Tidurkan Bayi
|

7 Tips Tidurkan Bayi Dengan Mudah, Lebih Lena & Tak Berjaga Malam!

Mengantuknya mata ni! mata si anak masih ‘terbuntang’ luas.. hari-hari si Aina ni suka berjaga malam. Hari-hari tak cukup tidur ni. Asyik nak berpangku je, kalau letak mesti menangis. Ada tak tips nak tidurkan bayi supaya dia tak merengek waktu malam?

Siapa tak susah hati bila bayi sukar tidur setiap malam. Pantang ada bunyi sikit, mesti terjaga dan menangis sampai ke pagi.

Kalau dah terjaga memang susah nak tidur semula. Lebih parah lagi bila si anak menangis sahaja. Dah buat macam-macam pun masih tak nak tidur lagi.

Jika bayi anda sentiasa bangun pada waktu malam ini boleh mengganggu pola tidur anda. Anda mungkin mendapati amat sukar untuk mengerjakan tugas-tugas pada keesokan harinya.

Wanita yang tidurnya terganggu disebabkan bayi mempunyai masalah tidur mungkin lebih mudah mengalami kemurungan.

Foto Kredit: undark.org

KENAPA BAYI SUKA BERJAGA MALAM?

Bayi baru lahir biasanya memerlukan masa untuk biasakan diri mengikut siang dan malam yang normal. Ini kerana, keadaan semasa di dalam rahim adalah berbeza daripada dari dunia sebenar.

Jangan panik! selepas beberapa bulan, rutin tidur bayi akan kembali normal.

Ada beberapa faktor kenapa bayi kerap terjaga pada waktu malam:

  • bayi kurang sihat, lampin penuh, lapar dan tumbuh gigi
  • bayi kerap menyusu pada waktu malam
  • merasa tidak selesa pada persekitaran

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk memastikan bayi tidak lagi berjaga sepanjang malam?

Foto Kredit: motherandbaby.co.uk

7 CARA PALING MUDAH UNTUK TIDURKAN BAYI LEBIH AWAL & SENTIASA LENA DIMALAM HARI

  1. Lebihkan Aktiviti Pada Waktu Siang

Penuhi jaudla anak pada waktu siang. Bermain, mengajak anak berbual dan menyanyi agar anak kurang tidur pada waktu siang.

Jadi apabila kurang tidur waktu siang, maka bayi akan tidur dengan lena pada waktu malam.

2. Elakkan Rangsangan & Gajet Sebelum Tidur

Jangan ajak anak bermain sebelum tidur. Semakin banyak rangsangan, semakin aktif otak si anak berfikir. Elakkan beri anak gajet, ini salah satu sebab anak tak nak tidur awal.

Latihkan anak membuat rutin yang sama sebelum tidur misalnya mendengar muzik, membaca buku dan memeluknya.

Jadi setiap kali anda membuat rutin itu, anak dapat mengenal pasti yang ia hampir dengan waktu tidurnya.

Foto Kredit: breastfeeding.support

3. Bagi Masa Anak Untuk Bertenang

Jangan paksa anak terus tidur sebaik meletakkannya di atas katil. Usaplah dengan lembut dikepala anak sambil bercakap perkara-perkara yang baik.

Tepuk perlahan-lahan paha anak sambil berzikir atau berselawat. InsyaAllah anak akan mudah tertidur dengan sendirinya.

4. Persediaan Sebelum Tidur

Pastikan lampin sudah ditukar, pakaikan anak baju yang selesa. Suhu bilik tidak terlalu sejuk atau panas. Pastikan suasana bilik tidur tidak terlalu gela dan terang. Katil juga sudah tersedia kemas dan bersih tanpa habuk atau pun serangga kecil.

Kadang-kadang perkara remeh seperti ini yang membuatkan anak kita selalu terjaga dan mudah menangis tengah-tengah malam. Siap sedia awal-awal!

Foto Kredit: parents.com

5. Urutan

Ada bayi bila dia terlalu lasak bermain pada siang hari, dia akan jadi penat pada waktu malam. Bayi akan mudah terkejut, terjaga dan menangis bila badan terlalu letih.

10 minit sebelum tidur, ambil losyen atau minyak yang sesuai untuk bayi, buatlah urutan lembut dari badan ke kaki. Anak akan lebih selesa dan tidur lebih lama dari biasa.

6. Buat Jadual Tidur Anak

Pastikan anak tidur mengikut jadual yang anda tetapkan setiap hari. Jangan ubah-ubah jadual, takut anak keliru. Pada waktu siang seeloknya tidur pada jam 1 petang hingga 3 petang.

Jangan tidurkan anak terlalu lewat petang, ia akan membuatkan anak lebih bertenaga di malam hari.

7. Baca Doa

Bayi sangat suka mendengar ayat suci Al-quran. Sebelum tidur bacakan anak Surah Al-Fatihah sekali, Surah Toha ayat 1-5, Ayat Kursi sekali, Surah Al-Insyirah sekali, Surah 3 Qul dan doa tidur.

Percayalah anak akan mudah tidur dan terhindar dari ‘gangguan’ yang kita tak nampak.

MESKIPUN MASIH KECIL, AJARKAN ANAK RUTIN TIDUR YANG TETAP SETIAP HARI

Waktu tidur anak sangat penting untuk perkembangan si manja.

Waktu tidur anak yang minimum adalah 12 jam semasa bayi, 11 jam bagi anak berusia 3-4 tahun, dan 10 jam bagi anak berusia 5-7 tahun.

Jika kurang daripada itu, mereka dianggap tidak cukup tidur.Kekurangan tidur pada bayi dan anak kecil boleh menjadi pelbagai punca masalah perkembangan pada kesihatan, emosi, dan perkembangan minda kanak-kanak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *