5 SIKAP BURUK SUAMI YANG BUAT ISTERI MAKAN HATI & HILANG HORMAT.
Buat Isteri Macam Hamba, Tak Pernah Nak Bantu Isteri Urus Rumah, Berkepit Dengan Handphone & Duit Nafkah Diabaikan.
Gambar Hiasan
Suami adalah cerminan isterinya. Jika baik suami, maka baiklah isterinya. Jika buruk sikap suaminya, maka jadilah sebaliknya. Jangan kerana dari sikap suami yang sering acuh tak acuh dalam perhubungan, isteri terseksa dalam diam.
Di Malaysia, jumlah kes perceraian orang Islam sangat membimbangkan. Menurut akhbar Sinar Harian, ada lebih 50,000 kes perceraian di negara ini misalnya, sebanyak 40,000 adalah orang Islam.
Nauzubillah! semoga kita dijauhkan dari segala dugaan berat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan rumahtangga. Dalam hubungan suami isteri, tiada istilah ‘rahsia’ antara kita, perlu ada kejujuran dan saling memahami antara pasangan.
Jika pasangan kita baik, jangan disalah gunakan kebaikan dia. Jika pasangan kita ada kekurangan, jangan jadikan kekurangan dia punca pergaduhan.
Suami isteri adalah saling melengkapkan dan saling memerlukan. Jangan kerana ego dan sikap buruk kita, pasangan kita yang menjadi mangsa dan seterusnya buat dia menderita dan anak-anak yang tak berdosa menjadi mangsa.
BACA & JADIKAN PERINGATAN BUAT KITA.
Antara sikap suami yang buat isteri makan hati dan menderita:
Telefon Perosak Rumahtangga
SUAMI SUKA MAIN TELEFON & KETAGIH GAMES.
Hari ini, ramai isteri yang stres dan meroyan bila tumpuan suami lebih kepada telefon berbanding dirinya. Dibiar isteri macam ada takda je. Bila suami sibuk 24 jam dengan telefon, bilanya nak menolong isteri? Bilanya nak luangkan masa dengan anak-anak? Bilanya nak bermesra-mesra?
Bila isteri datang minta tolong kejap, mata memandang skrin telefon, mulut hanya mengiyakan.
“kejap lagi abang buat..kejap lagi abang tengokkan anak..awak ni sibuklah, tak boleh tengok sayang senanglah!’
Bila isteri marah-marah, berleter..kata isteri ni kaki membebel. Isteri mana yang tak marah dan tak hangin, kalau segala beban ditanggungnya sorang-sorang. Sikit lagi nak gila kalau dibiarkan berlarutan. Sikit lagi nak meletup kalau dah hilang kesabarannya.
Kalau dah hari-hari cakap benda yang sama, lama-lama si isteri pun bosan. Hati yang pada mulanya sayang bertukar menjadi benci. Benci dengan perangai suami sendiri. Ubah sikap anda sebelum menyesal dikemudian hari.
.
.
2. TAK MEMBANTU URUSKAN RUMAH & ANAK-ANAK.
Takda langsung sifat tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama. Penjagaan anak diserahkan seratus peratus pada isteri, sedangkan ia adalah tanggungjawab bersama.
Kalau dah hari-hari macamni, isteri mana yang tak meroyan? isteri akan merasa terbeban dan ‘stress’ dengan hidupnya. Mereka akan rasa tidak dihargai dan rasa diri macam hamba. Isteri akan rasa hilang hormat seterusnya derhaka pada suami.
Sibuk macamana pun kita, pastikan kita jaga hubungan baik kita dengan isteri.
Kalau isteri mengadu dia penat dan tak larat, dia betul-betul maksudkannya. Selesaikan kerjanya yang masih berbaki. Ringankan tugasnya. Jangan buat tak tahu padahal nampak keadaan itu. Jadilah suami yang menyenangkan.
.
.
3. KEDEKUT DAN BERKIRA DENGAN ANAK ISTERI.
Kepada suami yang mithali, Ustaz Ebit Lew ada menyebut..rumahtangga bahagia antara penyebab murahnya rezeki.
Kita rasa tak cukup gaji kita menyara keluarga, tapi Allah cukupkan kerana kita jaga keluarga kita dengan baik, kita gembirakan isteri kita.
Jadilah dermawan untuk anak isteri kita. Jangan kedekut dan terlalu berkira. Semakin banyak kita belanjakan duit demi anak isteri kita, semakin banyak rezeki yang tidak disangka-sangka menerpa hidup kita.
Rezeki Allah SWT amat luas untuk keluarga yang bahagia.
Bila rumahtangga sentiasa ada pergolakkan, suami isteri masam muka, anak-anak pun tak gembira, rezeki susah nak dekat dengan kita.
.
.
4. SOLAT JENIS ON OFF.
Selalu Bangun Lewat
Suami adalah pemimpin dan ketua keluarga. Tanggungjawabnya sangat besar.. Dialah pelindung, IMAM dan hero dalam keluarganya.
Sebagai seorang suami dan bapa, kita perlu tunjukkan contoh yang baik dala keluarga. Barulah anak isteri hormat dengan kita.
Ada satu kes, dimana isteri diceraikan sebab mengejut suami untuk solat subuh. Isteri menegur anak untuk solat, tetapi bapa mereka pula tunjuk sikap berbeza.
Isteri jadi serba salah, suami akan marah dan tidak boleh menerima teguran.
Isteri dihimpit rasa dosa selain sudah tawar hati dengan perkahwinan yang makin lama makin dingin ini.
.
5. CAMPUR TANGAN MENTUA.
Campur Tangan Orang Luar
Hal ini sering terjadi bila suami isteri tinggal sebumbung bersama mentua. Tidak menjadi salah jika kita duduk bersama dengan niat menjaga mereka yang sudah tua. Tetapi, jangan biarkan mentua atau sesiapa saja membuat keputusan dalam rumahtangga.
Kita boleh menerima nasihat orang luar tetapi tidak boleh mengikutnya seratus peratus. Bila isteri duduk sekali dengan mentua, sudah tentulah segala perbuatan dan gerak gerinya selalu diperhatikan.
Tiada ruang ‘privacy’ untuk mereka. Suami boleh duduk sekali dengan mentuanya, tetapi tidak semua isteri boleh duduk sebumbung dengan mentua. Isteri selalu menjadi sasaran mencari kesalahan, kerana dia berada di rumah 24 jam.
Nak duduk sekejap serba salah. Duduk memerap dalam bilik dikatanya pemalas. Kalau marah anak, dikatanya menantu tak sayang anak. Suka berdandan, dikatanya suka menghabiskan duit suami. Bila mengadu dengan suami, dia balik yang kena marah dan dikatanya tak bersyukur.
Isteri akan jadi serba salah dan makan hati setiap hari. Isteri akan rasa tertekan dan rasa nak melarikan diri.
.
.
UBAH SIKAP BURUK SUAMI, SUPAYA TIDAK MAKAN HATI. INI TIPS BUAT SUAMI MITHALI.
Gembirakan Keluarga
Isteri anda hanya suaminya saja, dia perlukan perhatian, belaian dan kasih. Jangan lupa luangkan waktu bersama dan dengar segala luahan isi hati mereka.
Sama-sama buat kerja rumah, sama-sama jaga anak dan sama-sama bertolak ansur.
Ada rezeki lebih, beri isteri duit belanja lebih. Especially yang surirumah. Mereka tiada gaji. Mereka juga ada keinginan untuk membeli apa yang dia suka.
Bila bersama keluarga, tolong simpan telefon atau segala gajet.
Jangan buka aib pasangan. Jangan cerita masalah rumahtangga dengan family, kawan-kawan atau sesiapa saja.
Berbahagialah cara kita.. biarpun sederhana sekurang-kurangnya kita bahagia.
Setiap wanita akan melalui proses kehamilan yang berbeza. Beruntung jika ada ibu yang tidak mengalami sebarang alahan. Ada juga wanita yang melalui kesakitan mengandung dari alahan teruk pada trimester pertama saja dan tidak kurang juga yang menderita alahan sepanjang sembilan bulan mengandung. Bagi yang melalui alahan seperti muntah sepanjang kehamilan, ianya pasti mengganggu emosi dan…
Tolonglah jangan perli isteri……. adoila…. Alkisahnya minggu lepas isteri saya cakap teringin nak makan ikan kembung… saya cakaplah.. ikan tenggiri yang lagi sihat ada ni.. makanlah.. den wife saya nangis dia cakap teringin sangat… tyme tu saya tercakap ‘mengada ngada betul awak nih’… Keesokan tu tak tahu apa jadi.. saya betul betul teringin nak makan…
“Ala… kan dah ada sanitary pad dustbin, kenapa nak basuh basuh lagi darah haid tu… bukannya ada orang nak ambil”. Ada di antara wanita yang tak pernah basuh pad sebab katanya “ini pad pakai buang, so lepas pakai buang lah… ini bukan pada pakai basuh..” Nah, ini antara cerita kenapa setiap wanita perlu ambil kisah…
Ingat tak pasal ni? Kisah Pulmonary Embolisme yang menjadi pembunuh ramai wanita yang pernah kami share last month? Kepada yang masih tak faham tentang ini, sila baca penulisan Dr Imelda Balchin ini. Kematian ibu bersalin. Hari ini (18/8)/17 saya berbincang dengan pakar-pakar O&G dari negeri-negeri lain di Malaysia, dan juga Ustaz di PPUM tentang kematian ibu-ibu…
TIPS ATASI SEPARATION ANXIETY PADA ANAK! Pernah tak ibu ayah melalui pengalaman ini? tinggalkan anak kejap dah melalak, menangis macam kena pukul. Kalau boleh nak ibu ayah dia depan mata je. Nak buat kerja rumah pun tergendala sebab si anak nak berdukung saja. Ada ibu yang stres bila perkara ini kerap berlaku. Ibu akan cepat…
Malasnya nak buat apa-apa, rasa tak bermaya! tekak pun kadangkala loya semacam. Bila suami bergurau pun, kita rasa geram. Lapar tapi hilang ‘mood’ nak makan, ini ke yang dinamakan pembawakan ibu mengandung? Pembawakan ibu mengandung berbeza-beza. Ada yang suka bau suami, sampaikan si suami nak pergi kerja pun isteri rasa sedih ditinggalkan. Ada juga yang…