluar dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan.

Badan akan terasa lebih segar dan cergas. Luka pembedahan juga lebih cepat sembuh. Segala darah kotor akan keluar. Ibu yang mengalami rengat sangat bagus untuk amalkan bertungku.

Tips turunkan berat badan selepas bersalin
Berbengkung Selepas Bersalin.

Selepas bertungku jangan lupa berbengkung. Kepada ibu yang bersalin normal, bolehlah amalkan. Untuk ibu yang bersalin Czer, tidak digalakkan ya.

Sebelum berbengkung, sapukan losyen mustajab atau minyak panas pada perut. Selepas habis pantang pun amalkan berbengkung ni. Ia mampu membantu ibu mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan langsing.

Tips turunkan berat badan selepas bersalin
Bersenam Dengan Anak Pun Dah Seronok.
5. Buat Senaman Ringan!

Ketika berpantang, tak semestinya kita duduk berehat saja. Buat banyak pergerakan atau senaman ringan yang selamat buat ibu yang melahirkan anak.

Cukuplah dengan banyakkan berjalan di dalam rumah atau mendukung bayi sambil mendodoikannya.Pergerakan ini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan memecahkan lemak yang terkumpul.

6. Banyakkan Minum Air Kosong.

Selepas bersalin ibu kena banyak minum air kosong, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Selain bagus untuk penyusuan, minum air kosong adalah cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan dalam membantu mengempiskan perut.

Apa jua tips yang ibu-ibu amalkan untuk turunkan berat badan, anda perlu disiplin dan cekalkan hati. Kawal nafsu makan sebaiknya. Jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang sekeliling yang boleh mematahkan semangat anda untuk diet dengan sihat.

Semoga cepat kurus dan cantik selepas bersalin. Selamat berjuang!

Banyak lagi tips menarik dalam ebook.9bulan10hari dapatkannya segera!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *