8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema
| | |

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema
8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Ikut Langkah-Langkahnya.

Penjagaan bayi baru lahir perlulah dibuat dengan betul. Kulit bayi sangatlah sensetif mudah mendapat alahan. Jangan tak tahu nak mandikan bayi pun ada cara dan adab yang kita kena ikut.

Pentingnya untuk kita tahu 8 cara dan adab mandikan bayi! jangan buat anak asal boleh je.

Sebelum mandikan anak, pastikan kita cuci dulu bersih alat kemaluan dia depan belakang menggunakan air yang bersih. Jangan gunakan tisu basah semata-mata. Kita tak nak bila nanti masukkan bayi dalam tab mandi, air mandiannya tercemar dengan najis. Kita tak nak bayi dapat jangkitan kuman.

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI!

Ikut langkah yang betul, agar kita tak terlepas pandang apa kesilapan yang kita buat pada anak kita.

  1. WAKTU DHUHA.

Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhua, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. Jangan guna air yang sejuk atau terlalu panas. Sebelum masukkan bayi dalam tab mandian check dulu suhu air anak.

2. SIRAM IKUT PERINGKAT.

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. Dengan cara ini takdalah anak terkejut sangat atau menangis bila dimandikan. Pegang anak berhati-hati dan jangan terlalu kasar.

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema
8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! – Siraman Ikut Peringkat

3. CUCIAN YANG BETUL.

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi. Pilih mandian bayi yang organik dan bebas bahan kimia. Ada sesetengah bayi yang kulit agak sensetif, baca label sebelum membeli.

4. IKUT LANGKAH DEMI LANGKAH SIRAM INI.

Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. Pastikan siraman dibuat dengan lembut dan cepat.

5. LEBIH BAIK AYAH YANG MANDIKAN.

Memandikan anak adalah salah satu bonding mengeratkan hubungan dengan anak. Gunakan peluang ini sebaiknya. Sambil memandikan, dalam hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi. Doakan yang baik-baik buat anak agar anak membesar dengan baik dan terlindung dari perkara-perkara yang tidak baik.

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema
8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! – Sabun Bayi Jangan Terkena Matanya.

6. ELAK KENA MUKA BAYI.

Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap. Bayi akan mudah dijangkiti selesema jika tidak dilakukan dengan betul. Pastikan air tidak terlalu laju supaya bayi kekal selesa.

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema
8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! – Hati-Hati Dengan Tali Pusat Anak

7. HATI-HATI DENGAN TALI PUSAT ANAK.

Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. Lalukan air saja sudah cukup memadai.

8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema
8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Lap Dengan Kering Agar Anak Tidak Kesejukan

8. LAP DENGAN KERING & BERSIH.

Selepas selesai mandi, tiup dulu kedua-dua telinga. Lepastu lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Tutup aircond atau kipas sebelum meletakkan bayi, takut dia kesejukan. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Haaaa.. senang kan? gerenti ayah boleh buat punya! yang penting confiden, jangan cemas dan tahu mengendalikan anak. Apa yang penting, anda tahu 8 cara dan adab mandikan bayi ni. Isteri dalam pantang yang melihatnya pun sejuk je rasa hati. Isteri akan nampak cara anda menghargainya dan anak yang dilahirkan.

Banyak manfaatnya bila kita selalu mudahkan kerja isteri berpantang. Isteri boleh fokus kepada penjagaan luka bersalin dan menyusukan anak. Takdalah isteri stres atau meroyan seorang diri kerana suami tak membantu.

Jalankan TANGGUNGJAWAB anda!

Copyrights 9bulan10hari silakan SHARE dan jangan lupa dapatkan ebook.9bulan10hari.com untuk lebih informasi tentang penjagaan bayi baru lahir dan tips isteri berpantang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *