TIPS DIDIK ANAK JADI HEBAT! ANAK-ANAK ADALAH TANGUNGJAWAB SUAMI ISTERI BERSAMA.
Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Membentuk dan mendewasakan anak tidak mudah. Tugas mendidik anak bukanlah tugas ibu seratus peratus. AYAH turut memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak.
Tiada istilah siapa ‘KING’ dan siapa ‘QUEEN’dala rumah. Ibu ayah bertanggungjawab sepenuhnya pada anak. Bagaimana didikan kita sekarang menentukan siapa anak kita akan datang.
Secara psikologinya, cara seorang ayah mendisiplinkan anak jauh berbeza dari ibu. Ibu memiliki jiwa yang halus, sensetif, mudah rasa simpati, lembut hati dan lebih penyayang.
Berbeza dengan ayah, ayah lebih simple, mudah dibawa berbincang, tegas, ‘firm’ dalam membuat keputusan dan mempunyai sifat pelindung yang tinggi.
Anak mungkin lebih takutkan ayah dari ibu, mungkin kerana ayah tak banyak masa berada di rumah dan kurang mendalami prihal anak. Sebab tu pentingnya peranan ayah membentuk anak, kerana untuk seimbangkan cara masing-masing.
8 TIPS DAN PANDUAN MENDIDIK ANAK! JADIKAN AMALAN.
ELAKKAN MEMUKUL ANAK DARI LUTUT KE ATAS.
Elakkan Memukul Anak Guna Alat
Marah macamana sekali pun, jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Anak jadi ‘tantrum’ dan susah untuk dilentur.
Tips didik anak jadi hebat ialah bila kita memukul anak, pastikan niat kita untuk mengajar mereka jadi baik, sebaiknya rotan anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
2. PELUK, CIUM DAN BELAILAH ANAK SETIAP HARI.
Anak Gembira Kita Bahagia
Sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk peluk cium anak kita. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Sentuhan kasih sayang yang kita beri pada anak akan meningkat ‘self confident’ dalam diri mereka. Ia akan mengeratkan ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak kita lebih menyayangi dan bahagia bila disamping kita.
.
3. PANGGIL ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
Jangan bahasakan dengan anak ‘kau aku’ sebaiknya tukar kepada ‘saya awak’. Jaga pertuturan dengan anak. Jangan menjerit-jerit panggil anak. Jangan terlalu meninggikan suara. Anak ikut sebiji-sebiji apa yang kita buat pada dia.
.
4. BERI KATA-KATA PUJIAN BILA ANAK BUAT BAIK.
Buat Anak Gembira
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan. Mereka akan rasa dihargai dan bersemangat untuk buat banyak lagi kebaikan.
Bila anak dah kerap buat baik, janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka masih anak kecil yang perlukan bimbingan. Jangan marah anak bila mereka melakukan kesilapan. Tugas kita pantau dan betulkan mana yang mereka silap.
.
5. ASINGKAN HAL KERJA DAN KELUARGA.
Wujudkan Banyak Kualiti Masa Bersama Anak
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jangan kita sia-siakan peluang yang hanya datang sekali dalam hidup.
Jangan sesekali mengeluh ketika membesarkan anak, ia akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Percayalah dengan rezeki Allah, semakin banyak kita membahagiakan mereka, semakin banyak rezeki yang datang pada kita.
Sudah tentu ketika mendewasakan mereka, kita tak cukup rehat dan tidur, adakalanya terhimpit masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah lain. Tapi kita sebagai ibu bapa, harus bersabar, banyakkan berdoa dan tawakal kepadaNYA.
.
6. JADILAH PENDENGAR SETIA.
Layan Anak Bercakap Walaupun Dia Masih Kecil
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Walaupun anak hanya menceritakan perkara remeh pada anda, dengar dan respon apa yang anak cerita.
Janganlah tengok telefon atau melihat televisyen ketika anak berbual dengan kita, sebaiknya tumpukan perhatian. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap dan tidak menyampuk perbualan.
Bila anak sedang menangis, jangan lupa untuk tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukan kita. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
.
7. JANGAN KEDEKUT DENGAN ANAK.
Sesekali tu bawalah anak keluar jalan-jalan. Belikan mainan walaupun harganya murah. Itu pun dah cukup membahagiakan. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
.
8. BERBAHAGIALAH BILA ADA ANAK, HARGAI KEHADIRAN DIA.
Hargailah Saat Bersama
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Masa tidak menunggu kita. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Takut kita akan menyesali banyak benda yang kita tak buat untuk mereka.
Assalamualaikum puan. Saya nak share story mengenai isteri saya yang penyayang, yang lembut hatinya tiba tiba jadi begitu tertekan dan hampir meroyan disebabkan anak kami jaundice teruk. Siapa sangka… disebabkan anak jaundice isteri boleh meroyan. Alhamdulillah, isteri saya melahirkan anak dengan normal, tapi koyak teruk kerana tak tahu bila nak meneran. Disebabkan tu pergerakan isteri…
Jangan ingat benda ni tak serius ya. Badan kita nak pakai lama. Berpantanglah sebaiknya. Ada sebab kenapa mak-mak kita melarang buat kerja berat-berat ni. Kita juga perlu ambil tahu jenis bentan selepas bersalin. Ketika berpantang, bila disuruh berehat tu, rehatlah secukupnya. Ramai ibu yang fobia bila kena bentan ni. Sampai serik nak bersalin lagi. Azabnya…
Berpantanglah mengikut cara berpantang yang betul dan tidak memudaratkan kesihatan. Berurut, memakai bengkung, bertangas, menyapu pilis, berpantang makan, memastikan kaki tidak berasa sejuk sehingga ada yang meletakkan tempoh tertentu untuk ‘bersama’ dengan suami, adalah amalan biasa dalam masyarakat kita. Berpantang itu maksudnya tempoh masa pemulihan emosi dan fizikal isteri selepas bersalin. Suami dan orang-orang sekeliling…
Sebab kekurangan ilmu, ramai ibu bapa suka picit puting bayi mereka apabila kelihatan keluar cecair seperti susu. Akibat luka selepas picit tu, breast anak ini membengkak dan dijangkiti kuman. Bengkak buah dada atau galactorrhoea atau witch’s milk adalah disebabkan terdedah kepada hormon prolactin dan estrogen daripada ibu ketika dalam kandungan bayi lagi. 5% bayi sama…
Salah satu daripada perkara wajib yang terjadi kepada isteri mengandung ialah perubahan ketika hamil. Ini bukan sebab isteri hamil saja nak mengada-ngada. Tapi memang punca utama adalah disebabkan hormonal imbalance yang isteri alami. Perubahan Ketika Hamil Pertama : Emosi Tidak Stabil Isteri dalam keadaan normal pun sudah boleh beremosi dah kan? Tapi ketika hamil, percayalah…
Nak pertahankan tempoh menyusu memang tak mudah… Kadang, seorang isteri pun tak mampu nak pertahankan hak anak disebabkan orang sekeliling… Sebab tu seorang suami pun perlu ada imu penyusuan…. Tak mudah seorang ibu meneruskan tempoh penyusuan 2 tahun… Ini kisahbenar yang ibu ayah perlu alert. “Abang, cepatlah ambik sayaaaa. Saya nak balik rumah kitaaa…..” Assalamualaikum…