|

5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot. Patutlah Susu Kurang!

Cemburunya tengok Mila tu berjaya susukan anak selama 2 tahun. Aku dulu sempat susukan anak sampai 6 bulan je. Tiba-tiba susu  boleh merosot dan kering terus! dimana silapnya?

5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot.
5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot- Ibu Tidak Bersungguh Untuk Menyusukan Anak.

Bila tengok orang lain dapat susukan anak lama-lama terdetik dekat hati kita, apa punca kenapa susu kita jadi kurang dan merosot?

Para ibu perlu tahu, menyusukan anak ini adalah perjalanan yang sangat indah. Tapi disebalik keindahan itu, pastinya terselit cabaran dan dugaan dalam proses penyusuan tersebut.

Tak dinafikan menyusukan anak ini, tersangatlah letih. Terutama pada 2 tahun pertama anak dilahirkan. Ketika berpantang, ibu dapat tidur beberapa jam sahaja, bangun dua jam sekali menyusukan anak. Itu belum campur kena bengkak susu lagi, ibu sampai kena demam urat jika bengkak susu tu terlalu teruk. Jika tak diurut dan tak dipam, jika dibiasakan, susu ibu boleh merosot.

Menyusukan anak ini memerlukan pengorbanan. Ini adalah jihad kita kepada anak. Ini adalah amanah yang perlu kita sempurnakan untuk anak kita. Susu ini adalah hak anak. Wajib kita beri pada anak jika tiada halangan yang memudaratkan.

Apa yang merisaukan ibu-ibu hari ini ialah bila mana susu badan tiba-tiba kurang dan terus kering! sedangkan macam-macam petua dan ikhtiar kita cuba. Kaji punca dan kenapa pengeluaran susu boleh merosot.

5 PUNCA SUSU IBU BOLEH MEROSOT.

5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot
5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot- Ibu Tak Yakin Boleh Menyusukan Anak.
  1. IBU YAKIN TAKDA SUSU.

Kata-kata itu satu doa. Jika ibu sendiri yang mengata susu takda, maka itulah yang berlaku.Ibu seharusnya lebih faham diri sendiri. Kuatkan semangat dan tanamkan pada diri agar jangan putus asa. Yakin susu ada, susu akan banyak nanti.

Sememangnya sewaktu kehamilan, sistem dalam badan akan mengalami perubahan dan mempersiapkan diri untuk kelahiran bayi.

Begitu juga dalam aspek penghasilan susu badan. Namun susu akan dikeluarkan mengikut keperluan bayi.Menurut artikel dari Hellodoktor pada peringkat awal, jika tiada susu yang keluar, ibu-ibu boleh merangsang pengeluaran susu badan dengan memberikan anak menghisap puting.

Jika pada peringkat awal, hanya cecair berwarna kuning pekat yang keluar dan dalam kuantiti yang sedikit, berikan ia kepada bayi anda. Cecair itu dikenali sebagai kolostrum dan ia sangat bagus dalam membantu meningkatkan antibodi si manja anda.

5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot.
5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot- Kurang Keyakinan Diri.

2. IBU TERLALU STRES.

Bila ibu yakin susu takda, susu tak keluar, ibu makin lama makin stres. Ini yang boleh menggagalkan journey seorang ibu menyusukan anak. Ibu terlampau stres sehingga mempengaruhi emosi ibu untuk menyusukan anak. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu sedikit dan berkurang, kerana tiada rangsangan.

3. SALAH TEKNIK LEKAPAN.

Bayi tak konsisten menyusu. Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan  efektif .Payudara ibu perlu dikosongkan sepenuhnya, barulah susu baru banyak terhasil. Korbanlah waktu tidur buat sementara waktu ya. Jangan biarkan payudara sampai dah bengkak tapi malas nak pam.

Ini kerana ia seolah-olah ‘menghantar isyarat’ bahawa susu tidak diperlukan lagi. Keadaan ini sekali gus mengurangkan penghasilan susu badan.

4. BAYI KELIRU PUTING.

Jangan beri puting kosong dahulu, bayi akan keliru puting dan seterusnya akan menolak susu ibu.

Awal-awal kelahiran, bayi akan menyusu sedikit tapi kerap. Berkorbanlah sikit walaupun terpaksa bangun malam. Ini semua demi kebaikan anak.

5. DESAKAN ORANG SEKELILING.

Pasti anda pernah dengar, bila ada orang cakap, ” beri je anak minum susu lain, susu formula boleh membantu bayi kenyang lebih lama” kalau ada orang cakap macamni, IGNORE JE!

Inilah salah satu punca susu ibu boleh merosot.

Lagi-lagi kalau bayi kerap menangis walaupun selepas menyusu sebab dikatakan bayi masih lapar. Itu semua adalah mengarut!

Susu ibu sudah cukup untuk nutrisi yang diperlukan bayi. Si manja anda mungkin menangis disebabkan masalah lain seperti kembung perut, kurang layanan dan mungkin si manja tak sihat.

5 Punca Susu Boleh Merosot
5 Punca Susu Ibu Boleh Merosot- Jangan Dengar Cakap Orang Dan Yakin Dengan Diri.

Jadi ibu, pilihan ditangan anda. Percayalah, susu ibu adalah sumber pemakanan yang terbaik dan mencukupi buat si manja anda. Terus menyusukan anak seperti biasa.

Elakkan dari mendengar sebarang percakapan yang berunsur negatif yang boleh menjatuhkan semangat kita. Minta orang-orang terdekat seperti suami, keluarga dan rakan-rakan untuk beri dorongan pada anda. Jangan mudah putus asa!

 

Tekan link ini ebook.9bulan10hari.com  untuk banyak lagi informasi dan tips-tips tentang penyusuan.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *