bahaya minum kopi
|

Coffee & Tea Memang Sedap Tapi Ia Juga Bahaya Buat Pasangan Suami Isteri!

Bila dah berkahwin, pasangan suami isteri pastinya nak merancang kehamilan kan. Untuk merancang kehamilan, sebaiknya elakkan minum minuman berkafein.

Ala, takkan kut? Setiap pagi kalau tak pekena ayaq nescafe ni mesti tak boleh buat kerja.

Betullah tu bagi some people kalau tak minum kopi atau tea ni, dia memang tak boleh buat kerja. Rasa mengantuk ja.

Hanya penggemar kafein saja faham betapa nikmatnya bila menghirup tea & coffee. Apatah lagi ketika hujan. 

Tapi kan bakal ibu ibu hebat & ayah ayah hebat, untuk dapatkan sesuatu sometimes we need to sacrifice.

Berapa cup minuman berkafein yang anda minum setiap sehari?

Jika melebihi 2 cup, anda perlu kurangkannya.

Bahaya minuman berkafein buat ibu hamil.

Kalau pregnant mommy yang sangat teringin meminumnya, mommy boleh cuba decaffeinated coffee.

Di label plastik atau kaca coffee jenis ni akan ditulis ‘DECAF’. Tetap ada caffeine, tetapi kandungan caffeinenya sangat-sangat kurang berbanding coffee biasa.

Macam saya. saya memang ‘kaki coffee’. disebabkan tu masa pregnant saya minum decaf coffee… rasanya not bad. boleh la boleh la. hehe.

Tahukah mommy kalau mommy meminum terlalu banyak minuman berkafein :
-Bayi mommy maybe lahir kecil daripada saiz normal.
-Bayi yang dilahirkan kecil, sebenarnya berdepan risiko mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan seterusnya.
-Mommy juga boleh keguguran.

Seorang wanita yang ingin merancang kehamilannya & sedang hamil dicadangkan mengambil tidak lebih dari 200mg kafein sehari. Iaitu bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.

Tapi kan… bila minum coffee ni baru saya rasa happy & bertenaga.. kenapa ya?

Sebenarnya kafein itu sendiri adalah sejenis stimulant yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme.

Dalam masa yang sama, ia juga boleh menjejaskan perkembangan bayi mommy.

Kajian mendapati, kewujudan caffeine dalam badan boleh menjejaskan pengeluaran ovum (telur) dari ovarium ke rahim.

Caffeine juga menganggu kualiti sel telur di rahim dan boleh menyebabkan keguguran.

Bagi bakal ayah, biarpun kafein ini memberi kecergasan kepada anda, namun ia juga mempengaruhi kualiti & kuantiti sperma anda. Anda juga perlu menghadkan pengambilan minuman berkafein 2 cup sehari.

Ini, penjelasan dari Dr Axe, ia bukan saja bahaya kepada ibu yang merancang kehamilan, malah semua. 

Mencegah lebih baik dari merawat. elakkan.

COPYRIGHT Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *