Anak Lambat Bercakap
|

Macamana Nak Tahu Anak Lambat Bercakap! 3 Panduan Ini Ibu Ayah Kena Ikut

Anak lelaki saya berusia 2 tahun 8 bulan. Dia langsung tidak mahu bercakap dan hanya mengeluarkan bunyi seperti ” ak ak” “uk uk”. Apa ciri-ciri anak lambat bercakap? beliau tidak mempunyai masalah pendengaran kerana boleh mendengar arahan dengan baik. Suruh sahaja apa-apa pun dan dia akan buat. Saya tahu dia boleh bercakap kerana kadangkala dia akan mengikut apa yang saya sebut contohnya “papa, mama, ikan,burung, adik” dan bermacam2 perkataaan lagi namun beliau enggan mula bercakap dan sebut dengan sendiri.

Ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan. 

Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan i.e catch up ) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Foto Kredit: kids-first.com.au

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

  1. mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
  2. adalah lelaki,
  3. dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
  4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya.

Foto Kredit: firstfiveyears.org.au

PANDUAN UNTUK IBU BAPA MENGAJAR ANAK LAMBAT BERCAKAP

  1. Kanak-kanak berumur 18 bulan sepatutnya menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, bola), kata sendi (atas,bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (Hi, bye).
  2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
  3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.

Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat?

Foto Kredit: sleepbaby.org

Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

  1. senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
  2. mempunyai sejarah jangkitan telinga
  3. mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
  4. tidak meniru menyebut perkataan
  5. hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
  6. sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
  7. sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
  8. kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)
  9. menggunakan isyarat untuk berkomunikasi

Adakah Late Talkers boleh mengejar bahasa tanpa bantuan atau rawatan? Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.

Foto Kredit: nubabi.com

Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

RAWATAN AWAL AKAN BERI KESAN POSITIF KEPADA ANAK LAMBAT BERCAKAP

  • Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
  • Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
  • Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

Perkongsian ini dari Doktor Ms. Yong Ennie moga beri banyak manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *