Goncang Bayi Boleh Mencederakan Otaknya Di Masa Hadapan
Nampak simple dan tak perlu bimbang kan, kerana ini sudah menjadi tabiat dan sebati dengan kehidupan masyarakat kita ibu bapa apabila bayi merengek, dodoian perlu dilakukan, samada kuat atau tak sahaja. TETAPI! Tahukah anda menggoncang atau mendodoi bayi ini bahaya. Budaya goncang bayi atau mendodoi anak adalah perkara normal untuk menenangkan bayi menangis, menghiburkan hati atau menidurkan si comel anda.
Ramai ibu bapa turut berpendapat dengan cara itu, adalah kaedah terbaik memandangkan bayi mereka akan berhenti menangis selepas digoncang.
Walhal, perbuatan tersebut mengundang bahaya! Goncangan tersebut boleh memudaratkan bayi kerana ia menyebabkan komplikasi serius khususnya pada otak.
Tabiat ini dikenali sebagai Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Syndrome (SBS).
Sindrom Goncang Bayi ini juga dianggap salah satu bentuk penderaan kanak-kanak. Ia akan mengakibatkan kecederaan pada otak, ekoran goncangan yang diterima.
Kecederaan itu muncul apabila seseorang menggoncang, melambung, menyentak atau menghempas bayi ke arah satu objek. Mungkin goncangan yang kuat dilakukan ibu ayah atau sesiapa sahaja pada tangan, kaki, dada atau bahu bayi tersebut.
Hal ini berlaku apabila bayi menangis berlarutan sehingga ibu ayah atau penjaganya menggoncang bayi dengan perasaan marah.
Tabiat ini menyebabkan tisu otak, salur darah dan saraf pada otak terkoyak. Pergerakan yang kuat juga mengakibatkan otak terhentak pada tempurung, sekali gus menyebabkan tisu otak berdarah dan membengkak.
Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak yang digoncang dengan kuat meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
CHECKLIST MASALAH BAYI YANG MENGALAMI SBS UNTUK JANGKA MASA PANJANG:
- Pergerakan otot tidak dapat dikawal, si anak tadi tidak berupaya bercakap, melihat atau gagal berkomunikasi dengan normal.
- Si anak jadi terencat akal, ini merosakkan keseluruhan kehidupannya seperti belajar bercakap dan keupayaan menjaga diri sendiri di masa hadapan.
- Buta atau mengalami masalah penglihatan.
- Lembap dari segi emosi dan fizikal.
p/s – Tak salah kalau ibu ayah nak bergurau atau bermain dengan bayi mereka.. Cuma kenalah dengan cara dan teknik yang betul.. seperti mengenjut anak menggunakan lutut mahupun menimang dengan lembut, tidak akan menyebabkan berlakunya sindrom goncang bayi..Ibu bapa juga kena ALERT orang sekeliling yang mencium dan memegang bayi anda, ingatkan dan tegur jangan mengoncang bayi sesuka hati..
TAK TAHU? AMBIL TAHU..
Writter: SweetmamaJoy
COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com