Anak Lelaki
|

Tolong Jangan Buat 7 Perkara Ini Kepada Anak Lelaki. Takut Keliru Jantina!

Alahaiii comel pulak tengok Rayyan ni pakai tudung, nampak comel sangat! maklumlah kita tak ada anak perempuan, kita pakaikan suka-suka je dekat anak lelaki kita..

Sebenarnya kan tanpa kita sedar, setiap perwatakan, karakter, minat dan sikap anak kita berpunca daripada didikan ibu ayah. Setiap hari anak belajar dari apa yang mereka lihat, dengar dan apa yang ibu ayah ajarkan kepada dia.

Memang niat kita sekadar bergurau dan suka-suka, bila dah selalu buat pada anak, takut minta anak nanti dah ke lain. Anak kecil memang suka melihat benda yang cantik. Bila kita merangsang dia membuat dia menjadi ‘cantik’, sedikit sebanyak anak akan jadi seronok dan selesa dengan perkara itu.

Kadang kala ada anak lelaki yang memang dikurniakan wajah yang comel dan ‘sweet’. Tetapi ia bukan alasan bagi ibu untuk menambahkan lagi kecomelan si anak dengan sengaja memakaikannya pakaian ala perempuan dan aksesori wanita yang tak sepatutnya dipakaikan kepada anak lelaki.

Tahukah anda, perbuatan anda sendiri yang akan menjerumuskan anak ke dalam dunia yang tidak sepatutnya apabila dia dewasa kelak.

Perkongsian ini dikongsikan oleh Baby n Mom.

ELAKKAN MEMBUAT 7 PERKARA INI KEPADA ANAK LELAKI

  1. Pakaikan Anak Pakaian Perempuan

Pelik kalau ibu sendiri yang gemar memakaikan anak lelakinya dengan pakaian perempuan. Alasan diberi sebab anak masih kecil lagi. Nampak comel jadi tak mengapa pakaikan dia pakaian perempuan.Ia sama sekali tak betul! Melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dari kecil sudah terbiasa berpakaian perempuan maka dia pun jadi keliru dengan jantina sendiri.

2. Pakaikan Tudung!

Kadang kala ada sesetengah ibu yang gemar memakaikan anak lelakinya tudung dengan alasan nampak comel. Lepas itu ambil gambar sambil ketawa seolah-olah ia perkara lucu. Si kecil memang tak tahu apa-apa tapi lama kelamaan dia juga seronok memakainya tanpa mengetahui ia hanya untuk perempuan!

3. Dandan Rambut Anak

Macam mana orang lain tak keliru dengan jantina anak apabila anda sendiri yang sukarela menghias rambut anak lelaki dengan aksesori seperti sepit atau skaf rambut. Ada yang kreatif, siap simpan rambut panjang, siap tocangkan dan buat siput. Memang tak masuk akal kalau mak sendiri berkelakuan seperti itu.

4. Suka ‘Make Up’ Anak!

Anak kecil memang tak faham apa-apa lagi. Apatah lagi kalau dia selalu perhatikan ibu melakukan perkara tersebut.

Biasanya anak suka meniru perbuatan ibu.Contohnya kalau dia selalu perhatikan ibu memakai bedak dan lipstik, tentu sahaja dia akan mencubanya. Kalau yang mencuba itu anak perempuan tak mengapa tetapi kalau anak lelaki, bagaimana?

Ibu pula langsung tidak melarang bahkan membantu memakaikan anak, maka jangan terkejut kalau anak anda sendiri mempunyai minat bergaya seperti perempuan satu hari nanti.

5. Cakap Pelat & Manja-manja

Elakkan bercakap menganda-ngada dan terlalu manja dengan anak lelaki. Ajar mereka yang anak lelaki mesti bercakap tegas dan jelas bukannya pelat atau mengada-ngada.

Foto Kredit: bondgirlglam.com

6. Sengaja Menggelar Anak Dengan Nama Perempuan!

Ibu memang gemar memanjakan anak-anak tetapi jangan keterlaluan sehingga ada yang suka memanggil anak dengan nama gelaran berbanding nama sebenar.

Contohnya memanggil anak lelaki dengan nama “baby”, “gugu” atau “baby girl” (jika orang cakap anak lelakinya nampak macam anak perempuan) dan bermacam lagi nama gelaran yang keterlaluan hingga tanpa sedar menanamkan sifat perempuan dalam diri anak lelaki.

7. Upload Gambar Anak Di Media Social

Perbuatan ini memang dilakukan oleh hampir semua ibu. Tak salah hendak berkongsi gambar anak dengan kawan-kawan di laman sosial tetapi yang silapnya apabila sengaja atau bangga menayang gambar anak lelaki berpakaian seperti perempuan di laman sosial.

Anda sendiri yang telah menjatuhkan air muka anak sendiri dengan membiarkan orang lain menatap wajah anak anda dalam gaya yang bertentangan.

ANAK INI IBARAT KAIN PUTIH, KITA YANG MENCORAK DIA

Sebagai ibu bapa, kitalah yang mencorakkan karektor diri anak. Didiklah anak mengikut adab anak lelaki dan anak perempuan.

Agar mereka dapat membezakan jantina dan tidak kecelaruan ‘gender’. Mereka masih mentah dan perlukan bimbingan kita. Pandulah mereka ke arah kebaikan. Jadilah ibu bapa terbaik buat anak-anak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *