Ibu Risau ‘Terberak’ Ketika Meneran Melahirkan Anak? Usah malu, Ianya Normal

Melahirkan Anak

Dulu masa beranak anak yang sulung, pernah ‘terberak’ ketika meneran melahirkan anak! malunya jangan cakaplah! risaunya nak beranak anak kedua ni, risau kalau terberak lagi. Ada tips tak macamana nak menanganinya?

Mungkin anda pernah mendengar ada yang mengatakan ia sesuatu perkara yang tidak wajar untuk terbuang air besar ketika melahirkan anak.

Namun hakikatnya, terdapat kemungkinan untuk anda terberak semasa meneran. 

Paling tidak, ketika proses bersalin normal itu, anda mungkin berasa seperti ingin mengeluarkan sesuatu yang besar daripada badan anda.

Pada dasarnya, perasaan terasa seperti ingin berak itu hanyalah cara tubuh anda mengatakan bayi akan dilahirkan. 

Photo Kredit: evidentlycochrane.net

TERBUANG AIR BESAR V/S MELAHIRKAN ANAK

Umumnya, ketika proses bersalin normal berlaku, badan akan mengeluarkan lendir, darah, air ketuban dan mungkin juga kekotoran seperti najis.

Walaupun kedengaran agak memalukan ‘terberak ketika bersalin’, tetapi ia sebenarnya cara yang perlu anda lakukan untuk mengeluarkan bayi. 

Sekiranya masih ada rasa malu dan risau membelenggu diri, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk memahami dengan lebih lanjut.

MACAMANA BOLEH TERBUANG AIR BESAR KETIKA MELAHIRKAN ANAK SECARA NORMAL?

Pertama sekali, anda harus menjangkakan bahawa anda akan membuang air besar sebelum bersalin. 

Malahan, mengalami cirit-birit atau terasa ingin berak boleh menjadi antara tanda awal bersalin menjelang beberapa hari sebelum EDD. 

Keadaan itu berlaku disebabkan oleh pelepasan hormon yang disebut prostaglandin. 

Kemudian semasa bersalin, bahagian badan bayi – biasanya kepala – yang mengetuai jalan keluar akan melalui saluran kelahiran dan menekan reseptor regangan pada usus besar. 

Secara tidak langsung, ia merangsang saraf sakral dan menghantar mesej ke otak bahawa anda perlu membuang air besar.

Biasanya, keadaan ini hanya akan berlaku apabila kedudukan bayi sangat rendah. 

Pun begitu, dalam kedudukan tertentu seperti oksipital posterior – bahagian belakang kepala bayi bertentangan dengan punggung ibu – atau kedudukan songsang (breech), ia boleh menyebabkan saraf dirangsang sebelum waktunya. 

Terdapat juga fetal ejection reflex yang berlaku disebabkan tekanan pada serviks dan faraj – mengakibatkan keinginan untuk meneran.

Gabungan faktor-faktor ini akan menghasilkan tekanan dan menekan stinkfer dubur – membantu menurunkan bayi dan najis yang terdapat pada rektum.

Perlu difahami, sering kali, jika anda terbuang air besar semasa melahirkan anak, ia dalam jumlah yang sedikit sahaja. 

Melahirkan Anak

TERBERAK ATAU TIDAK?

Terdapat banyak yang berlaku di bawah sana semasa prosedur kelahiran. Tetapi ramai wanita masih dapat merasakan bahawa mereka terberak, walaupun diberikan suntikan epidural.

Atau mungkin anda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Namun, percayalah, ia bukan 1 masalah besar.

Jika anda terbuang air besar, jururawat akan membersihkannya dengan berhati-hati dan mengelapkan punggung dengan lembut. 

TERSELIT KEBAIKAN YANG KITA TIDAK KETAHUI

Sudah tentu jika ditanya pada hospital, jumlah wanita yang terberak semasa bersalin, tiada data untuk diberikan. 

Tetapi ia adalah perkara biasa untuk terjadi. Ini kerana otot yang digunakan ketika melahirkan adalah sama dengan membuang air besar.

Jika berasakan terberak itu perkara yang memalukan, mungkin fakta yang akan dibaca boleh mengubah fikiran anda.

Ketika anda terbuang air besar semasa proses bersalin normal, perbuatan itu dipercayai dapat membantu bayi mengembangkan mikrobioma mereka – bakteria hidup dalam manusia.

Bakteria ini memainkan fungsi penting daripada pencernaan sehingga melawan selesema. Bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai mikrobioma. 

Semasa bayi melalui saluran faraj, mereka akan terdedah kepada bakteria ibu. Ketika ibu membuang air besar, bayi akan mengambil bakteria usus yang penting. 

Antara bakteria yang akan diterima daripada ibu adalah B.infantis – berfungsi melawan bakteria berbahaya seperti E.coli, Staphylococcus atau Streptococcus.

Sangat penting bagi bayi dalam tempoh 6 bulan pertama selepas lahir mengembangkan sistem imun badan dan mikrobioma pada usus. 

Bahkan, menurut doktor dari Pusat Obstetrik dan Ginekologi di Orland Health, Dr Christine Greves, “Jika seorang wanita itu terbuang air besar semasa proses bersalin normal, itu bermakna mereka menggunakan otot yang betul.”

Haaa…itu bermakna terberak ketika melahirkan anak itu bukanlah perkara yang tiada kebaikan langsung ya, wahai ibu semua.

LAKUKAN 3 PERKARA INI SEBELUM MELAHIRKAN ANAK

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan usus lancar dan bersih sebelum anda bersalin, seperti:

Melahirkan Anak
  1. Lebihkan Makanan Serat

Lebihkan pengambilan makanan serat menjelang kelahiran. 

Ia bukan sahaja baik untuk bayi tetapi dalam masa yang sama membantu badan untuk membersihkan najis secara semula jadi ketika rahim mula mengalami kontraksi.

2. Banyakkan Pengambilan Cecair

Meminum air secukupnya akan membantu menyediakan badan anda untuk proses maraton yang akan datang.

Dalam masa yang sama ia akan membuatkan usus anda terus bergerak.

3. Kerap Ke Tandas

Pada peringkat awal melahirkan anak dan sebelum keseronokan sebenarnya bermula, keraplah ke bilik air.

Ia adalah untuk memberi peluang kepada tubuh anda buang air kecil dan air besar sebelum mula meneran.

JANGAN MALU! YANG PENTING SEMUA SELAMAT

Jadi jika anda terbuang air besar semasa proses bersalin normal, usah malu kerana ia adalah perkara biasa yang terjadi semasa proses kelahiran. 

Apa yang penting, anda perlu memastikan diri kekal berada dalam keadaan tenang bagi memudahkan kelahiran si kecil, okay?

Sumber: Hellodoktor

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *