MANDUL BUKAN PUNCA DARI WANITA JE. 7 Makanan Ini Untuk Meningkatkan Kesuburan.
Sedihnya.. bulan ni negatif lagi! dah masuk tahun ketiga kahwin, tapi masih tak lekat-lekat. Macam-macam cara dah cuba untuk meningkatkan kesuburan. Paling sadis, ada saudara mara yang dah ‘label’ saya mandul! salah ke masih tiada zuriat? berdosa ke?
Setiap pasangan yang berkahwin, pastinya mengimpikan ada zuriat sendiri, teruja sangat nak memiliki anak sendiri, peluk dan cium dia setiap hari dan berikan sepenuh kasih sayang pada dia.
Setiap bulan pastinya yang paling berdebar untuk buat pregnancy test, sudah tentulah para isteri kan? bila delay period 2,3 hari dah macam-macam perasaan melanda jiwa.
Teruja! tak sabar! cemas!
Tak nak letak harapan lebih-lebih, takut sedih! takut mengharap! takut tak boleh terima kenyataan!
Hanya Tuhan yang tahu perasaan kita bila buat ujian kehamilan, tengok-tengok satu line je. Bila bulan ni takda rezeki tunggu pula bulan depan, lepastu bulan seterusnya, dan seterusnya sehinggalah kita tak sedar dah bertahun kahwin.
Siapa kata tak pressure bila dah bertahun-tahun tak lekat lagi? masa itulah macam-macam persoalan yang keluar.
Eh tak mengandung lagi? anak acik yang baru kahwin pun dah mengandung. Malas usahalah tu! dah check kesuburan ke belum? entah-entah salah seorang mandul ni.
Dianggarkan 15 peratus pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan. Jangan cepat menuding jari ke arah pasangan kerana kajian menunjukkan 30 peratus punca masalah berada pada pihak suami, 30 peratus pada isteri dan 30 peratus lagi pada kedua-duanya. Sementara baki 10 peratus lagi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
RANCANG KEHAMILAN DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN
- Suami isteri perlu menjalani gaya hidup sihat di samping mengambil beberapa vitamin atau makanan yang mampu meningkatkan kesuburan.
- Jangan stres, elakkan makanan yang tidak sihat dan berhenti ambil ubat-ubatan yang menyekatkan pembiakan telur.
- Merokok dan pencemaran udara juga boleh menjejaskan kesuburan, suami bolehlah berhenti merokok.
- Banyakkan melalukan senaman seperti jogging, hiking dan cycling.
BUAT PEMERIKSAAN MENINGKATKAN KESUBURAN. JANGAN BERTANGGUH!
Menurut Dr Navdeep, biasanya apabila pasangan sudah bersepakat dan bersedia mendapatkan bantuan pakar, mereka akan memberikan kerjasama yang lebih baik berbanding jika hanya isteri yang teringin mempunyai anak.
Antara ujian yang perlu dijalani pasangan ialah:
• Analisis sperma untuk mengetahui kualitinya. Kualiti sperma boleh terjejas jika seseorang lelaki itu merokok, mengamalkan pemakanan tidak sihat, selalu memakai seluar ketat (yang meningkatkan haba pada zakar), tekanan dan jangkitan penyakit.
• Imbasan bunyi untuk rahim dan ovari. Doktor akan memeriksa kehadiran sista ovari atau fibroid.
• Ujian darah bagi ujian hormon. Ini adalah untuk mengetahui kehadiran sista pada ovari dan ketidakseimbangan hormon yang biasanya dilakukan pada hari kedua, ketiga atau keempat haid.
• Penilaian tiub Fallopian melalui ujian sinar-X dan laparoskopi.
7 MAKANAN MENINGKATKAN KESUBURAN
- VITAMIN D
Fungsi vitamin D adalah membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.
Saranan makanan: Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.
2. VITAMIN E
Bagi lelaki pula, ambillah makanan yang kaya dengan Vitamin E kerana ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Maka, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum.
Saranan makanan: Biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun.
3. VITAMIN C
Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur.
Saranan makanan: Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.
4. COQ10
Ia sejenis enzim yang bertindak seperti Vitamin C. Selain terdapat dalam bentuk pil, ia juga boleh didapati secara semulajadi daripada makanan segar.
Saranan makanan: Daging dan makanan laut.
5. ASID FOLIK
Ingatkan wanita saja yang disarankan mengambil asid folik! Rupanya, ia juga baik untuk lelaki kerana berfungsi menghasilkan sperma yang berkualiti.
Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatinya daripada sumber kesuburan.
Saranan makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. PROTEIN
Mampu mengurangkan risiko tidak subur hingga 50 peratus. Ramai yang ingat protein hanya boleh didapati daripada daging dan telur, tetapi ia juga kaya dalam makanan berbentuk sayuran atau tumbuhan.
Saranan makanan: Elakkan protein dari sumber haiwan tapi lebih kepada protein sayur-sayuran seperti kekacang. Contoh sayuran dan buah yang berprotein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, kacang ‘almond’.
7. AIR
Apabila seseorang wanita minum air kosong, ia membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badannya.
Cecair serviks ini amat penting dalam badan membantu sperma berenang menuju dalam uterus seterusnya melekat pada telur.
Saranan makanan: Banyakkan minum air kosong. Sasarkan meminum 2 hingga 3 liter air, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
REZEKI SETIAP ORANG TAK SAMA. JANGAN STRESKAN ORANG LAIN YANG BELUM ADA REZEKI ANAK
Jangan rasa tertekan atau ambil peduli setiap apa yang orang cakap apda kita. Makin kita fikir makin kita stres. Ambil nasihat yang membina dan positif sahaja.
Segala aura-aura negatif buang saja. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jangan streskan diri sendiri dan pasangan kita. Jangan kerana orang lain, kita bergaduh dengan pasangan. Tak berhenti mencari salah dan menunding jari.
SOKONGAN DAN DOA KELUARGA & ORANG-ORANG SEKELILING MEMBANTU SUAMI ISTERI YANG MASIH TIADA ZURIAT
Siapa yang tak rasa sedih bila orang yang mempersoalkan tu, keluarga sendiri, keluarga mentua, sepupu sepapat, mak sedara, jiran-jiran dan kawan-kawan.
Cara yang terbaik ialah pekakkan telinga dan diamkan aja. Allah ada. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Bila kita buka media social, tengok kawan ni upload gambar positif hamil, cakap alhamdulillah dan doakan yang baik-baik. Niatkan dalam hati InsyaAllah nanti kita pun akan dapat rasa kegembiraan yang sama.
Bila tengok kawan ni tayang gambar mengandung, tengok kawan ni baru lepas melahirkan anak, ucapkanlah tahniah untuk mereka. Minta mereka juga doakan yang terbaik buat kita.
Jangan rasa rendah diri tidak memiliki anak. Rezeki masih belum berpihak kepada kita. Banyakkan berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah.
Kami mendoakan setiap pasangan suami isteri akan dikurniakan anak yang ramai dan berbahagia disamping keluarga tersayang!
Sumber rujukan: Harian Metro & Siraplimau.