11 cara kira pergerakan bayi dalam kandungan yang betul. jangan culas.
Mencatat dan kira pergerakan bayi dalam kandungan adalah salah satu aktiviti WAJIB yang ibu perlu buat sepanjang kehamilan. Aktiviti ini sangat penting kerana untuk memantau samaada anak dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Jika doktor atau jururawat pesan suruh kira 10 kali sehari, anda perlu patuh dan jangan ingkar. Jangan sesekali persoalkan kenapa 10 kali? kalau terlupa tak apa ke?
JANGAN YA!
Ini penjelasan dan nasihat jururawat Siti Saleha Jaffar kenapa kira pergerakan bayi dalam kandungan ini PENTING!
FETAL KICK CHART(FKC) a.k.a FETAL MOVEMENT CHART(FMC) @ CARTA GERAK ANAK.
Jika anda seorang ibu mengandung, pastinya perkara wajib yang anda perlu lakukan apabila usia kandungan memasuki 28 minggu atau 7 bulan adalah dengan mengira dan melakukan pemantauan pergerakan bayi didalam kandungan.
- Apa itu carta gerak anak?
Carta gerak anak adalah satu carta pemantauan pergerakan anak yang perlu dicatat pada buku mengandung ibu.Carta pergerakan anak perlu dilakukan setiap hari tanpa gagal sehinggalah anak selamat dilahirkan.
2. Apa yang penting sangat nak kena catat gerak anak?
Sangat PENTING!kerana kita tidak nampak keadan bayi di dalam kandungan..hanya ibu sahaja yang mengetahui sama ada bayi sihat atau tidak..dan melalui carta gerak anak lah kita dapat mengetahui samada bayi sihat, lemas terbelit talipusat atau tidak sihat disebabkan mendapat jangkitan kuman.
3. Pada waktu bila carta gerak anak ini bermula?
Carta gerak anak perlu dilakukan pada setiap hari pada waktu yang sama iaitu pada jam 9 pagi.
4. Kenapa jam 9 pagi sehari?
Kerana kita beranggapan pada jam 9 pagi ibu-ibu semua sudah bangun dari tidur dan melakukan rutin harian dan ada ibu-ibu bekerja sudah sampai di pejabat..tidak kiralah pergerakan anak bermula pada 9.15 pagi atau 9.30 pagi, pengiraan carta gerak anak tetap bermula pada jam 9 pagi.
5. Bolehkah saya melekatkan sticker comel atau lukis teddy bear atau bunga-bunga di carta gerak anak?
Tidak boleh kerana buku pink yang diberi kepada ibu-ibu untuk simpanan adalah DOKUMEN RASMI kerajaan yang diberi kepada ibu secara percuma..bukan mahu mendoakan ibu-ibu yang tidak-tidak tapi jika berlaku apa-apa kepada ibu dan kandungan sepanjang hamil, buku pink itulah dokumen pertama yang akan dikorek terlebih dahulu..dan jika ibu quiry ada berlaku sebarang kecuaian dan kesilapan atau mahu bawa kes ibu-ibu ke mahkamah, dengan mudahnya ibu akan kalah sebab ibu-ibu tidak serius dengan kata mudahnya ibu sambil lewa.
6. Bagaimana cara mengira gerak anak?
i) Carta gerak anak perlu bermula setiap pagi (9am) pada waktu yang sama.
ii) Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam..bermaksud perlu bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 9pm..dalam tempoh 12 jam perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan bayi.
iii) Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu sendiri iaitu petak tarikh, masa bermula, tandakan pada kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuativ) Pergerakan yang perlu diambil kira adalah satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi..jika selepas satu gerakan yang kuat/tendangan bayi diikuti dengan gerakan-gerakan kecil, atau bayi berpusing tetap dikira 1 gerakan.
v) Ibu hanya perlu tanda sahaja pada kolum 10 petak kecil..bukan memperkecilkan usaha ibu-ibu yang kreatif sebab mahu jadikan itu sebagai kenangan tetapi perlu fahami kenapa buku pink itu merupakan “Dokumen Rasmi” kerajaan
vi) Apabila cukup atau lengkap 10 gerakan kuat/tendangan, ibu perlu melihat jam berapa waktu lengkap..jika waktu lengkap pada jam 4 petang, tulislah dibahagian kolum “waktu genap 10 gerakan”..jika jam 5.30 petang, tulislah..jangan malas dan jangan ambil mudah!!!
vii) Dan rutin tersebut perlu dibuat setiap hari dan tidak boleh skip/culas barang sehari sehingga ibu-ibu selamat melahirkan bayi..barulah ibu-ibu boleh hentikan rutin catat gerak anak.
7. Kenapa 10 gerakan dalam 12 jam?kenapa tidak 12 gerakan dalam 12 jam?
Kerana ada ketika bayi pun tidur dalam tempoh setengah ke 1 jam..dan pada ketika itu ibu tak merasai pergerakan anak..ibu tetap juga kena awasi untuk jam kedua..jika bayi ibu tidak bergerak langsung dalam tempoh 3 jam berturut atau lebih, ibu perlu ambil berat dan pergi ke hospital atau klinik jika klinik masih beroperasi..tetapi adakalanya ibu tidak merasai pergerakan bayi pada ketika ibu melakukan aktiviti atau sedang bekerja kerana fokus ibu pada bayi kurang ketika itu..ibu akan merasai pergerakan aktif bayi ketika ibu sedang berehat atau waktu malam ketika mahu tidur kerana tumpuan ibu ketika itu tidak diganggu oleh hal pekerjaan.
8. Bagaimana saya mahu tahu pergerakan bayi saya normal atau tidak?
• Dalam tempoh 1 jam ada satu atau 2 pergerakan kuat/tendangan bayi.
• Awasi pergerakan anak selama seminggu dari segi polariti pergerakan anak..jika dalam tempoh seminggu ibu buat carta gerak anak, waktu genap 10 gerakan dalam jam 4,5,6 atau 7 petang, ibu akan dapat rasai sendiri perbezaan pergerakan bayi ibu yang normal atau tak normal.
• Jika kebiasaannya pergerakan anak lengkap pada jam 4,5,6 atau 7 petang tetapi pada hari tersebut ibu rasa pergerakan bayi sangat lambat..tepat jam 9 malam atau lagi 5 minit jam 9 malam baru lengkap 10..itu adalah pergerakan anak yang tidak normal walaupun lengkap 10 gerakan..samada bayi kelemasan disebabkan terbelit talipusat, air ketuban kurang atau sebaliknya.
• Atau kebiasaannya pergerakan bayi lengkap pada jam 4,5,6 atau 7 petang tapi pada hari tersebut pergerakan bayi lengkap pada jam 11.30 pagi atau 12.30 tengahari..walaupun cukup 10 pergerakan tapi itu adalah pergerakan yang tidak normal/terlalu cepat..samada pergerakan terlalu cepat disebabkan oleh bayi mendapat jangkitan kuman atau ibu itu sendiri yang tidak sihat.
9. Kalau dah cukup atau lengkap dah tak perlu monitor lagilah kan?
SALAH!walaupun telah lengkap 10 gerakan mungkin dalam jam 4,5,6,7,8 malam ibu masih lagi kena awasi gerak anak selepas itu..kebiasaannya ibu-ibu akan cakap anak terlebih aktif waktu malam sampai menyukarkan ibu untuk tidur.
10. Apa yang saya perlu lakukan jika pergerakan anak saya tidak normal?
Jika: Tidak lengkap 10 gerakan dalam tempoh 12 jam Pergerakan bayi terlalu lambat dari kebiasaan Pergerakan bayi terlalu cepat dari kebiasaanSEGERA KE HOSPITAL BAHAGIAN KECEMASAN BERSALIN/PAC!Walaupun pada keesokan harinya anda memang sudah ada tarikh temujanji di klinik kesihatan/klinik desa.
11. Kenapa tidak boleh tunggu pada tarikh temujanji?di klinik kan ada doktor juga?
Kerana nyawa tidak boleh ditunggu-tunggu ikut masa kita..dan mata doktor bukan macam mata Superman yang boleh imbas tanpa guna alatan..jika ibu pergi ke klinik kesihatan/desa tetap doktor akan rujuk ibu ke hospital kerana tiada peralatan seperti melakukan pembedahan kecemasan tiada..walau telah dirujuk ke hospital tetap membuang masa perjalanan..perlu diingat, nyawa tidak boleh ditunggu walau sesaat mengikut kehendak kita..Adalah lebih baik ibu terus ke hospital.
NASIHAT DARI JURURAWAT.
- Catat lengkap pergerakan anak dengan jujur..jangan CARTALOGY!! bukan misi dan doktor dapat apa kalau anda menipu tetapi anda sendiri yang rugi.
- Kalau tak faham, tanyalah walaupun berkali-kali.
- Dan tolong jaga buku pink sebaik-baiknya..saya merayu jangan diconteng, ditumpahkan air dan jangan dibelacankan buku tue!!
- Buku pink itu adalah kembar siam anda..bawalah kemana sahaja ibu pergi..mahu jalan-jalan di shopping mall, taman, kebun, balik kampung, travel..sila angkut bersama kerana kesemua maklumat kesihatan anda semasa hamil, plan dari doktor tercatat di dalam tu.
Sumber: Siti Saleha Jaffar.