Kalau tak nak isteri gila meroyan ketika berpantang, amalkan 9 tips jaga isteri ketika berpantang ini sebagai rujukan anda.
Selepas melahirkan anak, ada sesetengah isteri yang baru pertama kali bersalin, akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri menghadapi rutin baru.
Inilah kali pertama si ibu melalu rasa sakit bersalin yang sangat dasyat. Kadang-kadang rasa sakit itu masih menghantui hidup mereka.
Tambahan pula bayi merengek kehausan. Breast bengkak. Renyah sikit jahitan terbuka. Salah makan sikit, sakit-sakit badan. Nak kena berurut lagi,nak bertungku lagi,nak jaga emosi lagi, kalau ibu tak kuat, bentan atau tumpah darah boleh terjadi.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Suami Perlu Bantu Isteri Sebaiknya Ketika Berpantang.
Suami, pastikan anda tahu 7 Perkara asas yang suami perlu tahu ketika menjaga isteri berpantang :
1. Pilih jenis-jenis ikan dan makanan untuk orang berpantang.
2. Tahu mengendalikan bayi baru lahir untuk mandi, salin pampers dan tidurkan bayi.
3. Cari tukang urut atau CL terbaik yang tahu menjaga dan mengurut isteri anda.
4. Sediakan herba-herba untuk mandian ibu berpantang. Jika anak tiada kuning, pilih jamu yang berkualiti untuk isteri.
5. Siapkan keperluan rumah, cth sapu rumah, basuh kain, kemas dapur dan handle anak-anak yang lain.
6. Isteri perlu rehat yg cukup, bergilir-gilir berjaga malam jaga anak.
7. Jaga emosi isteri, jangan biar dia stress, depress dan sedih.
Semasa menemani isteri berpantang, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan isteri dan anak. Menjelang petang tu, mainkan surah Al-Baqarah dan ayat-ayat Ruqyah di tempat isteri tidur.
Ketikaisteri dalam pantang, suami tolong beri kerjasama seratus peratus. Selepas kelahiran, ambillah cuti 4-5 hari jadi wife anda, janganlah mengharap mak mertua semata. Dia adalah dibawah tanggungjawab anda. Sebab itulah pentingnya suami perlu tahu tips-tips jaga isteri ketika berpantang.
CHECKLIST 9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Suami, Layanlah Isteri Sebagai Permaisuri Kerana Dia Telah Melahirkan Zuriat Anda.
Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, suami boleh cari di kedai-kedai jamu. Kalau tak sempat nak beli, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri.
Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Selepas subu terus buat sarapan, janganlah sambung tidur semula. Isteri yang menyusukan anak akan cepat merasa lapar. Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Itu pun isteri dan bersyukur sangat.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Buat Sarapan Yang Simple Dan Berkhasiat, Ini Yang Buat Isteri Makin Sayang.
Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah. Rujuk sini Cara dan adab mandikan bayi baru lahir.
Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama, maksudnya dah ada 1-2 anak sebelumnya, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Tolong Isteri Uruskan Rumah Dan Anak-Anak Yang Lain Ketika Isteri Berpantang.
Jangan lupa juga sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh. Pastikan berhampiran isteri ada botol air masak 2 liter untuk isteri minum, tuala, bakul baju kotor, power bank, remote tv untuk memudahkan dia mengalih siaran dan biskut @ kurma.
Janganlah balik kerja lambat semasa isteri dalam tempoh berpantang. Jangan biarkan isteri lama-lama di rumah walaupun dia berpantang di rumah maknya sendiri. Mungkin ada benda yang isteri nak minta tolong suami, yang dia tak nak susahkan penjaganya. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta tolong sedangkan suami asyik leka main game je.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Selalu ada disisi isteri disaat dia memerlukan.
Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Jadilah MR MAMA untuk isteri.
Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Hargai Isteri Anda Sebaiknya.
Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
Tekan link ini ebook.9bulan10hari.com banyak ilmu untuk para suami tentang macam mana nak jaga isteri seawal mengandung, bantunya lahir mudah, bahagiakannya time pantang & buatkan susu ibunya melimpah ruah.
Assalamualaikum kak. Saya Zana. Masa nak menaip ni pun, saya tak mampu nak tahan air mata ni. Sejak hamil, saya rasa terlalu lemah tak bermaya. Saya memang tak dapat pergi kerja seawal pagi sebab saya loya & muntah dengan kerap. Jadi saya minta izin bos untuk datang lambat. Kawan kawan office saya yang dulunya rapat…
Bahaya dibiarkan isteri berpantang sendiri. Seminggu selepas melahirkan anak, tubuh mereka masih lemah dan tiada kudrat untuk ‘handle’ semua benda. Selepas bersalin, tubuh badan isteri masih lagi dalam proses pemulihan. Samalah juga dengan emosi, perasaan yang bercampur baur. Nak membiasakan diri dengan anak lagi, dengan kesakitan melahirkan anak lagi, susu bengkak lagi, berjaga malam lagi,…
Ada sesetengah ibu bapa hari ni menangis mengenangkan bayi lahir sumbing, dan ada juga menyalah diri sendiri kerana menjadi penyebab mendapat anak yang sumbing. Dan yang paling menyedihkan tidak dapat menerima anak itu, ada yang beranggapan anak itu adalah satu masalah baginya dan ia memalukan.. JANGAN HINA KEKUASAN ALLAH JIKA DIKURNIAKAN BAYI LAHIR SUMBING.. Sabar…
Assalamualaikum puan dan pembaca 9bulan10hari. Aku ingin berkongsi detik-detik sebelum dan semasa isteri ingin melahirkan anak sulung kami, pada bulan Jun yang lalu. Bro yang bakal jadi bapak tu, wajib baca sampai habis. Malam sebelum isteri bersalin, kami plan nak pergi ke Bazar Aidilfitri. Saja la nak bawak isteri berjalan-jalan, lagipun due date isteri seminggu…
Setiap ibu pastinya pernah memasang impian untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Namun tak semua ibu direzekikan dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Mengapa ianya terjadi? apa petua untuk banyakkan susu badan? Ada sesetengah ibu, tak perlu buat apa-apa, susunya melimpah ruah. Kita boleh anggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup…
Awak ni mengandung baby boy ke baby girl? tengok keadaan perutnya macam baby girl je.. “Pregnant baby boy ke baby girl?”, ini antara soalan yang kerap ditanya pada ibu mengandung. Bagaimana untuk mengetahui ciri ciri mengandung anak lelaki? Adakah ia berbeza dengan ciri ciri mengandung anak perempuan? Jom ketahui apakah ciri ciri mengandung anak lelaki…