isteri tak buat buat
| | |

ABANG…. Saya Tak Buat Buat…..Ia Sebenarnya SILENT KILLER Yang Boleh Membunuh Isteri Abang.

Assalamualaikum kak. Semoga kisah saya ini dijadikan teladan.

Saya Lisa, berpantang anak kedua, anak pertama saya berusia 5 tahun, lelaki. Suami saya buat business online. Jadi dia sentiasa ada di rumah.

Yang sedihnya, semua kerja rumah saya yang terpaksa uruskan.

Suami saya marah kalau saya tak masak untuk dia.

Suami saya tengking kalau saya cakap saya penat.

Dia akan cakap saya mengada ngada.  Saya bagitahu pada suami, masa pantang saya tak boleh buat semua kerja ni, & minta dia faham.

Suami saya cakap dia menyesal kahwin dengan saya sebab perangai macam budak budak.

Saya teruskan buat kerja rumah sebab dah tiada pilihan.

Hari ke 10 berpantang, saya tumpah darah. Dah pegi hospital doktor nasihat saya jangan buat kerja rumah.

Suami saya tetap paksa saya buat semua walaupun doktor nasihatkannya sendiri.

Hari ke 15 pantang, saya mandikan anak, lepas mandikan tu saya nampak ada macam air keluar dari luka czer ni.

Lepas angkat anak pegi katil nak pakaikan baju saya perasan penuh baju & kain saya dengan darah. ALLAH tumpah darah lagi…..

Darah saya keluar memancut macam air paip. Lepas tu saya hanya sedar masa dah sampai hospital.

Nurse bagitahu saya tumpah darah sebab banyak berjalan & luka czer saya ni terbuka.

Doktor kata kalau sampai keluar air kuning & nanah ni bahaya sangat. Saya kena tahan. Kes saya ni sampai ke doktor pakar. Doktor yang rawat saya doktor perempuan. Alhamdulillah baik orangnya. Macam ibu ibu kita. Macam ustazah & nampak alim doktor ni.

Dia panggil suami saya & nasihatkannya tentang sakit saya. Dia cakap baik baik macam seorang ibu.

Lepas tu suami saya datang minta maaf pada saya. Walaupun sakit hati saya ni, tapi saya bersyukur sebab saya selamat.

Doktor kata dengan pergerakan saya yang macam bukan orang baru lepas bersalin ni boleh buatkan saya hilang nyawa.

ALLAH….. bersyukur sebab saya masih bernyawa.

Saya share dengan akak & 9bulan10hari sebab taknak sesiapa pun lalui apa yang saya lalui.

Kalau isteri cakap penat tu, tolonglah faham.

isteri

Ketahuilah bahawa wujudnya PENAT LUAR BIASA ketika berpantang.

Maksud PENAT bagi wanita bukan sekadar penat yang dilalui seorang suami.. apatah lagi ketika baru lepas bersalin secara normal atau CZER…. pergerakannya terbatas.. emosinya bercampur baur ditambah pula perasaan yang cuba kuat walaupun lemah…

Ketahuilah … ADALAH BAHAYA JIKA…. :

1. Berpantang sendirian..
2. Berpantang & menguruskan segalanya sendiri…
3. Berpantang jika suami bukan saja tak ambil tahu malah menyakiti…
4. Berpantang di tempat yang mengganggu emosi & fikiran…

Tolong beritahu ini kepada suami… agar dia juga faham apa yang anda lalui :

Ketika pantang… mana dengan nak jaga luka selepas bersalin.. jalan terkepit kepit... batu meriyan (rahim) yang berdenyut denyut sebelum kecut & naik ke tempat asal… dengan nak membuang air besar sakit takut koyak & kemudiannya sembelit… tak dicampur dengan bengkak susu… dipicit pulak bidan untuk keluarkan susu.. ALLAH sakit sekali…

Pada malamnya masa nak rehat.. anak menangis minta susu… suami pula tidur tak membantu.. mana dengan susu tak keluar.. mana dengan luka czer yang tunggu masa boleh terbuka balik jika tersalah cara….. ditambah pulak stress dengan tangisan anak yang buat ibu lagi bingung… demam kuning pula tak kurang… kena paksa dengan orang sana sini untuk cuba itu & ini… & akhirnya anak muntah & sakit….

Bila tersalah makan minum.. urat sakit sakit… lemah satu badan.. darah keluar terpancut pancut.. terasa pulak macam ada yang keluar dari faraj… ALLAH… rahim jatuh & hampir terkeluar….

Ini baru beberapa % apa yang dilalui ibu hamil yang membuatkan dia bukan saja bukan dirinya… malah boleh bertindak kejam terhadap diri & anak tanpa dia sendiri sedar…. 

Suami & isteri perlu alert bahawa wujudnya pulmonary embolism iaitu salah satu pembunuh senyap ketika wanita berpantang.

“Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut” – Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) – pakar Obsterik dan Ginekologi.

BAD NEWS – apabila… semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.

Dan, risiko untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung jadi lebih tinggi jika anda:

1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
Dehidrasi
7. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
8. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
9. Mengandung kembar.

Mesti ada di antara mommy yang pernah lalui tanda tanda ni kan? & buat buat ringan sebab takut suami & orang sekeliling cakap mengada ngada bukan?

Bukan anda saja… tapi ramai wanita di luar sana yang ‘simpan’ sendiri sakit & finally sampai ke hospital dalam keadaan pengsan.. koma & ada yang tidak bernyawa lagi.

Katakan anda mengalami tanda2 seperti ini ketika mengandung & berpantang TOLONGLAH BERITAHU SUAMI & BERJUMPA DOKTOR SEGERA…
1. Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
2. Sukar untuk bernafas
3. Sakit dada
4. Batuk berdarah
5. Nadi sangat laju

Sebab tu dari mengandung lagi emosi mommy perlu dijaga…. takut terbawa bawa sampai ke berpantang. (bagi yang dah miliki buku 9bulan10hari… minta suami rujuk page 53-55… tentang peranan suami ketika isteri hamil & dengar nasihat nasihat pakar dalam video dokumentari… – semoga ia membantu suami faham keadaan isteri berdepan perubahan ini)

Pantang 44 hari…. 100 hari.. 6 bulan & 2 tahun… ada sebabnya…. (page 132).

Pakai stokin… elakkan tidur dalam aircond ada sebabnya….

Bertungku.. mandi herba…urut…. ada sebabnya…. (page 135-138)

Jangan buat semua kerja sendiri… minta suami buatkan.. katakan suami BZ minta keluarga tolong… katakan BZ juga.. maka ambillah CL/bidan untuk jaga mommy.

Elakkan makan makanan pelik pelik masa pantang..

Jangan bersendirian ketika berpantang…. kalau dah rasa macam ada yang ‘berbisik’.. cepat cepat pasang surah Ruqyah kat rumah….

Buat mommy.. ya.. memanglah kita kesiankan suami & cuba buat yang terbaik untuk family… tapi ketahuilah.. kalau mommy sihat… baru anak anak pun happy….

Fikir yang baik baik.. buat yang baik baik.. insyaALLAH semuanya baik baik saja…

Sumber : #9bulan10hari & mmgazette.com

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari Tak dibenarkan copy paste!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *