Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Selepas Bersalin Czer
Selepas pembedahan czer, adalah tempoh masa untuk memulihkan semula badan anda dari ‘kerosakn’, keletihan mental dan fizikal. Sebab itu, pantang bersalin czer ini sangat penting dan perlu dititikberatkan dengan menjaga pemakanan diri sendiri dan bayi yang menyusu badan. Cara berpantang czer juga berbeza dari bersalin normal.
Pemakanan yang baik, bagus untuk proses penyembuhan dan meningkatkan tenaga selepas caeserean termasuklah mengandungi protein yang tinggi, vitamin, karbohidrat dan zat besi seperti diambil semasa mengandung.
Menurut Garis Panduan Pemakanan yang diterbitkan Jabatan Pertanian US dan disahkan Persatuan Dietitik Amerika, ibu menyusu badan memerlukan pengambilan kalori harian tambahan iaitu tidak melebihi 1800 kalori sehari.
Manakala pengambilan yang lebih tinggi disyorkan bagi wanita menyusu yang lebih dari satu bayi, kurang berat badan dan kerap melakukan aktiviti fizikal.
Oleh itu, apakah makanan bersalin czer yang boleh dan perlu dielakkan semasa fasa pemulihan ini? baca sampai habis ya!
8 JENIS MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL SELEPAS BERSALIN CZER
- Produk Tenusu Rendah Lemak
Susu, yogurt dan keju adalah sumber protein, kalsium, Vitamin B dan Vitamin D yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ambil sekurang-kurangnya 50ml setiap hari.
2. Buah-buahan & sayur-sayuran
Buah-buahan seperti oren dan blueberries kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang bagus untuk proses pemulihan selepas bersalin czer.
Manakala, sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang dan daun fenugreek juga mengandungi sumber Vitamin, kalsium dan zat besi yang bagus untuk memulihkan tubuh selepas czer.
3. Oat
Mengandungi serat yang tinggi bagi melegakan anda dari sembelit. Anda boleh menikmatinya bersama susu, buah-buahan kering atau kekacang. Contoh buat seperti epal, pisang dan mangga manis.
4. Kunyit
Kunyit dalam hidangan mengandungi Vitamin B6, Vitamin C, serat, kalium dan magnesium. Ia membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan cepat. Anda juga boleh masukkan setengah sudu kunyit dalam segelas susu panas dan minum setiap hari.
5. Kacang Badam
Kacang badam atau almond kaya dengan sumber karbohidrat, Vitamin B12, Vitamin E, serat dan mineral seperti tembaga, kalsium, zink dan kalium. Anda boleh makan dengan cara goreng atau mentah mengikut kesukaan.
6. Halia & Bawang Putih
Kedua-dua ini membantu pencernaan dan mengurangkan berat badan selepas mengandung. Anda boleh menambah sedikit halia dan bawang putih dalam makanan anda semasa memasak.
7. Bijan Putih & Hitam
Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus dan magnesium. Ia dapat mengawal pergerakan usus dengan baik.
8. Bijirin
Roti bijirin, beras perang dan gandum menyediakan kalori yang diperlukan terutama bagi anda yang menyusukan si kecil. Malah ia juga meningkatkan tahap tenaga kerana mempunyai nutrien dan vitamin yang diperlukan.
MAKANAN YANG DILARANG SELEPAS PEMBEDAHAN CZER
Anda harus mengelak semua makanan berlemak dan bergoreng yang sememangnya tidak bagus untuk proses pemulihan luka dalaman selepas bersalin. Malah, ia hanya menambahkan berat badan anda sahaja.
Selain itu, elakkan juga makanan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastrik. Bahkan, bayi juga turut terkena kesan buruk kerana menyusu badan.
Disini ada beberapa makanan yang dilarang selepas melahirkan secara czer seperti berikut:
- Minuman berkarbonat yang boleh menyebabkan gas berlebih dan kembung perut.
- Minuman berkafein seperti kopi dan teh perlu diambil secara sederhana kerana kafein berlebihan dalam tubuh
- boleh menyebabkan masalah pertumbuhan pada bayi anda.
- Mengelak minuman beralkohol kerana boleh menjejaskan keupayaan anda menghasilkan susu badan dan membawa kepada masalah perkembangan si kecil.
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti kobis, ubi dan lain-lain.
- Jangan ambil makanan bergoreng kerana sukar dicerna terutamanya pada hari pertama bersalin kerana ia boleh menyebabkan senak perut.
- Jangan ambil nasi putih sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari selepas melahirkan terutama jika anda menglami GDM. Tukar dengan beras gandum kerana ia membekalkan tenaga dan kalori tambahan.
- Elakkan minuman dan makanan sejuk kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh ibu.
TIPS UNTUK IBU YANG BARU MELAHIRKAN ANAK
- Cuba amalkan lima hingga enam hidangan kecil sepanjang hari.
- Makan dengan jarak kira-kira dua jam. Sekiranya rasa lapar lebih awal, ambil snek ringan seperti buah atau kacang.
- Ambil masa untuk mengunyah secara perlahan-lahan dan secara santai, kemudian minta ahli keluarga untuk menjaga bayi anda sementara waktu.
- Dengan bayi baru lahir, anda mungkin tidak dapat tidur yang mencukupi, maka cuba ambil masa berehat ketika si kecil sedang tidur nyenyak.
- Masak makanan di rumah kerana anda boleh menyediakan bahan-bahan segar dan sihat.
- Banyakkan makan buah yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren, kiwi dan epal.
- Elakkan buat kerja rumah yang berat-berat. Minta tolong suami atau sesiapa yang berdekatan untuk bantu anda sepanjang tempoh berpantang.
Kini, anda sudah tahu pentingnya diet yang sihat selepas bersalin czer kerana membantu anda memulihkan diri dari dalam bahkan bayi juga lebih sihat kerana mendapat susu badan yang berkualiti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber rujukan: theasianparent.com