jenis bentan
|

3 JENIS BENTAN YANG BAHAYA SELEPAS BERSALIN. Ketahui Cara Rawat bentan yang Betul

Jangan ingat benda ni tak serius ya. Badan kita nak pakai lama. Berpantanglah sebaiknya. Ada sebab kenapa mak-mak kita melarang buat kerja berat-berat ni. Kita juga perlu ambil tahu jenis bentan selepas bersalin.

Ketika berpantang, bila disuruh berehat tu, rehatlah secukupnya. Ramai ibu yang fobia bila kena bentan ni. Sampai serik nak bersalin lagi. Azabnya Tuhan je yang tahu. Sakitnya tak dapat digambarkan. Hanya yang pernah melalui akan memahami keadaan ini.

Kenapa Boleh Bentan?

Eloklah tu banyak jalan ke sana ke sini, kena bentan nanti bukan hang saja pantang lama,  suami hang sekali kena ‘pantang’ sama. Sakit ni kesan dia bukan sekarang, nanti 20 tahun akan datang kita mula rasa sakit badan..

Foto Kredit: babycenter.com.my

Isteri yang baru bersalin ni dah banyak keluarkan darah dan sedang keluarkan banyak lagi darah kotor. Tak terkejut ada yang memancut mancut darah tu.Tenaga dah banyak habis ketika bermatian-matian meneran lahirkan anak.

Disambung pula nak menyusukan anak. Takkan nak harapkan isteri anda buat kerja rumah segala, memasak dan jaga anak-anak?

Bahaya jika isteri bersalin ini terkena bentan. Orang tua-tua paling takut dan paling berhati-hati ketika penjagaan dalam pantang.

Janganlah buat kerja berat-berat. Janganlah jalan terlalu lasak sangat sampaikan terlanggar benda keras. Ini bahaya!

Foto Kredit: news.childrensmercy.org

Ibu jari tu kena jaga elok- elok. kalau langgar objek keras, boleh turun darah dan pitam. Akibat dia, badan akan rasa seram sejuk dan macam nak demam. Menggigil menahan kesakitan.

Pesan orang tua tu ada sebab. Dia berpesan sebab badan kita tak sembuh sepenuhnya lagi. Ingat, kalau sekali bentan, kita susah nak sembuh cepat. Ada yang ambik masa untuk sembuh sampai berbulan-bulan lamanya. Yang paling kesian suamilah, dahlah 46 hari ‘berpantang’ sebab isteri masih belum suci, suami juga perlu bersabar sebab isteri terkena bentan.

Stressed Mother Holding Crying Baby Suffering From Post Natal Depression At Home

3 JENIS BENTAN YANG POPULAR

  1. Bentan Urat Pinggang

Biasanya terjadi kepada mereka yang bersalin ikut tingkap (czer). Bagi wanita yang bersalin Czer ni kena berhati-hati 2 kali ganda. Berpantang dengan elok. Maknanya, masa nak bangun, duduk semua kena perlahan-lahan. Tolong ambil masa untuk membuat pergerakan. Jangan terlalu lasak. Jaga pemakanan anda.

2. Bentan Urat Peranakan(urat rahim)

Sebab inilah orang tua tua kata jangan angkat berat ketika berpantang. Dah nama pun berpantang, duduk berehat sambil pulihkan emosi dan luka jahitan. Rahim kita perlukan pemulihan. Jangan paksa ia untuk bekerja keras.

3. Bentan Urat

Bentan sangat popular dan kerap berlaku pada wanita selepas bersalin. Badan akan jadi sangat lemah, bisa bisa urat dan sakit sendi badan. Kadang menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.

PETUA MERAWAT BENTAN BERSALIN

Petua merawat bentan bersalin ini adalah dengan membuat nasi kepal yang kita panggil ‘sushi garlic’. Tapi bukan dari beras pulut ya. Kita cuma guna beras nasi biasa saja. Kalau guna pulut, takut bentan makin menjadi-jadi pula.

Berikut adalah bahan dan cara membuatnya. Mudah saja.

BAHAN-BAHANNYA

Hanya 2 bahan yang diperlukan iaitu:

  • Nasi panas (yang lembik sedikit)
  • Beberapa ulas bawang putih

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. BAKAR BAWANG PUTIH

Pertama sekali bakar / sangaikan bawang putih. Jangan bakar sampai rentung pula, nanti pahit.

Bakar Bawang Putih Separuh Masak

2. MASUKKAN BAWANG DALAM NASI

Masukkan seulas bawang putih yang dah dibakar ke dalam nasi yang dikepalkan.

3. DAH SIAP BOLEH TERUS KUNYAH PERLAHAN-LAHAN

Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat. InsyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.

PESANAN BUAT SUAMI AGAR ISTERI TIDAK TERKENA BENTAN

Selepas bersalin, ibu kehilangan banyak tenaga, berada pada keadaan mental dan fizikal yang lemah serta boleh dikatakan sebagai ‘kurang waras’ terutama pada minggu pertama dan kedua menerima cahaya mata.

Dalam senario ini, peranan suami sangat penting bagi memastikan si isteri terhindar daripada risiko mengalami masalah kemurungan yang akhirnya memungkinkan mereka melakukan pelbagai perkara luar kawalan.

Wanita yang mengalami kemurungan mula mendiamkan diri, lebih banyak termenung, mudah menangis hingga kadangkala bercakap seorang diri.

Ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh berpantang dan ia berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang tekanan hebat.

Jadilah superhero yang hebat buat isteri anda!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *