Ibu Menyusukan Anak Kena Kuat Mental & Fizikal, Check List Cabaran Yang Mereka Hadapi Selama 2 Tahun
Antara moment yang paling indah dalam diari seorang ibu, isteri atau wanita, adalah kali pertama dia menyusukan anaknya. Menyusukan anak ini adalah satu jihad ibu kepada anaknya. Ianya bukan perkara yang mudah tapi ianya perjalanan yang sangat indah.
Jika mommy sudah bersedia, sila terima dan redha dengan hati terbuka.
Check list antara ujian atau dugaan yang bakal mommy hadapi bila lahirnya si comel anda ke dunia. Si ayah pun patut kena tahu sebab dia pun perlu beri semangat, urut isteri, ringankan beban isteri dan sama-sama menjaga anak nanti.
CABARAN IBU MENYUSUKAN ANAK
1. Tiada istilah cukup tidur
Bangun setiap 2 jam-3 jam sekali untuk menyusukan anak dari hari pertama anak lahir. Waktu tu dah tak hirau dah luka bersalin sakit ke tak, tetap gigih bersengkang mata nyusukan anak. Itu belum kira bengkak susu atau susu tak keluar, anak dah merengek kehausan.. Suka atau tak redha jela sumbat asalkan si anak tadi diam.
2. Anak suka mengempeng
Anak suka berkepit setiap masa, nak lepaskan puting dari mulut anak, macam main tarik tali. Kita tarik dia sedut, tarik lagi sedut lagi. Dah lepas, kena merangkak dari katil macam penyamun pula, takut-takut anak terjaga, nak tidurkan dia semula, bukan mudah. Hanya ibu yang pernah mengalaminya akan memahami keadaan ini.
3. Anak takut orang, nak ibu je!
Anak asyik nak melekat je dengan ibu, sampaikan tinggal sekejap dah tak nak dan melalak. Tak nak orang lain walaupun ayahnya sendiri. Si ibu nak buat kerja pun tak tenang, sebab anak nak ibu dekat je dengan mereka. Sampaikan ada ibu yang memasak dan buat kerja rumah sambil mengendong anak.
4. Ibu tidur ikut keselesaan anak
Tidur mengiring menyusukan anak 30 minit atau lebih, sampai lenguh-lenguh pinggang dan tulang belakang. Itu belum lagi datang mood si anak nak menyusu sambil duduk memangku anak. Maka tersengguk-sengguklah si maknya tadi. Jangan tanya si ayah, tidur lena sepanjang malam.
5. Pam susu di mana sahaja
Pam susu setiap 3 jam, tak kisah di tempat kerja sekali pun. Sempat curi masa untuk pastikan bekalan susu untuk anak tak putus. Inilah kebahagiaan seorang ibu, gembira sangat bila tengok anak gembira dan sihat minum susu ibu.
6. Gajet terbaru ibu
Bila nak buat stok susu, kena pastikan keperluan untuk mengepam susu lengkap. Apa yang ibu perlukan? pam susu, botol susu, beg menyimpan susu dan cooler bag. Ibu akan bawa gajet ini ke mana-mana.
7. Ibu akan penat dari biasa
Ibu dah tak hirau dah diri tak terurus, menyusukan anak adalah tugasan yang meletihkan. Belum campur lagi penat ditempat kerja, uruskan segala tugasan di rumah dan menyelesaikan prihal anak-anak lagi. Ibu kena pandai kawal emosi dan dapatkan rehat yang cukup. Minta tolong suami, bila ibu rasa tak larat. Jangan pendam perasaan!
8. Ibu perlu kekal positif, elakkan aura negatif
Kena pekakkan telinga bila ada orang kata kita gemuk. Bila menyusukan anak, ibu akan sentiasa lapar. Ibu perlu makan lebih untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ibu perlu minum air 4 liter sehari. Pedulikan orang nak kata apa, jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata negatif mereka. Ibu perlu kuat demi anak!
9. Banyak kali rasa putus asa
Ibu menyusukan anak kena kental. Tak boleh cepat putus asa kalau susu kurang. Banyakkan berdoa dan ikhtiar untuk merangsang susu badan. Kena gali banyak ilmu. Ibu perlu rasa gembira dan tenang, barulah susu badan lebih meriah. Harap suami akan lebih memahami anda.
2 TAHUN, ADALAH PERJALANAN YANG INDAH
Walaupun terpaksa lalui pelbagai kesukaran dan waktu yang cukup memenatkan, namun semua ini dihadapi dengan kental oleh ibu menyusu hinggalah lengkap 2 tahun tempoh penyusuan badan.
Hanya yang pernah melaluinya akan memahaminya. Tak sangka banyak siri drama air mata, episod kemurungan, tenaga serta waktu yang dihabiskan dalam keseluruhan proses ini.
Apapun, segala penat lelah kita membuahkan hasil melihat anak kita membesar dengan sihat. Awalnya terasa susah, tapi lama-kelamaan akan terbiasa. Semua pengorbanan ini akan terbalas dengan banyak kebaikan.