penjagaan kesihatan ibu mengandung

Ibu…. Adik Laparlahh… Nak Makan Ini.. Ini… Dan Ini …..

“Ibu… adik lapar.. Nak makan laa.” – Anak di dalam kandungan perlukan makanan berkhasiat untuk membesar dengan baik…

Ya, Masa pregnant mommy kena makan 2 kali ganda berbanding sebelum ni….. Nak diet? dilarang sama sekali!..

Ketahuilah.. bila mommy berdiet masa pregnant, ia boleh membuatkan mommy kekurangan zat besi, asid folik, vitamin & mineral penting yang lain.

Kalau ada orang cakap mommy dah gemuk.. mommy senyum ja…. sebab mommy berisi pun mommy nampak berseri sebab bawa amanah ALLAH…

Good news buat SUAMI.. pertambahan berat badan pada isteri anda masa pregnant ni adalah antara petanda positif bagi kehamilan yang sihat berbanding kalau wife letih lesu sebab tak cukup makan….. kesian wife & anak dalam perut tu kan?

Kecuali, jika mommy mendapat nasihat dari doktor untuk mengawal pemakanan mommy. Ketika itu mungkin mommy perlu melebihkan makanan yang disarankan dan mengurangkan makanan yang memudaratkan kesihatan mommy & bayi.

Masa pregnant ni mommy tak boleh makan apa saja yang mommy nak….. SEBALIKNYA mommy perlu pertimbangkan semua jenis kumpulan makanan 2X GANDA…
Ia sgtlah penting untuk mommy & baby dapat kesemua nutrien…

Apa yang mommy kena makan masa pregnant?

Make sure mommy makan 4 jenis kumpulan makanan ni
1. Makanan yang kaya dengan protein : Mommy boleh pilih sama ada daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Kalau boleh makan lebih ikan & sekurang kurangnya 2 hidangan ikan seminggu.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran : Mommy perlu makan 5 hidangan dari kumpulan ni sehari.

3. Makanan berkanji: Kalau mommy suka nasi.. dipersilakan makan… If tak lalu… mommy boleh makan roti, pasta dan kentang.

4. Produk tenusu : Make sure mommy minum susu & makan keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Actually pregnant mommy tak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan. Cuma 200 kalori tambahan setiap hari selama 3 bulan terakhir diperlukan.

200 kalori tu banyak mana ya? :

  • Dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega/
  • Segulung kuih popia (tidak digoreng)/
  • Tosai kosong (tanpa kuah atau kari)/
  • Sekeping keju dengan roti.

Macam mana nak tahu anak saya lapar ni?

Masa pregnant selera makan mommy sometimes berkurang & seringkali bertambah…

Make sure mommy makan secara kerap tetapi sedikit sedikit agar mommy dapat tenaga yang cukup untuk bawa anak mommy yang comel tu

Usually pada 1st trimester selera mommy akan berkurang secara dramatik… & mommy akan elakkan hidangan makanan yang complete tambah tambah kalau alami loya & muntah.

Masa 2nd trimester, selera mommy maybe sama dengan sebelum mommy pregnant or maybe bertambah sikit.

Masa 3rd trimester, usually selera mommy mommy ni ‘membuak buak’.. nak makan macam macam… huhu… silakan makna duhai mommy yang awesome… BUT… make sure mommy makan sikit sikit untuk elakkan pedih hulu hati.

Boleh tak makan kerang?

If mommy nak… mommy perlu rebuskan dulu kerang tu sebelum masukkan dalam makanan lain comtohnya laksa & koey teaw goreng.

Nak makan di gerai pun mommy perlu elakkan… kerana kita tak tahu bagaimana penyediaan makanan.

If teringin sangat sangat sangat… mommy perlu ambil tahu penyediaan makanan tersebut & make sure ia tak terdedah.

But katakan berat badan mommy terlalu mendadak.. ditambah pula mommy ada diabetes gestasi.. mommy perlu ikut nasihat doctor.

Like share & tag agar mommy tahu apa yang perlu dimakan untuk membantu perkembangan bayi.

Makan

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *