Ustaz Kongsikan 10 Cara Bersihkan Uri Anak Yang Betul, Suami Kena Tahu Ni!
Rupanya masih ramai ibu bapa di luar sana yang kurang arif mengenai apa itu uri anak atau nama saintifiknya, plasenta.
Uri ini boleh dikatakan sebagai ’tilam’ atau ‘peneman’ bayi ketika mereka dalam rahim ibu.
Setelah isteri melahirkan anak, uri anak akan diberikan kepada si suami supaya diuruskan untuk proses membersihkan sebelum dibalut dan tanam.
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai ‘placenta’.
Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isteri, tempat yang paling sulit, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya.
Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga. Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri. Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.
Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.
Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih.
Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah.
Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.
Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan.
Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.
Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani berkongsi cara uruskan uri anak supaya dapat mengelakkan perbuatan syirik dan ‘karut’.
Orang lelaki dan para bapa perlu tahu mengendalikan uri anak ini, nanti lahir je anak senang nak uruskan uri bayi ni.
BAHAN-BAHAN BERSIHKAN URI ANAK
- Limau Nipis
- Garam
- Asam Jawa
- Asam Keping
- Plastik
- Kain Putih ( Napkin )
10 CARA BERSIHKAN URI ANAK YANG BETUL
- Mulakan dengan membaca Bismillah
- Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
- Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
- Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
- Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
- Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
- Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
- Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
- Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
- Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
Sambil membersihkan uri tu bacalah doa-doa yang baik buat anak. Semoga anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.