Jangan Biar Bayi Tidur Posisi Meniarap! Bayi Boleh Meninggal Dunia Ketika Tidur
Maut ada di mana-mana. Terleka sekejap je sekelip mata je boleh berlaku. Paling menakutkan insiden ini berlaku kepada bayi kita. Tak sangka bayi tidur posisi meniarap pun boleh lemas dan boleh meragut nyawa. Nauzubillah!
Baca apa yang dijelaskan oleh Dr Redza Zainol agar kita lebih berhati-hati di masa akan datang. Kitalah pelindung anak-anak.
Kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas.
Inilah yang disebut sebagai SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Bayi lelaki dan bayi pramatang (bayi lahir bawah 37 minggu), lebih tinggi risiko untuk dapat SIDS.
Bayangkan, bila kita kejut bayi kita tu, dia dah tak bangun-bangun.
Sejak saranan American Academy of Paediatrics pada tahun 1992, “Jangan benarkan bayi tidur meniarap”, kejadian SIDS menurun kepada 5 kes dalam setiap 10,000 bayi.
Jika bayi muntah susu dalam posisi tidur meniarap, susu tu akan masuk ke dalam salur pernafasan dan sampai ke paru-paru. Boleh rujuk pada gambar.
Itulah bahayanya tidur dalam posisi meniarap.
Biarkan Bayi Tidur Terlentang. Ini Cara untuk mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) :
- Letakkan bayi dalam posisi menelentang di atas tilam semasa tidur.
- Gunakan tilam yang leper dan padat.
- Tilam yang bagus akan buatkan bayi tak tenggelam ke dalam bila diletak atas tilam tu.
3. Soft toys seperti patung binatang dan bantal tebal tak digalakkan diletak berdekatan bayi yang tidur. Benda ni boleh jatuh dan menutup hidung bayi.
4. Elakkan tidur bersama bayi.
- Dicadangkan bayi tidur di tilamnya atau di kot (baby cot) sendiri. Ada kes ibu bapa tidur bersama bayi. Bayi terhempap semasa mereka semua tidur bersama.
5. Jangan merokok berdekatan bayi.
- Bayi yang hidu asap rokok, lebih berisiko untuk dapat SIDS.
6. Teruskan menyusu dengan susu ibu. Bayi yang menyusu badan, risiko SIDS nya lebih rendah.
Tolong saya #sebarkan pada ibu bapa yang ada anak bawah umur setahun. Mak ayah wajib tahu perkara ni.