Ibu Terlalu Penat
|

Bayi Usia 2 Hari Jatuh ke Lantai! Ibu Terlalu Penat, Dr Redza Beri Peringatan.

Isteri kalau dia cakap dia penat dan tak larat, memang dia betul-betul maksudkannya. Apatah lagi bila isteri dalam pantang. Selepas melahirkan anak adalah tempoh yang sangat sukar bagi isteri. Mereka perlu menggandakan perhatian kepada anak yang baru lahir. Ibu terlalu penat!

Baca perkongsian Doktor Redza Zainol untuk dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana.

Terkejut saya bila jururawat maklumkan ada kes bayi usia 2 hari terjatuh ke atas lantai.

Gambar Hiasan: smababy.co.uk

Saya terlalu penat.

Itulah yang ibunya katakan. Setiap 2-3 jam, dia bangun untuk susukan anak sepanjang malam. Dalam tak sedar, dia dah terlelap dalam posisi duduk sambil menyusukan anak.

Bayi yang sedang dipegang erat terus terlepas dan bergolek jatuh ke lantai.

“Semuanya berlaku sangat pantas. Saya pun tak ingat.”

Wajahnya nampak letih, dan saya tahu dirinya dipenuhi dengan rasa bersalah. Ibu bukan Superwoman. Mereka juga perlukan rehat, makan dan tidur yang mencukupi. Jaga diri sendiri baik-baik. Suami pun sama-sama bantu isteri. Itulah tanda kita hargai pengorbanan isteri.

Gambar Hiasan: pbcexpo.com.au

IBU TERLALU PENAT DAN TAK DIBANTU, BOLEH MENGUNDANG KEMALANGAN.

  • Ada bayi yang terjatuh ketika menyusu dan tersangkut pada cadar, selimut, pakaian ibu dan jadi lemas.
  • Ada bayi jatuh bila ibu yang sedang memegang anak membongkok untuk ambil barang di lantai.
  • Ada bayi terjatuh bila ibu menukar posisi menyusu anak.
  • Ada bayi yang lemas, bila ibu atau ayah tertidur di atas badan atau muka bayi akibat terlalu letih.

Gambar Hiasan: parents.com

PERINGATAN BUAT SEMUA!

  1. Kalau isteri dah mula rasa mengantuk, terus beritahu pada suami atau pembantu. Ada orang lain yang boleh tengokkan bayi.
  2. Bantu isteri untuk letakkan bayi atau ambilkan bayi dari katil bayi.
  3. Mak ayah sendiri sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Kes bayi meninggal dunia sebab dihempap orang dewasa yang tengah tidur ni memang betul-betul terjadi.
  4. Jangan biar baby tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.
  5. Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku.

Tolong #kongsikan juga cerita ni pada pasangan dan pengasuh bayi kita tu. Kita sama-sama belajar supaya anak kita selamat.

Sumber: Redza Zainol

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *