bayi menangis
|

Hai Papa & Mama, Dah Bersedia Tak Nak Jaga Saya Tengah Malam Ni? Hehe

Mommy baru je lelap mata lepas letih seharian uruskan baby..

Tiba tiba “uuuuwaaaaaaaa”…..

Baby yang baru tidur tadi menangis pulak.. Pusing tengok ayahnye kat sebelah….. Alahai.. tak sampai hati nak kejut pulak… dahlah suami masa tido muka cute comei cam teddy bear….. geram pulak… Kan?? hihi…

Mesti ramai mommy alami situasi mcm ni kan?

Banyak pahala tu mommy… Alhamdulillah…

Apapun.. mommy perlu tahu… setiap hari anak mommy akan belajar banyak perkara baru..

Sesaat selepas dilahirkan sampailah usianya 2 bulan, anak mommy akan lebih kerap tidur dari berjaga… Mereka menghabiskan 16-18 jam sehari untuk tidur….

Kemudian… waktu tidur mereka akan berkurangan sedikit demi sedikit…

& yang penatnya bagi ibu yang berpantang & jaga anak kecil ni… waktu tidur anak terbalik dengan kita kita ni.. adoiii…hehe

Masa siang tidur nyenyak… bunyi kuat cemana pun tak heran….

Bila malam.. time mommy nak tidoq… mulalah anak bernyanyilah… ajak bersembang lah… normal tak ni?

Ya… itu normal bagi infant.

Pun begitu… mommy perlu ajar waktu sebetulnya bayi perlu tidur…

malam

Baik… ini tips untuk bantu anak tidur pada waktu malam..

1.Kejutkan anak di awal pagi… (8 pagi)... main2 kejap… kacau kacau pipi…. telinga… & kenakan sedikit cahaya matahari (cahaya saja)… basahkan kaki… & teruskan dengan mandikan anak…. Lepas mandikan.. sembang2 dengan anak… walaupun sebenarnya dia akan tido balik… lakukan setiap hari..

2. Bayi baru lahir tak boleh nampak sebarang objek termasuklah ibu & ayahnya… semuanya samar samar baginya…. untuk attract anak & tak bagi tidur waktu siang.. mommy boleh kerapkan sentuh jari & tangannya…. panggil namanya..

3. Ada bayi baru lahir yang berdepan jaundice… ketika ni mommy perlu paksa anak untuk bangun & minum susu… ketika ini mommy akan terasa sedikit payah.. namun percayalah… taktik bagi susu pada anak secara kerap untuk hilangkan jaundice inilah step terbaik untuk disiplinkan waktu tidur anak.

4. Elakkan menidurkan anak dengan mendodoi / meletakkanya dalam buaian… ramai mommy yang menggunakan cara ni dengan sebab senang tidurkan anak & boleh berehat… tapi percayalah.. semua ni akan berlarutan… saya sendiri dah rasa masa lahirkan anak pertama dulu… hihi… penat penat…

5. Masa sesi penyusuan waktu siang tu.. mommy jangan tidurkan anak terus... walaupun dia akan terlentang kekenyangan menikmati kesedapan susu ibunya ni… huhu…. bykkan bersembang dengannya ya..

6. Make sure rumah & bilik terang & cerah. Pasang tv.. radio… & biar anak mommy ni terasa bising pada waktu siang… & pada malamnya biar anak mommy tidur dalam keadaan sunyi… Dari situ anak akan cuba membezakan waktu untuk tidur & jaga.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *