susu ibu berkurang
|

5 Cara Hadapi Masalah Susu Ibu Tak Keluar Ketika Pantang. Rugi Kalau Tak Tahu Teknik Ini

Percayalah wahai ibu, susu ibu yang tuhan anugerahkan pada tubuh kita ini takkan pernah kering. Selagi ibu tahu bagaimana mahu merangsang pengeluarannya.

Betul, ada ketikanya mommy akan berhadapan masalah susu ibu tak keluar tu. Jangan bimbang, jangan stress ya mommy…. Sebab tekanan pun boleh jadi penyumbang susu tak melimpah…

Sebab itu usually mommy muda kena faham bahawa setiap bayi yang baru lahir itu, Allah dah bekalkan makanan dan minuman yang cukup untuk mereka. Yang mana, sumbernya adalah ibu itu sendiri. Kalau mommy sedih & stress, macam mana si kecil mommy nak menikmati makanan terbaiknya dengan tenang.

Sebenarnya ada beberapa hal yang mommy perlu faham sebelum belajar cara nak banyakkan susu ibu ini.

Sesaat selepas melahirkan anak.

Sebaik saja mommy melahirkan anak nanti, susu pertama yang keluar dari tubuh ibu itu dipanggil kolostrum.

Kolostrum inilah nanti yang akan memberikan bayi kekuatan antibodi melawan penyakit, meningkatkan sistem imun baby yang buatkan dia kebal lawan bakteria jahat dekat luar tu.

Tapi ibu kena tahu, kolostrum tak keluar memancut macam air. Jumlahnya sedikit sangat tapi mencukupi untuk bayi anda. Kalau boleh dapat satu cup plastik kecil sehari itu dah memadai sangat. Kolostrum ini pun cuma keluar pada hari pertama sampai hari keempat.

Jadi, jangan sampai tak susukan bayi anda ya. Berilah setiap 2 jam sekali untuk mengelakkan bayi berdepan masalah juandis. Lagi-lagi dari ibu darah jenis O, risiko nak kena juandis memang tinggi.

Sebaik keluar wad dan pulang ke rumah.

Bila dah keluar dari hospital, jumlah susu masih juga sedikit. Alahai.. lagi susah hati dibuatnya kan.

Jom mulakan 5 cara berperingkat ini nak bantu susu ibu ada sentiasa.

Pertama : Minta Bantuan Bidan, Urut Sendiri Pun Boleh Juga

Jika ibu bersalin normal, selepas hari ketiga urutan dah boleh dilakukan. Masa inilah ibu boleh maklumkan pada bidan urut berkenaan masalah susu ibu tak keluar yang dihadapi itu. Jangan pula diam-diam, nanti kesian dengan bayi tak cukup susu.

Selalunya, selepas diurut susu ibu akan keluar secara natural seperti sepatutnya. Bila bidan dah balik, ibu boleh juga lakukan sendiri urutan di rumah.

Cara urut sendiri :

  1. Tekan ketiak dengan jari telunjuk.
    2. Jika ibu mengurut buah dada sebelah kiri, selepas menekan ketiak, letakkan tangan kiri di bawah buah dada dan jari jemari tangan kanan tolak buah dada ke atas arah leher
    3. Selepas beberapa ketika, gunakan tapak tangan kanan untuk menolak buah dada kiri ke arah ketiak.
    4. Lakukan urutan ini dengan lembut ya.

Kedua : Bertenang Ketika Menyusukan Bayi

Nak dapatkan ketenangan ini, ibu kenalah belajar dengan betul cara bedung bayi, pegang bayi dengan betul ketika menyusu dan masa penyusuan. Hal ini juga ibu boleh tanyakan pada bidan, nurse semasa di hospital dan juga ibu anda.

Kenapa cara bedung itu penting? Sebab masa dalam rahim kita, bayi duduk dalam keadaan selesa dan ‘dipegang’ dengan kemas oleh air ketuban. Jadi bila keluar, bedung itulah membuatkan bayi merasai seakan-akan masih duduk dalam air ketuban yang selesa.

Bila bayi selesa, dia akan menyusu dengan tenang dan relaks. Ibu berilah susu kiri dan kanan. Jangan cuma beri sebelah susu ibu saja, sebabnya susu ibu yang tidak dirangsang ini juga boleh jadi punca susu tidak keluar.

Jangan paksa bayi ya, berilah susu ibu ikut kehendaknya. Selagi dia belum lepaskan hisapan, ibu jangan merentap pula. Bayi pun sebenarnya mengajar ibu erti sabar yang total.

Ketiga : Jaga Makan Waktu Berpantang Penting Untuk Galakkan Pengeluaran Susu

Masa berpantang ini ibu janganlah nak food craving pula. Ingat ya, apa yang kita makan itulah yang akan anak kita terima. Sebab itu ibu kena ambil makanan yang membanyakkan susu.

Antaranya, rebusan lobak putih, pegaga, halba. Itu antara makanan yang akan menambah jumlah susu yang banyak untuk ibu. Jangan lupa untuk minum air secukupnya. Ada sesetengah ibu yang berpantang menghadkan pengambilan air.

Sebaik-baiknya ambillah ikut kadar yang ditetapkan. Nanti kurang air bermakna boleh jadi kurang susu ibu. Tak salah ibu ambil suplement untuk tambah susu. Tapi ambil makanan semula jadi itukan lebih baik lagi.

Keempat : Waktu Anak Tidur, Ibu Lakukan Ini

Waktu anak tidur, ibu boleh ambil peluang untuk pam susu badan. Tak perlu lama pun, setengah jam pun dah memadai. Sebab apa ibu kena pam susu waktu anak tidur? Masa ini ibu lebih relaks dan waktu mengepam perhatikanlah wajah si kecil sama.

Sebab dengan membayangkan wajah anak kita pun, susu ibu boleh keluar dengan lajunya. Ibu pam di sebelah kiri dan kanan ya. Jangan pam sebelah saja.

Kadangkala ibu akan alami keadaan ini semasa anak tidur. Iaitu satu keadaan yang mana ibu tahu bayinya mahu menyusu. Anda tentu merasakannya kan? Itu namanya naluri keibuan. Bila rasa keadaan itu dan anak masih lena tidur, ibu cepat-cepatlah pam.

Bila kantung susu dah kosong, ia akan dirangsang kembali dan kilang susu akan bekerja dengan lancar untuk menghasilkan pengeluaran susu yang baru. Bila anak bangun, ibu boleh terus direct menyusukannya.

Kelima : Ibu Pun Kena Ada Tidur Dan Rehat Yang Secukupnya

Dalam pantang, kalau ibu tak belajar bertenang dan bersabar, masalah meroyan atau depresi boleh menyerang ibu. Sebab itulah, ibu kena tahu bagaimana nak mencari ketenangan diri itu. Istighfar itu salah satunya.

Katakan ibu terlalu letih, cuba dapatkan bantuan suami kita. Beritahu yang ibu mahu susukan bayi secara eksklusif dan mintalah sokongan suami.

Bermakna ketika bayi mahu menyusu di tengah malam dan ibu terlalu letih, suami boleh sokong ibu. Perhatikan ibu semasa memberikan susu badan pada anaknya.

Ada sesetengah suami, mereka sanggup menyokong tubuh isterinya semata-mata mahu memberi keselesaan semasa menyusukan bayi.

Jika bayi terjaga tengah malam dan dia bukannya mahu menyusu, suami benarkanlah isteri anda tidur. Bila ibu dapat rehat yang cukup, tentulah bekalan susu tidak akan menyusut malah ia boleh keluar dengan banyaknya.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

One Comment

  1. Assalamualaikum
    Sy Nak Tanya sekarang tgh pregnent 32 minggu..anak je-4.cek juga susu kot2 dah ade tp skrng belum ade tanda2 susu ade..ape makanan yg perlu d amalkan untuk penghasilan susu nanti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *