Anak Bercakap
|

8 Tips Untuk Galakkan Anak Bercakap, Ibu Ayah Perlu Ajar Dari Anak 1-2 Tahun

Ibu ayah perlu risau bila anak lambat bercakap. Kena tahu perkembangan anak bercakap dari usianya 1-2 tahun. Ini penting agar kita tahu anak kita ‘speech delay’ atau sebaliknya.

Ikuti perkongsian dari seorang ibu Nabilla Nasir.

Harini saya nak share tips yang dikongsi pakar HTJ untuk galakkan anak 1-2 tahun bercakap perkataan yang bermakna seperti, makan, susu, mandi.

Ikut carta perkembangan, anak umur 1-2 tahun perlu cakap sekurang-kurangnya 10 perkataan bermakna. Kalau kurang dari 10, sudah dikira delay.

Kalau nak guna english pun boleh. Sebab ada perkataan lebih mudah disebut dalam english.

Dan untuk anak 2-3 tahun dah boleh sambung 2 perkataan. Contoh, “nak makan”, “ibu lapar” Cukup kita monitor yang ini dulu.

Bila anak boleh berkomunikasi dengan baik, kita as parents taklah stress nak menjaga. Sebab kita tahu apa yang anak mahukan. Kurang tantrum.

Saya kongsi dalam bahasa pasarlah ye. Bagi semua senang faham.

8 TIPS UNTUK MENGGALAKKAN ANAK BERCAKAP, SEBUT & ULANG

Kot ada yang nak share tips lain dialukan sangat. Setakat 1 minggu ni saya pakai 8 cara kat bawah ni. Yang paling termampu saya nak buat.

Okey jom check.

1. Bila anak meminta sesuatu dengan menarik tangan kita, tanya kembali dia nak apa. 

Walaupun kita dah tahu apa yang dia mahu. Time ni sure anak akan merengek dan menangis. So parents kena sabar dan jangan give up. Fasa ni akan jadi sedikit memenatkan. Kita tanya sebab nak galakkan dia bercakap. Ada masa anak tak berapa nak respons. Takpe keep talking.

Contoh situasi:

Ibu sebut,

Kakak nak apa? Nak biskut ke? Ohhh ini biskut. BISSSSKUTT. BISSSSKUTT. Kakak makan biskut. Sedapnya biskut ni.

Sebut berulang-ulang. Kalau anak dapat tangkap perkataan yang kita sebut dan dia sebut semula pelat, takpe. Umur 1-3 tahun memang kanak-kanak bercakap pelat. Normal. Jangan risau. By right umur 4 tahun sebutan dia dah jelas.

Umur 1-2 tahun kita fokus dulu pada anak tahu cakap perkataan yang bermakna.

2. Galakkan anak untuk bermain dengan kanak-kanak lain.

Walaupun kedengaran mereka bercakap bahasa alien yang kita tak faham. Itu petanda bagus. Sebab dia cuba nak berkomunikasi. Bahasa alien kanak-kanak ni kita panggil jargon. Permulaan kepada komunikasi anak-anak adalah bahasa alien inilah.

3. Cakap sedikit kuat dengan anak.

Ibarat suara cikgu kat dalam kelas. Sebut perkataan jangan laju. Cakap pelan-pelan.

4. Teman anak ketika dia bermain.

Waktu tu kita banyakkan bercakap dengan dia. Walaupun tiada respons teruskan bercakap.

5. Kurangkan gajet.

Kalau dia tengok tv, kita join sekali menyanyi dan menari hora horey tuh. Tak bolehlah nak harap cikgu taska je berjoget untuk anak kita kan.

6. Galakkan anak untuk buat aktiviti meniup.

Tiup belon, bubbles, wisel, lilin dan makanan. Tiuplah mana yang boleh ditiup. Ini untuk exercise mulut anak.

7. Buat beberapa aktiviti simple bersama anak.

Contoh main masak-masak bersama. Uli playdoh dan lain-lain lagi. Nak anak mula bercakap kita perlu banyak buat aktiviti dan galakkan dia bermain.

8. Kerap buat aktiviti outdoor.

Seperti pergi pantai bermain pasir, pergi zoo tengok haiwan dan berlari di taman. Saya selalu bawa ke pantai dan pergi tengok haiwan.

Semalam bawa Hana ke appointment speech therapy di HTJ.

Cemana Hana boleh dapat appointment di situ? Sebab dulu waktu melahirkan Hana, dia masuk NICU. Prosedur hospital pula all babies yang pernah masuk NICU perlu follow up di klinik pakar hospital sampai umur tak tahulah berapa tahun. Tiap kali datang dia akan check perkembangan anak.

Dan waktu Hana 8 bulan paedtrician refer Hana ke pakar ENT atas sebab alahan rhinitis. Then memang kena ikutlah follow up yang dieorang dah susun. Appointment audiologi & speech theraphy termasuk dalam list under ENT.So semalam kami belajar banyak benda.

Pakar terangkan dengan penuh details kenapa delay in speech ni tak boleh dipandang ringan. Sebab dari speech delay boleh bawa petanda kepada masalah lain seperti autism, ADHD dan lain-lain.

Ikutkan ramai yang tak berapa kisah pun anak lambat cakap. Perkara biasa kan. Ada yang kata biasalah anak lelaki lambat cakap. Anak perempuan cepat. No such things actually. If you all follow betul-betul buku yang klinik kesihatan beri, ada ke dia bagi carta perkembangan ikut jantina? Takde kan. Semua sama. So parents please follow up perkembangan anak betul-betul.

So back to story. Semalam pakar tekankan beberapa isu yang ada pada Hana yang tak boleh kami biarkan sebab khuatir perkara tersebut akan melarat.

1. Masa lahir dia fetal distress sampai masuk NICU. Meconium Aspiration Syndrome (MAS), medium stained. Ayat mudah dia tertelan najis dalam perut.

2. Fasa merangkak Hana sebulan sahaja. Then, dia terus jalan. Merangkak ni sangat penting ye. Sebab dia aktifkan otak kiri dan kanan. Penting untuk fasa belajar dia bila dah besar nanti. Bayi yang merangkak lama daya serapan otak more than 80% compare to yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung, less than 60%.

3. Medical history. Hana kerap masuk hospital include ICU hingga ganggu perkembangan dia.

Dari analysis pakar, Hana delay 6 months in speech. Jadi pakar berikan beberapa cara untuk galakkan dia bercakap. InsyaAllah ibu ayah akan buat yang terbaik. Ikutkan Hana kami tak beri lansung main phone/tab except bila dia warded hospital. Terpaksa beri sebab nak dia duduk diam.

TV kami beri tengok. Still it’s a gadjet kan. Kami try kurangkan. Nak anak kurang main gajet parents kena rajin main bersama anak. Saya faham ada masa parents tak dapat nak buat.

Sebab letih kerja. Even yang surirumah pun tak dapat sebab sibuk uruskan rumahtangga.

Tapi kita perlu usahakan. Anak berhak untuk berkembang dengan baik. Parents kalau terlalu sibuk why not hantar anak ke play school. Kenalah spend duit sikit.

Biar anak dapat membesar dengan elok. Environment taska/tadika yang lebih meransang otaknya. Kena pilih taska/tadika yang sesuai. Kalau surirumah, boleh try buat aktiviti di rumah. Golden age kanak-kanak below 6 years adalah waktu untuk dia bermain.

Next appointment Hana dengan speech therapist bulan July tahun depan. Hope Hana dapat improve.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *