|

6 Teladan Yang Baik Untuk Didedahkan Pada Anak! Peringatan Buat Ibu Bapa

  Anak susah nak mendengar kata, kerap menjerit dan mengamuk, selalu sepahkan barang tanpa mengemas   semula, suka tengok gadget  berbanding bercakap dengan ibu bapa.. semak semula apa yang kita dedahkan   pada mereka.

Nak mendidik anak tidak mudah, ia sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan marah anak bila dia buat silap, mereka sedang belajar tentang kehidupan. Jangan jerit pada anak, itu yang akan menjadi ikutan.

Tunjuk banyak teladan yang baik kepada anak, agar dia tahu mana nak rujuk. Anak-anak belajar dari ruang sekelilingnya setiap hari. Segala pembelajaran bermula dari rumah. Bagaimana sikap ibu bapa, tutur kata, cara pemakaian, cara pergaulan dan apa jua yang berlaku dalam rumah anak akan perhatikan setiap incinya.

Mudah nak anak jadi baik, dedahkan teladan yang baik dan ibu ayah perlu jadi baik. Jika didikan ibu bapa sambil lewa, suka cakap menengking, tak jaga kebersihan dan acuh tak acuh pada anak, anak akan jadi sebaliknya. Waallahualam.

Anda boleh ubah sikap dan praktikkan cara ini.

CHECKLIST 6 TELADAN YANG BAIK UNTUK DIDEDAHKAN PADA ANAK!

  1. Jangan Kerap Main Telefon Depan Anak.

6 TELADAN YANG BAIK
6 TELADAN YANG BAIK- Simpan Telefon Bila Bersama Anak

Kita taknak anak main gajet lama-lama, tapi kita pula yang main game depan dia. Banyakkan komunikasi dgn anak. Bila anak sedang bertanya, pandang dia dan fokus pada pertanyaan dia. Jangan umpan gajet, ia boleh melekakan anak. Reka aktiviti yg boleh menarik minat anak bermain.

2. Jangan Cakap Bahasa Kasar Dalam Rumah.

Kita nak anak respect kita, tapi kita pun kadang-kadang kita sering terlepas cakap ‘ ko aku’ dengan anak. Dengan pasangan kita pun cakap tinggi suara, suka sangat marah-marah dan tak hormat pasangan, macamana anak nak hormat kita?yang ni kita kena perbetulkan dahulu. Ubah intonasi anda bila bercakap dalam rumah.

3. Jaga Kebersihan Rumah.

6 TELADAN YANG BAIK
6 TELADAN YANG BAIK- Jadikan Rutin Setiap Minggu.

Kita marah kalau anak buat sepah dalam rumah. Siap rotan2 anak tak kemas mainan. Tapi kita sendiri lepas makan pinggan main letak je dalam sinki. Sampah dalam bakul dibiar melimpah dengan bau busuk. Jagalah kebersihan rumah. Amalkan sikap kerjasama. Bila kita pembersih anak pun akan ikut cara kita.

4. Jangan Sesekali Merokok Depan Anak.

6 TELADAN YANG BAIK
6 TELADAN YANG BAIK- Asap Rokok Bahaya Untuk Anak, Janganlah Kejam Pada Mereka.

Setiap ibu bapa mengimpikan anak jadi seorang yang baik dan tidak terpengaruh dengan budaya-budaya tak elok dan tak sihat. Tapi kalau dah dari kecil, si ayah tanpa segan silu hisap rokok bersama anak, janganlah marah kalau bila dia dewasa, dia meniru perbuatan anda. Berilah contoh dan teladan yang baik buat mereka. Kita adalah ‘role model’ pada anak.

5. Solat Jangan Tinggal.

6 TELADAN YANG BAIK
6 TELADAN YANG BAIK- Sesekali Solat Berjemaah Sekali.

Solat itu tiang agama. Kalau kita tak jaga dalam rumah kita sendiri, makalah robohlah ia. Kita suka anak kita belajar agama, mengaji dan buat perkara2 baik. Tapi kita sendiri selalu tinggal solat, jarang buka Al-Quran dan tidak mendahulukan yang kewajiban. Didiklah anak-anak kita solat sedari umurnya 7 tahun. Bimbing mereka lakukan kebaikan, hidup dan mati kerana Tuhan. Semoga dipermudahkan.

6. Selalulah Bergurau Dan Berkasih Sayang.

6 TELADAN YANG BAIK
6 TELADAN YANG BAIK- Luangkan Banyak Masa Bersama Keluarga.

Ajar anak menyayangi ibu bapa, adik beradik dan haiwan peliharaan. Ajar dia sifat belah kasihan dan kesederhanaan, agar dia menghargai sesuatu pemberian. Selalulah bergelak ketawa dan beramah mesra antara pasangan. Anak akan jadi lebih gembira melihat kearaban anda. Mulakan dari rumah dan anda akan lihat perubahannya.

IBU AYAH ADALAH  ‘ UNSUNG HERO’ KEPADA ANAK.

Disebalik kejayaan seorang anak, pastinya bermula dari kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia dan penuh rasa cinta. Anak perlukan ibu bapanya untuk menjadi dewasa dlm kehidupan.
Tanpa didikan seorang ibu, mungkin anak tidak kenal erti budi pekerti.
Tanpa ketegasan seorang ayah, mungkin anak tidak kenal erti berani. Mendewasakan anak memerlukan kesabaran, pengorbanan dan kekuatan. Kita tidak boleh cepat melatah, cepat naik angin dan mudah menghukum anak sesuka hati.
Anak ni bayangan kita di masa hadapan. Dia boleh meniru dan melakonkan kembali segala apa perbuatan kita nanti. Nauzubillah!
Kita didik jadi baik, insyaAllah dia jadi baik. Kita didik dia cara tidak elok, anak hilang arah dan akan memberontak. Sayangi anak dan warnai kehidupan mereka dgn warna yang paling cantik dan berseri, agar dia menjadi seseorang yang memberi erti.
Moga bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan ebook.9bulan10hari.com banyak sangat ilmu tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan, penjagaan anak, tips suami isteri dan nasihat 12 pakar yang hebat!

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *